Imperialisme, oleh Ingrid Neves (Brazil), Tricontinental: Institute for Social Research

Siri Ketiga Pameran Poster Anti-Imperialis Atas Talian anjuran Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah dilancarkan pada 1 Oktober 2020, bersempena dengan Minggu Aksi Anti-Imperialis yang diadakan pada 5-10 Oktober 2020.

Siri ketiga daripada empat Pameron Poster Anti-Imperialis yang bertemakan “Imperialisme” ini, menghimpunkan karya seni poster daripada 63 orang artis dari 26 buah negara. Peserta-peserta pameran poster ini telah menggunakan seni visual untuk menyampaikan gambaran tentang perjuangan anti-imperialis hari ini.

(Siri Pertama dan Siri Kedua untuk Pameran Poster Anti-Imperialis telah dilancarkan masing-masing pada 11 Jun 2020 dan 30 Julai 2020.)

“Musuh kita ialah imperialisme, bukannya seni abstrak,” begitu katanya pemimpin revolusioner Kuba Fidel Castro. Perjuangan anti-imperialis pada hari ini termasuklah usaha menentang neo-fasisme dan serangan ketenteraan kuasa besar, di samping mempertahankan kemerdekaan negara daripada penjajahan baru dan memperjuangkan perlindungan untuk rakyat serta bumi kita daripada ancaman kemusnahan.

Poster-poster yang dipersembahkan dalam pameran poster atas talian ini menunjukkan wajah musuh kita – imperialisme, dan juga kesungguhan rakyat untuk bangkit melawannya. Poster-poster ini bertujuan untuk dikongsikan di laman media sosial, dicetak dan dilekat di jalanan, di samping juga dapat digunakan dalam bengkel dan perbincangan. Dalam erti kata lain, poster-poster ini merupakan sebahagian daripada alat untuk perjuangan anti-imperialis kita.

Koleksi lengkap untuk poster-poster dalam siri ketiga yang bertemakan “Imperialisme” ini boleh dimuat turun di pautan ini.

Berikut ialah sebahagian daripada poster-poster yang dipamerkan dalam “Imperialisme” – Pameran Atas Talian Poster Anti-Imperialis yang ketiga:

Tukang pembersihan anti-imperialis, oleh Nerea Fernández Cordero (Ireland)
Imperialisme menghisap, oleh Javier Alejandro González Borbolla (Kuba)
Ekonomi perkongsian?, oleh Choo Chon Kai (Malaysia), Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Marilah belayar dalam kedamaian, tiada lagi perang, oleh Jorge Gonzalez Morales (Mexico)
¿Qué estás esperando? (Tunggu apa lagi?), oleh Daniel David Duque Gil (Venezuela), Utopix
Negara Kesatuan Republik Imperialisme, oleh Kelana Destin (Indonesia), Aliansi Rakyat Anti Penggusuran (A.R.A.P)
Marcando territorio (wilayah penandaan), oleh Alejandro Cuervo Vigoa (Kuba)
Imperialisme ialah musuh rakyat, oleh Meshaal Meshaal (Palestin)
Imperialisme berhenti di sini, oleh Judy Seidman (Afrika Selatan)
Pencincang, oleh Martin Pastor (Ecuador)
Polis, oleh Un Mundo Feliz (Sepanyol)
Imperialisme halaman belakang, oleh Ian Van der Merwe (USA)
Minyak ialah kad kemenangan imperialis, oleh Abd Alslam Sade (Palestin)
Perpaduan golongan yang tertindas melawan imperialisme, Rebel Politik (India), Communist Party of India (Marxist-Leninist) Liberation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *