Pameran online poster anti-imperialis (Siri 1) – KAPITALISME

Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah melancarkan Siri Pameran Poster Anti-Imperialis secara atas talian. (Baca Deklarasi Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa di sini.) Siri pertama untuk pameran poster atas talian ini bermula pada 11 Jun 2020. Dalam siri yang bertemakan “Kapitalisme” ini, dipamerkan poster-poster yang direkacipta oleh 77 orang artis … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 1) – KAPITALISME

Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global

Berikut ialah Deklarasi Antarabangsa yang dirangka oleh Perhimpunan Rakyat Antarabangsa (International Assembly of the Peoples) dan Tricontinental: Institute for Social Research. Teks asal Deklarasi di sini. SARS-CoV-2 atau COVID-19, yang diisytihar sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekarang ini, telah mula membawa bencana di sebahagian besar dunia, dengan bahagian dunia yang lain sedang menunggu … Continue reading Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global

Tahun 2020: Ikthiar baru untuk perjuangkan pembebasan rakyat, keadilan sosial dan kesejahteraan bersama

Tahun 2020 menjelang, dengan Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang juga ke-7 hanya tinggal dalam ingatan untuk generasi yang hidup dalam 3 dekad yang kebelakangan ini. Retorik dalam Wawasan 2020 yang berbunyi sedap seperti “negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama”, “masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju”, “masyarakat demokratik … Continue reading Tahun 2020: Ikthiar baru untuk perjuangkan pembebasan rakyat, keadilan sosial dan kesejahteraan bersama

Pertempuran Seattle 1999 yang ganggu WTO: Perjuangan lawan neoliberalisme yang belum selesai

20 tahun dahulu, pada 30 November 1999, di bandar Seattle, Amerika Syarikat (AS), ketika Persidangan Peringkat Menteri Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang ke-3 dijadualkan untuk berlangsung mulai hari itu, jalan-jalan yang menuju ke Pusat Persidangan Negeri Washington (WSCC) telah disekat. Beberapa perarakan berlangsung pada hari itu, dengan membawa isu-isu masyarakat kepada perhatian umum ketika pemimpin-pemimpin … Continue reading Pertempuran Seattle 1999 yang ganggu WTO: Perjuangan lawan neoliberalisme yang belum selesai

Kapitalisme ancaman hebat kepada Bumi

Kapitalisme ialah sistem sosio-ekonomi yang melibatkan pengeluaran komoditi (barangan yang dihasilkan untuk dijual) secara besar-besaran untuk memaksimumkan keuntungan pemodal (kapitalis). Sistem ekonomi kapitalis memang mendatangkan pembangunan kebendaan yang hebat kepada masyarakat manusia, dengan kekayaan masyarakat yang dicipta hari ini sudah jauh lebih banyak berbanding masyarakat pra-kapitalis, namun ia juga mengundang pelbagai masalah serius kepada masyarakat … Continue reading Kapitalisme ancaman hebat kepada Bumi

Melawan patriarki untuk pembebasan wanita

Perjuangan pembebasan wanita bukannya perjuangan anti-lelaki, tetapi perjuangan untuk melawan sistem patriarki dan fahaman seksisme yang wujud dalam masyarakat kelas yang menindas rakyat termasuk golongan wanita. Perjuangan menentang patriarki adalah perlawanan terhadap pembahagian kerja yang menetapkan kaum lelaki sebagai yang berkuasa di sfera awam manakala kaum wanita hanya menjadi pekerja tanpa upah di dalam rumah, … Continue reading Melawan patriarki untuk pembebasan wanita