Gerakan pekerja abad ke-19 (Siri Revolusi Dunia – 12)

Gerakan pekerja pada abad ke-19 telah meninggalkan warisan penting kepada gerakan pekerja selepasnya, dari abad ke-20 hingga abad ke-21. Banyak pencapaian dan pembaharuan yang dapat dinikmati oleh golongan pekerja di banyak negara hari ini, seperti hak mengundi sejagat, hak berkesatuan, hak untuk perundingan bersama, jam kerja sehari yang lebih pendek, hari rehat pada hujung minggu, kesamarataan gender, pencen warga emas, insurans kemalangan tempat kerja, keselamatan tempat kerja, kesihatan awam yang percuma, pendidikan percuma dan sebagainya, merupakan hasil daripada usaha perjuangan yang dimulakan oleh gerakan pekerja pada abad ke-19.

Perjuangan pembebasan hamba di Amerika (Siri Revolusi Dunia – 11)

Apabila dunia melangkah ke dalam zaman moden dengan kemunculan kapitalisme, dari kapal-kapal pengangkut hamba yang merentasi Lautan Atlantik ke kawasan perladangan yang terbentang luas di bumi Amerika, golongan hamba yang diperah tenaga mereka secara paksaan itu sering kali bangkit melawan. Setiap sebatan cambuk yang meninggalkan luka di atas badan hamba, lambat laun pasti dibalas dengan kebangkitan hamba yang hebat untuk menentang penindasan, menuntut kebebasan, menebus keadilan, menegakkan kesamarataan dan memulihkan kemanusiaan.

Indonesia: Undang-undang Omnibus diluluskan walaupun dibantah hebat pekerja

(foto: Barcroft Media / Getty Images) Kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Joko Widodo (atau lebih dikenali sebagai Jokowi) telah berdegil untuk memperkenalkan Undang-undang Sapu Jagat (Omnibus Law) walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada gerakan pekerja dan masyarakat sivil di negara itu. Parlimen Indonesia telah meluluskan Undang-undang Omnibus yang dikenali sebagai Undang-undang Cipta Kerja pada 5 Oktober … Continue reading Indonesia: Undang-undang Omnibus diluluskan walaupun dibantah hebat pekerja

Soalan Lazim (FAQ) mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menerbitkan satu set jawapan kepada soalan-soalan lazim mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (18-31 Mac 2020) yang bertujuan untuk membendung penularan wabak COVID-19. Berikut ialah isi kandungan penuh maklumat tentang soalan-soalan lazim ini: Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Sumber Manusia, 19 Mac 2020 1. Jika … Continue reading Soalan Lazim (FAQ) mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Pekerja migran derita kerana syarikat milik CMI Melaka gagal laksana tanggungjawab sebagai majikan yang berperikemanusiaan

BANDAR BARU BANGI, SELANGOR - 17 FEBRUARI 2020: Seramai 130 orang pekerja migran dari Bangladesh tidak dibayar gaji 5 bulan dan terpaksa hidup dalam keadaan menderita tanpa pendapatan asas untuk makanan serta keperluan asas lain, kerana majikan yang mengupah mereka gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk melindungi hak asasi pekerja. Lebih-lebih lagi, pemegang saham terbesar syarikat yang … Continue reading Pekerja migran derita kerana syarikat milik CMI Melaka gagal laksana tanggungjawab sebagai majikan yang berperikemanusiaan

Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan – MTUC, Menteri dan kelas pekerja

oleh S. Arutchelvan Baru-baru ini, kita dapat dengar pertukaran pandangan daripada Menteri Sumber Manusia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengenai pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang dibentangkan dalam Parlimen. Dalam senario yang tidak pernah wujud, kedua-dua Kesatuan Pekerja dan Persekutuan Majikan nampaknya bersetuju dalam bantahan terhadap pembaharuan yang diperkenalkan dalam pindaan undang-undang tersebut. Kami … Continue reading Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan – MTUC, Menteri dan kelas pekerja

Indonesia: Pelajar bangkit lawan undang-undang zalim

Ribuan pelajar di beberapa buah bandar di Indonesia, termasuk ibu negaranya Jakarta, telah turun ke jalanan pada 23 September 2019 untuk berdemonstrasi dengan tuntutan kepada kerajaan Indonesia untuk menghentikan usaha kelas pemerintah yang cuba menyekat ruang demokrasi dan kebebasan rakyat dengan penggubalan rang undang-undang yang kontroversi. Demonstrasi masih berterusan pada hari ini (24 September 2019). … Continue reading Indonesia: Pelajar bangkit lawan undang-undang zalim