Apabila karbon bertemu dengan kapitalisme

Karbon itu ialah kewujudan yang semula jadi, tetapi apabila ia bertemu dengan kapitalisme yang merupakan sistem ekonomi buatan manusia yang berfungsi berlandaskan logik pengumpulan modal secara berterusan, ia mendatangkan krisis kepupusan kepada spesies manusia sendiri! Kita hanya dapat mengatasi krisis yang timbul daripada kapitalisme itu dengan melangkaui kerangka kapitalisme.

Tahun 2021: Perjuangan diteruskan demi dunia yang lebih aman, selamat, inklusif, mampan, bebas, demokratik dan adil

Rakyat sedunia telah diancam dan dihantui pandemik koronavirus sepanjang tahun 2020. Penyakit yang pada awalnya ditemui di bandaraya Wuhan, China, pada bulan Disember 2019, telah menular ke seluruh dunia dan membawa impak yang amat hebat kepada masyarakat sedunia. Pada penghujung tahun 2020, angka kes jangkitan COVID-19 yang terkumpul sudahpun melebihi 82 juta, sementara angka kes … Continue reading Tahun 2021: Perjuangan diteruskan demi dunia yang lebih aman, selamat, inklusif, mampan, bebas, demokratik dan adil

Panduan Ringkas Anti-Kapitalisme

Apa itu Kapitalisme? Kapitalisme ialah sistem sosio-ekonomi yang disusun berkisar pada keuntungan golongan kapitalis. Kelas kapitalis atau korporat memiliki hampir semua benda, dan mengupah pekerja untuk menghasilkan barangan yang bertujuan untuk dijual supaya menjana keuntungan yang mengkayakan segolongan kecil kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis adalah berasaskan pemilikan persendirian (private ownership) oleh golongan kapitalis terhadap sumber-sumber pengeluaran. … Continue reading Panduan Ringkas Anti-Kapitalisme

Pameran online poster anti-imperialis (Siri 3) – IMPERIALISME

Imperialisme, oleh Ingrid Neves (Brazil), Tricontinental: Institute for Social Research Siri Ketiga Pameran Poster Anti-Imperialis Atas Talian anjuran Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah dilancarkan pada 1 Oktober 2020, bersempena dengan Minggu Aksi Anti-Imperialis yang diadakan pada 5-10 Oktober 2020. Siri ketiga daripada empat Pameron Poster Anti-Imperialis yang bertemakan … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 3) – IMPERIALISME

Manifesto untuk Masa Depan

(Berikut ialah manifesto yang dikeluarkan untuk bersempena Minggu Aksi Anti-Imperialis pada 5-10 Oktober 2020.) Apabila berdepan dengan kita yang berperut lapar, golongan imperialis mencapai senapang mereka. Apabila berdepan dengan imperialis, kita yang berperut lapar berpegangan tangan dan berarak ke hadapan. Kemanusiaan kita telah diancam oleh sejenis virus halimunan yang merebak dengan cepat; tetapi kita telah … Continue reading Manifesto untuk Masa Depan

Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?

Kapitalisme yang berlandaskan eksploitasi berterusan terhadap tenaga kerja dan sumber alam semulajadi untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin kepada golongan pemodal dan syarikat korporat, merupakan satu sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan yang paling hebat dalam sejarah masyarakat manusia di atas muka bumi ini. Di bawah sistem kapitalis, golongan korporat memiliki kebanyakan benda dalam masyarakat dan … Continue reading Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?

Pameran online poster anti-imperialis (Siri 2) – NEOLIBERALISME

Siri Kedua Pameran Poster Anti-Imperialis Atas Talian anjuran Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah dilancarkan pada 30 Julai 2020. Siri kedua daripada empat Pameran Poster Anti-Imperialis yang bertemakan "Neoliberalisme" ini, menghimpunkan karya seni poster daripada 59 orang artis dari 27 buah negara dan 20 buah organisasi. (Siri pertama untuk … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 2) – NEOLIBERALISME

Agenda 10-Perkara untuk Negara-negara Selatan Global pasca COVID-19

Dunia kita sedang menghadapi krisis yang mendalam dengan penularan pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi di peringkat global. Negera-negara Selatan Global, yang kebanyakannya merupakan negara-negara sedang membangun, menerima impak yang besar akibat daripada krisis global ini. Oleh yang demikian, Tricontinental: Institute for Social Research telah membangunkan satu agenda 10-perkara untuk dunia pasca COVID-19. Agenda ini boleh menjadi … Continue reading Agenda 10-Perkara untuk Negara-negara Selatan Global pasca COVID-19