Siri kedua daripada empat Pameran Poster Anti-Imperialis yang bertemakan “Neoliberalisme” ini, menghimpunkan karya seni poster daripada 59 orang artis dari 27 buah negara dan 20 buah organisasi.
Walaupun “neoliberalisme” merupakan ideologi yang mendominasi pada zaman kita sekarang, namun istilah ini masih sukar ditakrifkan. Pandemik koronavirus yang melanda seluruh dunia pada masa kini telah jelas mendedahkan ketidakupayaan dan kegagalan sistem neoliberal dalam menjaga keperluan asas rakyat. Perluasan neoliberalisme yang berlarutan selama empat dekad kebelakangan ini, yang bertumbuh daripada krisis hutang merentasi Dunia Ketiga pada tahun 1980-an, telah mengalihkan kehidupan sosial dan ekonomi rakyat kita daripada sektor awam ke dalam tangan sektor swasta yang mengutamakan keuntungan korporat. Dasar neoliberal telah melemahkan keupayaan dan kedaulatan negara dalam usaha mempertahankan diri daripada ancaman imperialisme.
Pameran poster atas talian ini mempersembahkan secara visual isu berkaitan dengan penswastaan harta awam untuk keuntungan segelintir kecil kapitalis, pengektrakan sumber alam yang berleluasa sehingga mengancam planet bumi kita, dan kehidupan serta pekerjaan yang menjadi semakin tiada jaminan di bawah neoliberalisme.Poster-poster yang dipamerkan dalam pameran atas talian ini cuba memperjelaskan realiti yang kita hidup dalamnya. Kita dapat menyaksikan persembahan visual yang menggambarkan situasi dari cengkaman modal kewangan antarabangsa yang sedang menceroboh Kuba hingga ke penswastaan air di Indonesia, dari perjuangan melawan pengurangan perbelanjaan kebajikan sosial (anti-austerity) di UK hingga ke perjuangan melawan eksploitasi perlombongan di Congo.
Dari lukisan tangan hingga buatan digital, poster-poster dalam pameran atas talian ini mengingatkan kita bahawa bukannya akses kepada sumber – yang diberikan atau dinafikan – yang menentukan keupayaan kita untuk mencipta, tetapi keterdesakan untuk menyuarakan aspirasi rakyat itulah yang mendorong kreativiti.
Semua poster untuk pameran atas talian ini boleh dimuat turun di sini, dan adalah digalakkan untuk berkongsi seluas mungkin.
(Tanpa tajuk), oleh Greta Acosta Reyes (Kuba)Kebebasan untuk pilih?, oleh Choo Chon Kai (Malaysia), Parti Sosialis Malaysia (PSM)Windows and Fences of neoliberal world, oleh Labani Jangi (India), People’s Archive of Rural India (PARI)Air, oleh Kelana Destin (Indonesia), Aliansi Rakyat Anti Penggusuran (A.R.A.P)Melihat penentangan terhadap penindasan, oleh Gerónimo Dellacasa (Geros) (Argentina)Neoliberalisme menguasai anda, oleh Javier Alejandro González Borbolla (Kuba)Republic of Investor, oleh Seraphina Yoku (Papua-Indonesia)#Neoliberalisme, oleh Ingrid (Brazil), Tricontinental: Institute for Social ResearchRaksasa moden, oleh Ghalmi Othmane(Morocco), La Voie DemocratiqueTumbangkan neoliberalisme, oleh Nancy Naser Al Deen (Lubnan)Afrika untuk dijual, oleh Philani Emmanuel Mhlungu (Afrika Selatan), SRWP / Soweto Action CommitteeMereka potong, kita berdarah, oleh Robert Streader (UK), Young Communist League of BritainNeocitizenship under Neoliberalism, oleh Michelle Sayles (USA)Cobrar (bayar), oleh Emilio Cruañas Pérez (EMII) (Kuba)
One thought on “Pameran online poster anti-imperialis (Siri 2) – NEOLIBERALISME”