Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem

Kebangkitan rakyat yang ditunjukkan dalam aksi protes selama 7 minggu di Algeria, akhirnya menjatuhkan Abdelaziz Bouteflika yang sudah berkuasa untuk 20 tahun. Abdelaziz Bouteflika menyandang jawatan Presiden Algeria sejak tahun 1999. Pada awal bulan Februari 2019, Bouteflika mengumumkan bahawa dia akan bertanding dalam Pilihanraya untuk menjadi Presiden bagi penggal kelima. Namun, tidak lama kemudian, tercetusnya … Continue reading Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem

PRK Semenyih catat rekod tertinggi kesalahan pilihanraya, tapi PSM dan Uncle Kentang paling bersih

8 Mac 2019: Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan DUN Semenyih di Selangor, telah mencatatkan rekod kesalahan pilihanraya yang tertinggi dalam 6 pilihanraya kecil yang diadakan sejak PRU-14. Walau bagaimanapun, Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang meletakkan Nik Aziz Afiq sebagai calonnya dan calon bebas Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang didapati tidak melakukan … Continue reading PRK Semenyih catat rekod tertinggi kesalahan pilihanraya, tapi PSM dan Uncle Kentang paling bersih

PSM kecewa dengan pembatalan debat calon

oleh S. Arutchelvan Jentera Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk PRK N24 Semenyih ingin merakamkan kekecewaan kami kerana debat yang sepatutnya dianjurkan oleh BERSIH 2.0 telah dibatalkan dengan alasan calon-calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mahu hadir ke debat tersebut. Kami difahamkan oleh pihak BERSIH 2.0 bahawa mereka telah berusaha untuk mengadakan debat ini, … Continue reading PSM kecewa dengan pembatalan debat calon

Kenapa calon BN dan PH tak berani berdebat dengan calon PSM?

Setelah sejarah tercipta dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Cameron Highlands dengan menyaksikan debat antara calon yang disiarkan  secara langsung di saluran TV perdana untuk kali pertama, PRK kawasan DUN Semenyih nampaknya tidak akan dapat menyambung sejarah ini, sebaliknya melangkah ke belakang, apabila calon-calon daripada dua parti gergasi enggan menyertai debat antara calon pilihanraya yang … Continue reading Kenapa calon BN dan PH tak berani berdebat dengan calon PSM?