Apabila karbon bertemu dengan kapitalisme

Karbon itu ialah kewujudan yang semula jadi, tetapi apabila ia bertemu dengan kapitalisme yang merupakan sistem ekonomi buatan manusia yang berfungsi berlandaskan logik pengumpulan modal secara berterusan, ia mendatangkan krisis kepupusan kepada spesies manusia sendiri! Kita hanya dapat mengatasi krisis yang timbul daripada kapitalisme itu dengan melangkaui kerangka kapitalisme.

Kajian iklim menunjukkan peningkatan suhu bumi yang luar biasa

Keberkalaan yang wujud dalam alam semula jadi, bukan sahaja terhad pada kitaran siang-malam atau kitaran musim, tetapi juga keadaan iklim planet Bumi. Dalam jutaan tahun yang lalu, planet Bumi telah melalui perubahan berkala dalam keadaan iklimnya. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal akademik Science, ahli-ahli sains telah melaporkan bagaimana iklim Bumi telah berubah dalam … Continue reading Kajian iklim menunjukkan peningkatan suhu bumi yang luar biasa

Isytihar Darurat Iklim sekarang: Bertindak sebelum parah

Bumi kita sedang menghadapi kecemasan kerana ancaman krisis iklim yang semakin hebat. Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia perlu menganggap ini sebagai satu keadaan darurat dan mengambil tindakan segera untuk menangani krisis iklim sebelum terlambat! Gelombang aksi mogok iklim yang hebat melanda lagi seluruh dunia pada bulan September lalu dengan jumlah peserta yang lebih besar, untuk menyuarakan … Continue reading Isytihar Darurat Iklim sekarang: Bertindak sebelum parah

Hari Bumi 2019: Selamatkan spesies hidupan Bumi daripada kepupusan

“Dalam alam semulajadi, tiada apa benda yang wujud secara bersendirian.” — Rachel Carson, 1962 22 April setiap tahun ialah Hari Bumi, satu hari yang amat bermakna untuk mengingatkan rakyat sedunia tentang tanggungjawab kita dalam melindungi satu-satunya planet Bumi yang kita duduki daripada kehancuran pencemaran alam. Asal usul sambutan Hari Bumi Sambutan Hari Bumi berkaitan dengan … Continue reading Hari Bumi 2019: Selamatkan spesies hidupan Bumi daripada kepupusan

Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan: Gelombang kebangkitan anak muda untuk selamatkan bumi kita

15 Mac 2019 menandakan hari yang bersejarah dalam perjuangan rakyat sedunia untuk menegakkan keadilan iklim dan menyelamatkan bumi kita daripada kemusnahan. Lebih 1 juta orang pelajar sekolah telah “ponteng sekolah” pada 15 Mac 2019 untuk menyertai aksi mogok pelajar yang menuntut pada kerajaan di seluruh dunia supaya bertindak segera dalam menangani krisis iklim sedunia. Lebih … Continue reading Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan: Gelombang kebangkitan anak muda untuk selamatkan bumi kita

Bertindak sekarang sebelum terlambat untuk tangani krisis iklim

Perubahan iklim global akibat daripada aktiviti masyarakat manusia yang membebaskan karbon ke atmosfera sedang mengancam kehidupan masyarakat sedunia. Glasier semakin merosot, ais laut semakin hilang, paras laut semakin meningkat, lautan semakin panas, cuaca semakin tidak menentu, flora dan fauna di merata tempat terkesan dengan pemanasan global. Penduduk dunia juga semakin kerap menghadapi bencana alam yang … Continue reading Bertindak sekarang sebelum terlambat untuk tangani krisis iklim

Bangkit untuk Iklim: rakyat berarak menuntut tindakan melindungi bumi kita

Pada 8 September 2018, ratusan ribu orang telah berhimpun dan beraksi di bandar-bandar di lebih 90 buah negara, dengan tuntutan pada kerajaan di seluruh dunia supaya mengambil tindakan secara serius untuk menangani masalah perubahan iklim. Aksi demonstrasi yang digelar “Bangkit untuk Iklim”(Rise for Climate) ini bertujuan untuk menyuarakan bantahan terhadap ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin kerajaan … Continue reading Bangkit untuk Iklim: rakyat berarak menuntut tindakan melindungi bumi kita