20200605 - WED

oleh Sharan Raj

Krisis COVID-19 telah menunjukkan kemampuan alam sekitar untuk menggugat tamadun manusia sehingga ke akar umbinya.

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2020, Malaysia seharus mengambil iktibar daripada krisis COVID-19 untuk menangani isu alam sekitar yang semakin kronik, iaitu krisis iklim. Pengurangan aktviti ekonomi manusia semasa pandemik COVID-19 di seluruh dunia telah memberikan nafas baru kepada alam sekitar, jelas membuktikan bahawa terdapat keperluannya untuk saranan kami, iaitu Kerajaan perlu mengisytiharkan darurat iklim. Hanya apabila tindakan tegas dan cepat diambil sepertimana yang dilakukan dalam situasi darurat, maka kemusnahan alam sekitar dapat ditangani. Jika kita masih leka dan berpuas hati dengan skim perancangan yang sedia ada, maka krisis seterusnya selepas krisis COVID-19, kemungkinan besar ialah krisis iklim sedunia.

Malaysia harus mengisytiharkan darurat iklim untuk mengurangkan gas rumah hijau dan menjadi negara kita karbon-neutral dengan segera.

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan untuk memulakan semula aktiviti ekonomi, syarikat pembalakan dan perlombongan yang sedang memusnahkan bumi telah dibenarkan untuk operasi seperti biasa. Namun, komuniti yang terjejas disenyapkan dengan peraturan-peraturan PKP yang merupakan sejenis diskriminasi yang tidak dapat diterima. Komuniti dan masyarakat prihatin ditegah daripada mengadakan protes dan demonstrasi yang menyuarakan bantahan terhadap kemusnahan hutan dan alam sekitar dengan alasan aksi protes melanggar PKP.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada rakyat Malaysia supaya bangkit untuk mendesak perlindungan alam sekitar daripada perosak bumi yang hanya mengutamakan keuntungan.

==========

M. Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Alam Sekitar & Krisis Iklim.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *