Vaksinasikan pekerja daripada ancaman virus kapitalis yang zalim dengan solidariti rakyat, demokrasi dan perlindungan sosial (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2021)

Kenyataan bersama ini merupakan inisiatif kumpulan-kumpulan Kiri Asia Tenggara, dan disokong oleh organisasi dari dalam dan luar rantau Asia Tenggara. Hari Pekerja Antarabangsa mengingatkan kita mengenai perjuangan kelas pekerja yang belum selesai dan sedang berlaku untuk sebuah dunia yang lebih baik, sebuah dunia di mana seluruh rakyat hidup dalam persekitaran yang bebas, samarata, adil, demokratik, sihat, selamat dan lestari. Usaha sebegini tidak dapat dicapai tanpa solidariti, organisasi dan mobilisasi rakyat pekerja dari bawah secara berterusan untuk memperjuangkan perubahan sosial yang sebenar.

Myanmar: Rejim tentera mengganas, rakyat tetap berjuang

(foto: Reuters) 28 Februari 2021 merupakan hari yang paling berdarah di Myanmar selepas berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera pada empat minggu sebelum ini. Menurut maklumat yang diterima oleh Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, seramai 18 orang mati dan ramai lagi yang cedera pada 28 Februari 2021 akibat daripada tindakan keras yang diambil … Continue reading Myanmar: Rejim tentera mengganas, rakyat tetap berjuang