20200330 - italy-doctors

Pada ketika dunia sedang dilanda pandemik, Jawatankuasa Penganjur Minggu Perjuangan Anti-Imperialis telah menyeru untuk mobilisasi untuk mempertahankan kehidupan bermaruah. Berikut ialah kenyataan daripada Minggu Perjuangan Anti-Imperialis:

Penularan COVID-19 di seluruh dunia telah menjana krisis yang serius, yang akan memberi kesan kepada ratusan ribu orang yang telah dijangkiti oleh koronavirus ini. Corak kehidupan untuk majoriti rakyat dunia telah terjejas; ekonomi antarabangsa telah mengalami kegawatan yang serius. Keadaan ini mendedahkan kelemahan sebuah masyarakat yang dibina di atas kepentingan modal, dan telah melemahkan perlindungan sosial – khususnya kesihatan awam – yang diperjuangkan oleh pekerja-pekerja.

Di tempat yang dikenali sebagai Dunia Pertama, penyahkawalseliaan pasaran dan ekonomi secara umumnya telah menggadaikan jaminan untuk kehidupan bermaruah untuk rakyat. Di Afrika, Asia dan Amerika Latin – di mana rejim penjimatan dan program penguahsuaian struktur yang dibawa oleh IMF telah menghancurkan institusi sosial – kehidupan sosial telah digadaikan, menyebabkan rakyat terdedah kepada bencana iklim dan kewangan di samping pandemik global.

Kesan dramatik kemungkinan jangkitan ke atas jutaan rakyat ketika pandemik global ini akan meregangkan lagi batasan sistem sosial yang sudah runtuh ini; maka kita sedang berada dalam satu darurat kemanusiaan antarabangsa. Oleh yang demikian, adalah penting bahawa semua kuasa anti-imperialis untuk mengambil pendirian dan terlibat dalam debat mengenai cara yang berkemungkinan untuk menyelesaikan situasi ini.

20200331 - EUFw_lcU4AgswEg

Pada ketika darurat kemanusiaan antarabangsa sekarang ini, dengan organisasi-organisasi sosial dan politik telah beusaha sejak tahun 2019 untuk menganjurkan Minggu Perjuangan Anti-Imperialis pada tahun 2020 ini, kami menyeru supaya mobilisasi ini menjadi perjuangan melawan cubaan sektor kapitalis untuk memaksa kelas pekerja dan massa rakyat untuk menanggung kesan kos krisis ini, seperti yang pernah berlaku selepas krisis kewangan tahun 2008.

Oleh yang demikian:

  1. Kami menuntut supaya semua sumber awam dan swasta dikerahkan untuk mengawal dan mengerangkan kesan pandemik ini dengan perhatian khusus kepada golongan rakyat yang paling terkesan.
  2. Kami menuntut bahawa kerajaan dan pertubuhan antarabangsa untuk mengurangkan segera perbelanjaan ketenteraan mereka yang besar. Perbelanjaan ini menyokong satu sistem keselamatan yang direka untuk mempertahankan golongan elit. Ia diasaskan pada pakatan ketenteraan – seperti NATO – dan ia mempunyai jejak tapak kaki global melalui pangkalan tentera di semua benua; ia memiliki gedung senjata nuklear dengan keupayaan memusnahkan planet ini untuk beberapa kali.
  3. Dengan memotong perbelanjaan ketenteraan, kami mencadangkan bahawa sumber-sumber ini digunakan untuk membina sistem perlindungan manusia yang melaburkan semua sumber planet ini untuk mewujudkan kehidupan bermaruah bagi rakyat jelata; ini akan termasuk peningkatan yang signifikan dalam perbelanjaan sosial, supaya kita dapat merespon secara sesuai kepada darurat kemanusiaan sekarang ini.
  4. Kami menyeru untuk memperkukuhkan sistem sosial, khususnya sistem kesihatan awam, yang telah dihakis oleh dasar-dasar neoliberal untuk beberapa dekad yang lalu.
  5. Kami menyeru untuk solidariti bersama dengan semua pekerja kesihatan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan ribuan mangsa penyakit COVID-19 walaupun kekurangan pelaburan dalam kesihatan awam dan universal.
  6. Kami menyeru untuk promosi kehidupan bermaruah bagi semua rakyat, dengan hak untuk pekerjaan dan hak pekerja, sebagai respon kepada strategi kapitalis yang menggunakan krisis kesihatan ini untum memecat pekerja, mengusir golongan miskin, dan memotong gaji serta kebajikan.
  7. Kami menyeru untuk penamatan sekatan jenayah unilateral yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat ke atas lebih lima puluh buah negara – khususnya Iran, Kuba dan Venezuela. Sekatan ini telah membawa impak langsung dan zalim ke atas sistem kesihatan di negara-negara ini, menghalang penghantara ubat-ubatan dan bekalan hospital, dan menyebabkan kematian ribuan orang yang boleh dielakkan.
  8. Akhirnya, kami menyeru untuk solidariti dan semangat internasionalisme dalam kalangan rakyat di dunia; pada ketika krisis kemanusiaan antarabangsa dengan magnitud besar ini, adalah penting bahawa solidariti, kerjasama dan saling menyokong menjadi nilai dominan untuk sistem antara-negara dan kemanusiaan.

20200331 - EUH00CyXkAMx9Gu

Selain itu, kami ingin menegaskan bahawa darurat global sekarang ini menunjukkan keperluan untuk membina satu projek untuk sebuah masyarakat baru; projek ini harus berdasarkan prinsip solidariti supaya semua sumber planet disalurkan kepada pembinaan sebuah komuniti antarabangsa yang adil, bebas dan egalitarian.

Kami menyeru untuk pembentukan ikatan hebat solidariti dalam tempoh masa akan datang kerana kita sedar bahawa kekuatan kita terletak dalam mobilisasi kita.

Marilah kita menyatukan harapan kita untuk membina sebuah dunia di mana semua hidup dengan bermaruah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *