Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

Forum Sosialisme kembali lagi dengan topik-topik perbincangan yang menarik…

Parti Sosialis Malaysia (PSM) bekerjasama dengan organisasi-organisasi kiri di Asia Tenggara dan Australia pada tahun ini untuk menganjurkan Forum Sosialisme 2021 secara atas talian selama 4 hari, pada 27-28 November dan 4-5 Disember 2021.

Forum Sosialisme 2021 yang bertemakan “Mengatasi Pelbagai Krisis Kapitalisme” (Overcoming the Multiple Crises of Capitalism) ini bakal menjadi platform yang menghimpunkan aktivis-aktivis kiri untuk menganalisis perkembangan politik-ekonomi antarabangsa, mengupas cabaran yang sedang dihadapi oleh gerakan masyarakat di merata tempat dan meneroka alternatif sosialis kepada kapitalisme global yang membiak pelbagai krisis. Forum ini akan menyentuh isu-isu seperti krisis ekonomi dunia, imperialisme, krisis iklim global, politik pilihanraya, kesamarataan gender, perjuangan pekerja dan banyak lagi melalui perspektif sosialis.

PSM mula menganjurkan Forum Sosialisme sebegini secara tahunan sejak tahun 2005, dengan hasrat memecahkan tabu masyarakat Malaysia terhadap “Sosialisme”, memperkenalkan semula konsep-konsep politik berhaluan kiri ke dalam politik arus perdana, dan menawarkan perbincangan yang mencetuskan idea-idea yang bersifat pembebasan untuk inspirasi perjuangan rakyat. Sejak penganjuran Forum Sosialisme di Malaysia pada tahun 2005, acara tahunan ini telah menarik minat daripada ramai orang yang hendak mencari alternatif politik kepada sistem yang sedia ada.

Pengunjuran Forum Sosialisme telah tergendala pada tahun 2020 kerana penularan pandemik COVID-19, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Pada tahun ini, oleh sebab situasi pandemik COVID-19 masih wujud dan mengancam kesihatan awam, maka PSM telah memutuskan untuk menganjurkan Forum Sosialisme dengan programnya diadakan secara atas talian sepenuhnya. Penganjuran Forum Sosialisme tahun ini juga mencipta sejarah, kerana ini merupakan kali pertama PSM menghimpunkan organisasi-organisasi kiri yang lain di rantau ini untuk menganjurkannya secara bersama. Selain PSM, penganjur bersama Forum Sosialisme 2021 juga termasuk Partido Lakas ng Masa (PLM) dari Filipina, Socialist Workers Thailand, Partai Rakyat Pekerja (PRP) dari Indonesia, Kesatuan Perjuangan Rakyat (KPR) dari Indonesia dan Socialist Alliance dari Australia.

Forum Sosialisme 2021 mempersembahkan 9 sesi panel dan 4 sesi ucaptama, dengan membariskan 32 orang pembentang yang akan mengupas topik-topik berkenaan dengan perspektif yang berbeza. Semua sesi akan dijalankan dengan menggunakan aplikasi Zoom. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Penterjemahan ke dalam Bahasa Malaysia akan disediakan untuk sesi-sesi ini.

Berikut ialah program penuh Forum Sosialisme 2021:

27 November 2021 (Sabtu)

10.40 am – 11.15 am

Sesi pembukaan dengan ucapan khas daripada Dr. Jeyakumar Devaraj (Pengerusi Nasional PSM) dan Florentino Batista-Gonzalez (Duta Besar Kuba ke Malaysia)

11.15 am – 1.15 pm

Ucaptama | Sosialisme 2021: Mengatasi Pelbagai Krisis Kapitalisme (Socialism 2021: Overcoming the Multiple Crises of Capitalism)

Penceramah: Walden Bello, Pengerusi gabungan kiri Laban ng Masa di Filipina, dan Pengerusi Bersama institute penyelidikan Focus on the Global South

Moderator: Reihana Mohideen, Ahli Majlis Nasional Partido Lakas ng Masa (PLM), Filipina

2.00 pm – 4.00 pm

Sesi 1 | Membina Sebuah Sistem Kesihatan yang Saksama untuk Abad ke-21 (Building An Equitable Health Care System for the 21st Century)

Ahli panel:

Moderator: Fahmi Panimbang, penyelidik buruh di Lembaga Informasi Perburuhan Sedane (LIPS), Indonesia

6.00 pm – 8.00 pm

Sesi 2 | Kediktatoran, Fasisme dan Autoritarianisme: Mencabar Golongan Pelampau Kanan Hari ini (Dictatorship, Fascism, and Authoritarianism: Challenging the Far-Right Today)

Ahli panel:

Moderator: Nalini Elumalai, aktivis hak asasi manusia dan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM)

