Kita menyambut Hari Pekerja untuk mengingatkan kita tentang kepentingan membina solidariti, organisasi dan mobilisasi kelas pekerja dari bawah untuk supaya meneruskan perjuangan kita menentang sistem kapitalis yang eksploitatif dan ekstratif, dan demi perubahan sosial yang bersifat pembebasan.
Pilihanraya Filipina 2022: “Untuk politik baharu, untuk ekonomi baharu”
Parti Massa Buruh (PLM) Filipina, meletakkan calon-calon dalam Pilihanraya Umum Filipina, termasuk calon Presiden, berasaskan platform anti-kapitalis yang radikal, untuk mencabar kekuasaan dinasti politik “Marcos-Duterte”.
2 orang ditembak mati kerana bantah pemecahan wilayah Papua
2 orang demonstran ditembak mati dan beberapa orang lagi cedera di Yahukimo apabila pihak berkuasa Indonesia menggunakan kekerasan untuk menyuraikan protes rakyat yang membantah rancangan memecahkan wilayah Papua Barat dengan lebih lanjut lagi.
Kemboja: Pekerja syarikat milik kapitalis Malaysia terus mogok walaupun hadapi penahanan dan penindasan
Pekerja-pekerja NagaWorld, hotel mewah dan kasino terbesar di negara Kemboja, telah ditindas oleh pihak berkuasa baru-baru ini kerana bermogok untuk menuntut pemulihan kerja pekerja yang dipecat tahun lalu.
Kazakhstan: Kenaikan harga gas cetuskan protes besar-besaran
Apabila dunia melangkah masuk ke tahun baharu 2022, rakyat Kazakhstan menyambutnya dengan aksi protes yang hebat…
Mengatasi Pelbagai Krisis Kapitalisme: Deklarasi Bersama Penganjur Sosialisme 2021
Krisis kapitalisme semakin hari semakin menjadi lebih teruk dan melampau. Penganjur persidangan Sosialisme 2021 percaya bahawa adalah mustahak bagi rakyat biasa menolak agenda kelas pemerintah dan membentuk sebuah gerakan yang menentang elit kapitalis, secara ideologikal dan praktikal.
Sosialisme 2021: Mengatasi Pelbagai Krisis Kapitalisme
Forum Sosialisme 2021 akan diadakan secara atas talian selama 4 hari, pada 27-28 November dan 4-5 Disember 2021.
AUKUS mengancam keamanan Asia-Pasifik
Pembentukan AUKUS bakal mencetuskan persaingan persenjataan. Rantau Asia-Pasifik menjadi semakin tidak selamat kerana “pakatan keselamatan” antara kuasa besar.
Vaksinasikan pekerja daripada ancaman virus kapitalis yang zalim dengan solidariti rakyat, demokrasi dan perlindungan sosial (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2021)
Kenyataan bersama ini merupakan inisiatif kumpulan-kumpulan Kiri Asia Tenggara, dan disokong oleh organisasi dari dalam dan luar rantau Asia Tenggara. Hari Pekerja Antarabangsa mengingatkan kita mengenai perjuangan kelas pekerja yang belum selesai dan sedang berlaku untuk sebuah dunia yang lebih baik, sebuah dunia di mana seluruh rakyat hidup dalam persekitaran yang bebas, samarata, adil, demokratik, sihat, selamat dan lestari. Usaha sebegini tidak dapat dicapai tanpa solidariti, organisasi dan mobilisasi rakyat pekerja dari bawah secara berterusan untuk memperjuangkan perubahan sosial yang sebenar.
Myanmar: Pemerintah tentera menyambut “Hari Angkatan Tentera” dengan pembunuhan besar-besaran
Pemerintah tentera Myanmar menyambut “Hari Angkatan Tentera” dengan perarakan ketenteraan di ibu negara Myanmar dan pembunuhan besar-besaran yang menjadikan angka kematian pada hari itu paling tinggi dalam tempoh masa hampir dua bulan sejak rampasan kuasa tentera di negara itu.