Penularan pandemik COVID-19 telah menjejaskan kehidupan harian rakyat di merata dunia, dan hampir melumpuhkan seluruh dunia. Berbilion orang berada dalam pelbagai peringkat keadaan “perintah kurung”, dan “penjarakan sosial” telah menjadi satu istilah sejagat. Kepimpinan kerajaan dunia, dari Donald Trump dan Boris Johnson sehingga Narendra Modi dan Jair Bolsonaro, telah menunjukkan sepenuhnya kebodohan dan kelemahan mereka dalam … Continue reading Solidariti antarabangsa untuk pertahan hak rakyat hidup bermaruah
Mobilisasi untuk pertahan kehidupan bermaruah – Seruan anti-imperialis untuk menghadapi krisis COVID-19
Pada ketika dunia sedang dilanda pandemik, Jawatankuasa Penganjur Minggu Perjuangan Anti-Imperialis telah menyeru untuk mobilisasi untuk mempertahankan kehidupan bermaruah. Berikut ialah kenyataan daripada Minggu Perjuangan Anti-Imperialis: Penularan COVID-19 di seluruh dunia telah menjana krisis yang serius, yang akan memberi kesan kepada ratusan ribu orang yang telah dijangkiti oleh koronavirus ini. Corak kehidupan untuk majoriti rakyat … Continue reading Mobilisasi untuk pertahan kehidupan bermaruah – Seruan anti-imperialis untuk menghadapi krisis COVID-19
Pertahankan kehidupan di planet ini, demi keamanan dan keadilan sosial, lawan Trump dan pelampau kanan – Deklarasi menuju Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa 2020
(Berikut ialah Deklarasi Bersama oleh gerakan-gerakan dan organisasi-organisasi kiri antarabangsa yang menyeru untuk penyertaan dalam Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa.) Imperialisme sedang mengancam masa hadapan kehidupan di planet ini, dengan dasar militaristiknya yang bersifat campurtangan dan menceroboh, dan kemusnahan alam sekitar yang membawa bencana. Kami - gerakan-gerakan dan organisasi-organisasi anak muda, petani dan wanita, dan juga … Continue reading Pertahankan kehidupan di planet ini, demi keamanan dan keadilan sosial, lawan Trump dan pelampau kanan – Deklarasi menuju Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa 2020
Deklarasi Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme 2020
Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme telah diadakan pada 22-24 Januari 2020 di Caracas, Venezuela. Lebih 400 orang wakil daripada parti-parti politik dan gerakan sosial dari 70 buah negara, bersama dengan lebih 1,000 orang dari Venezuela, berhimpun dalam program yang bertemakan “Demi kehidupan, kedaulatan dan kedamaian” ini. Persidangan ini diadakan sebagai satu manifestasi menentang dasar imperialis dan … Continue reading Deklarasi Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme 2020
Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan
Tahun 2019 menandakan ulangtahun ke-100 Gerakan 4 Mei di China. Gerakan 4 Mei yang muncul sebagai satu gerakan budaya dan politik pembaharuan yang anti-imperialis, menyaksikan percambahan pemikiran pelbagai aliran dalam usaha mencari jalan untuk pembebasan nasional. Gerakan ini tercetus daripada kebangkitan semangat nasionalis yang hebat selepas tamatnya Perang Dunia I. Gerakan 4 Mei merupakan sebahagian … Continue reading Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan
Aksi solidariti: Hentikan campurtangan imperialis AS di Venezuela
KUALA LUMPUR – 16 MAC 2019: Seruan membantah perang berkumandang di Jalan Tun Razak yang sibuk pada hari ini, ketika aktivis-aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan satu aksi protes di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur, untuk menyatakan bantahan terhadap ancaman campurtangan tentera oleh AS terhadap Venezuela. Aksi ini diadakan bersempena dengan … Continue reading Aksi solidariti: Hentikan campurtangan imperialis AS di Venezuela