Komun Paris 1871: Pemerintahan kelas pekerja yang pertama di dunia

Komun Paris ialah sebuah pemerintahan yang revolusioner dan berbentuk sosialis radikal, yang wujud dari 18 Mac hingga 28 Mei 1871, di bandar Paris, Perancis. Walaupun tempoh kewujudannya yang sangat singkat, Komun Paris sebagai pemerintahan kelas pekerja yang pertama di dunia, telah membawa inspirasi yang hebat kepada usaha perjuangan pembebasan masyarakat di peringkat antarabangsa.

Greece: Pelajar bantah undang-undang pendidikan yang represif

Gelombang protes anak muda besar-besaran tercetus di Greece sejak bulan Januari 2021 untuk membantah rang undang-undang pendidikan yang bersifat represif. Kerajaan Greece yang dibentuk oleh parti berhaluan kanan, Néa Dimokratía di bawah pimpinan Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis, memperkenalkan rang undang-undang pendidikan terbaru yang membenarkan penubuhan pasukan polis khas di dalam kampus universiti. Rang undang-undang pendidikan … Continue reading Greece: Pelajar bantah undang-undang pendidikan yang represif

Perancis: Rakyat bangkit lawan dasar Liberal yang autoritarian

(Foto oleh Christophe Petit Tesson / EPA) Protes besar-besaran di Perancis berjaya memaksa kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron untuk menggugurkan rang undang-undang yang penuh kontroversi. Bandar-bandar utama di seluruh Perancis, seperti Paris, Lyon, Rennes, Tours, Montpellier, Nantes, Toulouse, Pau dan sebagainya, dilanda gelombang protes khususnya pada 28 November 2020, dengan rakyat turun ke jalanan untuk … Continue reading Perancis: Rakyat bangkit lawan dasar Liberal yang autoritarian

Poland: Undang-undang anti-wanita mencetus gelombang protes hebat

(Foto: Krzysztof Kaniewski / ZUMA Wire) Satu gelombang protes yang hebat sedang melanda seluruh negara Poland selepas mahkamah perlembagaan negara itu memutuskan pada 22 Oktober 2020 untuk memperketatkan lagi undang-undang mengenai pengguguran kandungan di Poland, sehingga hampir semua kes pengguguran boleh dianggap haram. Ini merupakan gelombang kebangkitan rakyat yang terbesar di Poland sejak kejatuhan pemerintahan … Continue reading Poland: Undang-undang anti-wanita mencetus gelombang protes hebat

Belarus: Lukashenko dihantui krisis politik

Belarus sedang berdepan dengan krisis politik yang paling serius dalam sejarah pasca Kesatuan Soviet di negara itu. Gelombang protes yang tercetus sebelum Pilihanraya Presiden telah memuncak sejurus selepas pilihanraya yang menyaksikan Alexander Lukashenko, yang digelar “Diktator Terakhir di Eropah”, menang untuk kali keenam dalam pilihanraya yang penuh dengan kontroversi dan mengekalkan jawatan Presiden Belarus yang … Continue reading Belarus: Lukashenko dihantui krisis politik

Bulgaria: Gelombang protes desak pengunduran kerajaan Borisov

Protes rakyat besar-besaran berterusan di negara Bulgaria, walaupun tiga orang daripada anggota kabinet pimpinan Perdana Menteri Boyko Borisov meletak jawatan pada 23 Julai 2020. Gelombang terbaru protes rakyat Bulgaria tercetus sejak 9 Julai 2020, apabila rakyat berdemonstrasi di jalanan dengan tuntutan menggesa perletakan jawatan seluruh kabinet pimpinan Perdana Menteri Boyko Borisov dan Ketua Pendakwaraya Ivan … Continue reading Bulgaria: Gelombang protes desak pengunduran kerajaan Borisov

Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah

Gelombang protes yang dicetuskan oleh kematian George Floyd, bermula sebagai aksi bantahan tempatan di kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), tetapi merebak ke seluruh negara AS dengan pantasnya dan turut mencetuskan protes solidariti yang menyatakan sokongan kepada gerakan Black Lives Matter (Nyawa Orang Kulit Hitam Penting) di suluruh dunia. Aksi-aksi protes ini … Continue reading Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah

Jerman: Parti Kiri tuntut pembekuan sewa rumah

Parti Kiri Jerman, Die Linke, menuntut pembekuan sewa rumah (iaitu tidak menaikkan sewa) di seluruh negara Jerman sepanjang krisis pandemik COVID-19. Die Linke juga menyeru untuk menghentikan segala pengusiran sepanjang tempoh ini. Aktivis-aktivis daripada Die Linke mengadakan protes di luar ibupejabat Kesatuan Demokratik Kritian (CDU) di Berlin pada 15 Mei 2020, untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pendekatan … Continue reading Jerman: Parti Kiri tuntut pembekuan sewa rumah