Perang di Ukraine perlu ditamatkan sekiranya kita hendak mengelakkan kesan-kesan bersifat malapetaka yang lebih lanjut. Konflik ketenteraan yang berpanjangan tidak akan memanfaatkan sesiapa pun kecuali pembuat senjata atau kompleks ketenteraan-perindustrian.
Perancis: Pekerja protes lagi untuk lawan serangan Macron ke atas pencen
Gelombang protes dan mogok melanda Perancis lagi untuk membantah rancangan Presiden Emmanuel Macron yang hendak meningkatkan umur persaraan dari 62 tahun kepada 64 tahun.
UK: Pekerja mogok tuntut gaji mampu sara hidup
Lebih 500,000 orang pekerja di negara UK bermogok pada 1 Februari 2023 untuk memperjuangkan gaji mampu sara hidup dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat.
Perancis: Protes dan mogok pekerja bantah peningkatan umur persaraan
Pekerja-pekerja Perancis bermogok dan berprotes untuk menyuarakan bantahan terhadap rancangan Presiden Emmanuel Macron yang hendak meningkatkan umur persaraan di negara itu dari 62 tahun kepada 64 tahun.
UK: Mogok pekerja kereta api lawan dasar “penjimatan”
Pekerja-pekerja kereta api di UK mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan gaji dan membantah pengurangan tenaga kerja oleh syarikat kereta api yang mengutamakan keuntungan.
Pilihanraya Parlimen Perancis 2022: Macron hilang majoriti dalam Parlimen
Macron dilemahkan selepas kehilangan majoriti dalam Parlimen, sementara gabungan kiri radikal NUPES muncul sebagai pembangkang utama di Perancis, tetapi parti pelampau kanan turut mencatatkan kemenangan kerusi yang amat membimbangkan.
Pilihanraya Parlimen Perancis 2022: Gabungan Kiri mampu gugat Macron dalam persaingan sengit pengundian pusingan pertama
NUPES, sebuah gabungan parti-parti berhaluan kiri di Perancis yang baru ditubuhkan pada 1 Mei 2022 dan dipimpin oleh Jean-Luc Mélenchon, mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan dalam pengundian pusingan pertama untuk Pilihanraya Parlimen Perancis.
Pilihanraya Presiden Perancis 2022: Macron menang bukan kerana majoriti rakyat sokong dia
Seorang politikus neoliberal menewaskan seorang politikus pelampau kanan, memang bukannya sesuatu yang mengujakan untuk kelas pekerja dan rakyat biasa walaupun jika yang sebaliknya berlaku… Rakyat Perancis bakal berdepan dengan lima tahun lagi serangan neoliberal dan ancaman pelampau kanan yang lebih hebat!
Pilihanraya Presiden Perancis 2022: Macron dan Le Pen mara ke pusingan penentu
Pengundi Perancis sekali lagi terpaksa berdepan dengan pilihan yang sukar, sama ada terus memilih untuk mengekalkan seorang Presiden yang mengamalkan dasar neoliberal yang membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa, ataupun mengundi seorang politikus pelampau kanan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan hendak memerintah dengan cara yang lebih autoritarian.
Rusia serang Ukraine: Persaingan kuasa imperialis memuncak di Eropah Timur
Konflik di Eropah Timur hanya boleh diselesaikan melalui rundingan bersama yang berasaskan semangat saling hormat-menghormati, bukannya melalui ancaman serang-menyerang menggunakan keganasan perang. Oleh itu, kita harus menolak perang di Ukraine. Kita harus membantah serangan tentera Rusia ke atas Ukraine. Kita harus membantah campurtangan kuasa imperialis AS yang memburukkan lagi konflik serantau. Rakyat Ukraine berhak menikmati hak kebebasan mereka untuk menentukan nasib sendiri, begitu juga dengan rakyat di wilayah Donbas.