28 November 2021 (Ahad)

10.00 am – 12.00 pm

Sesi 3 | Krisis Ekonomi Kapitalisme (Capitalism’s Economic Crises: People vs Profit)

Ahli panel:

Moderator: Raquel Castillo, Partido Lakas ng Masa (PLM)

2.00 pm – 4.00 pm

Ucaptama | Berjuang untuk Kesamarataan Gender: Perspektif Feminis Sosialis (Fighting for Gender Equality: Socialist Feminist Perspectives)

Penceramah: Reihana Mohideen, Ahli Majlis Nasional Partido Lakas ng Masa (PLM), Filipina

6.00 pm – 8.00 pm

Sesi 4 | Kesatuan Pekerja Revolusioner: Menyatukan Sosialis dan Kesatuan Sekerja untuk Perjuangan Pekerja (Revolutionary Unionism: Uniting the Socialists and Unions for a Workers’ Fightback)

Ahli panel:

Moderator: Patchanee Kumnak, Socialist Workers Thailand

4 Disember 2021 (Sabtu)

10.00 am – 12.00 pm

Sesi 5 | Geo-Politik Imperialis dan Peranan China Hari Ini (Imperialist Geo-Politics and the Role of China Today)

Ahli panel:

Moderator: Abu Mufakhir, penyelidik di Lembaga Informasi Perburuhan Sedane (LIPS), Indonesia

12.30 pm – 2.00 pm

Penceramah: Salih Muslim, mantan Pengerusi Bersama Parti Kesatuan Demokratik dan pemimpin utama dalam proses Revolusi Rojava, Syria Utara dan Timur

Moderator: Chloe De Silva, Melbourne Socialist Alliance, Australia

3.00 pm – 5.00 pm

Sesi 6 | Krisis Iklim: Kenapa Kapitalisme Hijau Tidak Dapat Selamatkan Kita (The Climate Crisis: Why Green Capitalism Cannot Save Us)

Ahli panel:

Moderator: Cheong Huei Ting, Ahli Biro Alam Sekitar Parti Sosialis Malaysia (PSM)

6.00 pm – 8.00 pm

Sesi 7 | Kolonialisme dalam Abad ke-21 dan Perjuangan untuk Menentukan Nasib Sendiri (Colonialism in the 21st Century and the Struggles for Self-Determination)

Ahli panel:

  • Surya Anta, Jurucakap Partai Pembebasan Rakyat, Indonesia
  • Adam Hanieh, Professor di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
  • Haris Qadeer, wartawan di Daily Jeddojehad dan aktivis kumpulan kiri The Struggle, Pakistan

Moderator: Rassela Malinda, Editorial Islam Bergerak, Indonesia

5 Disember 2021 (Ahad)

10.00 am – 12.00 pm

Sesi 8 | Persoalan Agraria dalam Transisi Sosialis (The Agrarian Question in the Socialist Transition)

Ahli panel:

  • Eduardo C. Tadem, Penganjur Program mengenai Pembangunan Alternatif di University of the Philippines Center for Integrative and Development Studies (UP CIDS), Filipina
  • Perdana Putri, pelajar PhD di Department of Sociology, Northwestern University
  • Navkiran Natt, aktivis All India Students Association (AISA) dan Revolutionary Youth Association (RYA), India

Moderator: Fe Bait, Partido Lakas ng Masa (PLM), Filipina

12.30 pm – 2.00 pm

Ucaptama | Cabaran yang dihadapi dalam Transisi menuju Sosialisme: Amerika Latin dan Kuba (Challenges faced in the Transition to Socialism: Latin America and Cuba)

Penceramah: Vijay Prasad, Pengarah Tricontinental: Institute for Social Research dan Ketua Pengarang LeftWord Books, India

Moderator: Mahira Muliotoh, Ahli Pemuda Sosialis PSM

4.00 pm – 6.00 pm

Sesi 9 | Kiri dan Pilihanraya: Kontradiksi dan Cabaran (The Left and Elections: Contradictions and Challenges)

Ahli panel:

Moderator: Iqra Anugrah, Partai Rakyat Pekerja (PRP), Indonesia

6.00 pm – 7.00 pm

Upacara penutup

(Penterjemahan ke dalam Bahasa Malaysia disediakan untuk semua sesi Forum Sosialisme 2021)

Untuk maklumat lanjut mengenai Forum Sosialisme 2021, sila layari laman web Socialism 2021: Overcoming the Multiple Crises of Capitalism.

Pendaftaran untuk dapatkan pautan akses kepada sesi Forum Sosialisme 2021 boleh dibuat di sini: https://bit.ly/30a9e5X

One thought on “Sosialisme 2021: Mengatasi Pelbagai Krisis Kapitalisme

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s