Hentikan penwartaaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memansuhkan status Hutan Simpan Kuala Langat Utara telah dibantah oleh pelbagai pihak. Kerajaan Selangor bercadang untuk menyahwartakan 930.93 hektar daripada 957.63 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Utara bagi tujuan pembangunan bercampur. Perkara ini dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melalui penyiaran notis penyiasatan awam dalam media akhbar tempatan pada 5 Februari 2020. … Continue reading Hentikan penwartaaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Malaysia harus menuju ke arah neutral karbon sebelum 2030

oleh Sharan Raj Neutral karbon merupakan istilah yang merujuk kepada  jumlah pelepasan gas rumah hijau oleh sesebuah negara bersamaan atau kurang daripada jumlah karbon dioksida yang diserap oleh hutan dalam negara tersebut. Sasaran untuk menjadi sebuah negara yang neutral karbon sangat penting untuk mengekang krisis iklim. Ramai tidak mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara neutral karbon … Continue reading Malaysia harus menuju ke arah neutral karbon sebelum 2030

Hentikan pemusnahan kawasan tangkapan nelayan Perlis

oleh M. Sharan Raj Pengumuman projek penambakan di pelabuhan Kuala Sanglang, Perlis yang akan menghapuskan kawasan tangkapan ikan sangat mengecewakan. Nampaknya, kerajaan negeri Perlis pimpinan Barisan Nasional sedang ikut jejak kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Harapan yang mementingkan projek tambakan untuk dan mengabaikan nelayan. Projek Pelabuhan Kuala Sanglang akan menambak sehingga 4 km dari … Continue reading Hentikan pemusnahan kawasan tangkapan nelayan Perlis

PSM kecam tindakan kerajaan PH lanjutkan lesen operasi Lynas

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan Kerajaan Pakatan Harapan yang melanjutkan lesen operasi Lynas di Malaysia. PSM berpegang kukuh pada pendiriannya sejak setengah dekad lalu bahawa operasi kilang Lynas harus ditamatkan kerana risiko kesihatan dan alam sekitar. Membenarkan Lynas untuk terus beroperasi di Malaysia merupakan sebuah pengkhianatan kepada rakyat dan alam sekitar. … Continue reading PSM kecam tindakan kerajaan PH lanjutkan lesen operasi Lynas

Jangan biar Lynas jadikan Malaysia tong sampahnya

Kerajaan Pakatan Harapan tidak patut membiarkan syarikat Lynas menjadikan Malaysia sebagai ‘tong sampah’ dengan membenarkan penyimpanan bahan-bahan buangan radioaktif dan kimia yang dikeluarkannya di Malaysia. Begitu seruan Sharan Raj, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Alam Sekitar PSM, dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada 11 Ogos 2019. Kerajaan Australia telah menggunakan Konvensyen … Continue reading Jangan biar Lynas jadikan Malaysia tong sampahnya

Pengambilalihan 4 lebuhraya untuk selamatkan keuntungan Gamuda?

Rancangan pengambilalihan 4 syarikat konsesi lebuhraya bertol oleh kerajaan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini telah menimbulkan persoalan sama ada tindakan itu lebih kepada menyelamatkan keuntungan syarikat Gamuda Berhad. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Jun 2019 oleh Sharan Raj selaku Penyelaras Biro Alam Sekitar Parti Sosialis Malaysia (PSM), PSM … Continue reading Pengambilalihan 4 lebuhraya untuk selamatkan keuntungan Gamuda?

RUU Benih untuk kepentingan korporat atau petani?

oleh Sharan Raj PSM difahamkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Tani dalam proses menggubal satu rang undang-undang (RUU) baru untuk mengawal dan menangani pengedaran haram benih. PSM risau bahawa RUU Benih tersebut akan mendatangkan implikasi negatif kepada petani tempatan. PSM khuatir bahawa Rang Undang-undang benih ini akan membuka ruang kepada syarikat-syarikat komersial pertanian (agri-bisnes) untuk … Continue reading RUU Benih untuk kepentingan korporat atau petani?