“Kita sedang berada di ambang bencana iklim yang tidak dapat dibalikkan seperti sedia kala,” begitu katanya Laporan Keadaan Iklim 2024. “Ini ialah darurat global tanpa sebarang keraguan. Kebanyakan fabrik kehidupan di Bumi sudah terancam. Kita sedang melangkah masuk ke fasa baharu krisis iklim yang kritikal dan tidak dapat diramalkan.”
GDIMY gesa isytihar Darurat Iklim selewat-lewatnya Hari Malaysia 2022
Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY) menggesa kerajaan di semua peringkat, dari Persekutuan hingga ke Negeri dan Tempatan, untuk mengisytihar Darurat Iklim selewat-lewatnya pada 16 September 2022, iaitu Hari Malaysia tahun ini.
Daya tahan lemah Malaysia terhadap banjir: Tiada alasan!
Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY) menuntut pada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk mengutamakan ketahanan iklim bagi menangani isu kejadian cuaca ekstrim di negara kita dengan segera bersama dengan penyelesaian konkrit berpusatkan rakyat dan bukan penyelesaian palsu.
Ruang demokrasi rakyat harus dihormati walaupun isytihar Darurat
oleh A. Sivarajan Kami memahami dan berterima kasih kepada keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ingin melakukan sebaiknya melalui Proklamasi Darurat, dengan hasrat membendung penularan wabak COVID-19. Sebagai rakyat Malaysia yang fahami dan terima seruan Yang di-Pertuan Agong, maka kita bersedia bekerjasama mengikuti langkah-langkah penjagaan demi memerangi penularan wabak COVID-19. Dengan penangguhan sesi … Continue reading Ruang demokrasi rakyat harus dihormati walaupun isytihar Darurat
Isytihar Darurat Iklim untuk wujudkan pekerjaan
oleh Sharan Raj Krisis COVID-19 telah membuktikan bahawa dengan tergendalanya aktiviti ekonomi, pengunaan bahan api fosil telah kurang dengan drastik. Fenomena ini telah membenarkan Bumi untuk sembuh seketika daripada krisis iklim dan pencemaran kronik. Harga bahan api fosil yang tidak menentu, berkemampuan memberikan kejutan ekonomi yang sangat teruk. Pembakaran bahan api fosil telah menyebabkan perubahan … Continue reading Isytihar Darurat Iklim untuk wujudkan pekerjaan
PKP tidak harus tegah rakyat daripada lawan kemusnahan alam sekitar – Kenyataan Hari Alam Sekitar Sedunia 2020
oleh Sharan Raj Krisis COVID-19 telah menunjukkan kemampuan alam sekitar untuk menggugat tamadun manusia sehingga ke akar umbinya. Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2020, Malaysia seharus mengambil iktibar daripada krisis COVID-19 untuk menangani isu alam sekitar yang semakin kronik, iaitu krisis iklim. Pengurangan aktviti ekonomi manusia semasa pandemik COVID-19 di seluruh dunia telah memberikan nafas … Continue reading PKP tidak harus tegah rakyat daripada lawan kemusnahan alam sekitar – Kenyataan Hari Alam Sekitar Sedunia 2020
COVID-19 mengingatkan kita keperluan darurat iklim
(Berikut ialah kenyataan akhbar PSM sempena sambutan Hari Bumi Sedunia 2020) oleh Sharan Raj Krisis wabak COVID-19 yang telah menjangkiti lebih 2.5 juta orang dan mengorbankan nyawa lebih 170,000 orang di seluruh dunia dalam jangka masa hanya 6 bulan. COVID-19 mendedahkan betapa rapuhnya sistem kesihatan kita, ketidaksediaan kepimpinan negara seluruh dunia dalam menangani ancaman krisis global dan juga … Continue reading COVID-19 mengingatkan kita keperluan darurat iklim
Malaysia harus menuju ke arah neutral karbon sebelum 2030
oleh Sharan Raj Neutral karbon merupakan istilah yang merujuk kepada jumlah pelepasan gas rumah hijau oleh sesebuah negara bersamaan atau kurang daripada jumlah karbon dioksida yang diserap oleh hutan dalam negara tersebut. Sasaran untuk menjadi sebuah negara yang neutral karbon sangat penting untuk mengekang krisis iklim. Ramai tidak mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara neutral karbon … Continue reading Malaysia harus menuju ke arah neutral karbon sebelum 2030
PSM lancar kempen desak pengisytiharan Darurat Iklim
KUALA LUMPUR - 21 JANUARI 2020: Parti Sosialis Malaysia (PSM) melancarkan kempen baru pada hari ini dalam satu sidang akhbar khas, untuk mengetengahkan isu krisis iklim yang semakin serius dan mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengisytihar Darurat Iklim. Pengerusi PSM Dr. Jeyakumar Devaraj berkata dalam sidang akhbar pelancaran kempen ini, “Kita sedang menghadapi krisis iklim yang … Continue reading PSM lancar kempen desak pengisytiharan Darurat Iklim