20200208 - Screenshot_2020-02-08 untitled-design-1-1 jpg (WEBP Image, 768 × 432 pixels)

oleh Sharan Raj

Neutral karbon merupakan istilah yang merujuk kepada  jumlah pelepasan gas rumah hijau oleh sesebuah negara bersamaan atau kurang daripada jumlah karbon dioksida yang diserap oleh hutan dalam negara tersebut. Sasaran untuk menjadi sebuah negara yang neutral karbon sangat penting untuk mengekang krisis iklim.

Ramai tidak mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara neutral karbon sehingga tahun 2004. PSM telah meletakkan 10 tuntutan utama kepada kerajaan ketika melancarkan “Kempen Krisis Iklim PSM 2020: Isytihar Darurat Iklim”. Tuntutan tersebut akan membolehkan Malaysia menuju ke arah negara neutral karbon sebelum tahun 2030.

Jikalau Malaysia mengharamkan pelepasan gas metana daripada efluen kilang kelapa sawit (POME) dan aktiviti pelepasan dan penyalaan (venting & flaring) Petronas, maka sebanyak 12% gas rumah hijau dapat dikurangkan.

Jikalau stesen janakuasa arang batu ditutup atau diubahsuai kepada janakuasa gas asli, maka antara 9% ~ 17% gas rumah hijau dapat dikurangkan. Arang batu mengeluarkan 2 kali ganda lebih banyak karbon dioksida berbanding gas asli. Namun, Malaysia tidak harus membina janakuasa eletrik baru berasaskan bahan api fosil.

Jikalau semua sisa makanan dikumpul untuk penjanaan bio-gas yang menjanakan eletrik, maka 3% gas rumah hijau dapat dikurangkan. Mewujudkan sistem bas massa (BMT) yang efisien dan meluas di semua bandar utama akan mengurangkan gas rumah hijau sebanyak 11%.

Dengan langkah disenaraikan di atas, gas rumah hijau dapat dikurangkan sebanyak 35% berdasarkan kadar tahun 2014. Namun demikian, untuk menjadi negara karbon neutral, hutan kita perlu dijaga dan diperluaskan untuk menyerap gas rumah hijau.

Malaysia perlu mengharamkan pembalakan hutan dara (hujan tropika, paya bakau, paya gambut). Kerajaan Persekutuan perlu memberi geran kepada kerajaan negeri untuk setiap hektar hutan dara yang tidak diganggu.  Akta Perhutanan perlu dipinda agar pemberian konsesi pembalakan perlu melalui proses konsultasi dengan NGOs, ADUN pembangkang, komuniti Orang Asli/Asal.

Untuk Malaysia menjadi neutral karbon sebelum tahun 2030 bukan perkara mustahil tetapi memerlukan kesungguhan politik untuk memenuhi aspirasi rakyat bukannya ketamakan kapitalis.

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Alam Sekitar & Krisis Iklim PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s