(Berikut ialah Deklarasi Bersama oleh gerakan-gerakan dan organisasi-organisasi kiri antarabangsa yang menyeru untuk penyertaan dalam Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa.)
Imperialisme sedang mengancam masa hadapan kehidupan di planet ini, dengan dasar militaristiknya yang bersifat campurtangan dan menceroboh, dan kemusnahan alam sekitar yang membawa bencana. Kami – gerakan-gerakan dan organisasi-organisasi anak muda, petani dan wanita, dan juga organisasi-organisasi politik dan kesatuan sekerja, gerakan untuk keamanan dan jaringan intelek di seluruh dunia – menyeru untuk penyertaan beramai-ramai bersempena Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa pada separuh kedua tahun 2020.
Kita hidup pada zaman ketidakstabilan dan ketidaktentuan untuk masa hadapan kemanusiaan dan planet ini. Kapitalisme dan logik pengumpulannnya sedang menjana tahap ketidaksaksamaan yang tidak pernah wujud dalam kalangan rakyat. Jutaan insan menderita kerana kesan krisis yang bukan sahaja ekonomi, tetapi juga sosial, kemanusiaan, politik dan alam sekitar, dan juga krisis nilai. Ianya krsis sistemik, krisis ketamadunan.
Modal cuba meningkatkan kadar keuntungan dengan melakukan serangan ke atas keadaan kerja dan hak sosial rakyat, khususnya kelas pekerja, dan dengan menggondol sumber-sumber semula jadi dan pencapaian sain dan teknologi, yang sepatutnya dimiliki oleh seluruh umat manusia.
Serangan modal sekarang ini mensasarkan hak asasi manusia dan demokrasi, begitu juga dengan prinsip kesamarataan dan kedaulatan negara serta demokrasi. Satu usaha yang diselaraskan oleh kuasa korporat transnasional monopolistik, jaringan antarabangsa penyebaran maklumat palsu, dan struktur dominasi imperialis yang supra-nasional, cuba mendominasi sepenuhnya planet ini.
Kerajaan Trump menghakis Undang-undang Antarabangsa dengan campurtangan yang salah di sisi undang-undang, provokasi, pencerobohan ketenteraan dan boikot ekonomi ke atas rakyat dan negara berdaulat yang enggan tunduk pada dominasi Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya. Pada hari ini, AS mengenakan sekatan ke atas 51 buah negara, termasuk Kuba dan Venezuela, yang merupakan contoh perjuangan anti-imperialis yang sungguh berani. Ia juga melakukan provokasi di Timur Tengah, seperti serangan ke atas Iran dan pemaksaan “Perjanjian Abad Ini” yang berlawanan dengan rakyat Palestin dan hak bersejarah mereka.
Neoliberalisme merupakan salah satu bentuk dominasi modal transnasional yang paling ganas dan anti-demokratik. Ia tidak menawarkan sama ada harapan ataupun solusi kepada rakyat kita. Solusi autoritarian, rasis, xenofobik dan misogini kepada krisis sekarang mendapat momentum, ditunjukkan dalam dalam kerajaan-kerajaan Amerika Syarikat, Brazil, India dan sebagainya, serta kebangkita pelampau kanan di Eropah. Wanita dan golongan LGBTQI+ menjadi sasaran utama mereka.
Strategi Keselamatan Nasional yang diamalkan oleh kerajaan Trump sejak tahun 2017 menjadikan Rusia dan China sebagai sasaran dalam sfera ketenteraan dan memperkukuhkan kedua-dua doktrin unilateralisme dan pengunduran AS daripada perjanjian antarabangsa yang merupakan instrumen asas untuk keamanan antarabangsa. Ini telah mewujudkan peningkatan ketegangan geopolitik dan persenjataan semulan konvensional dan nuklear yang mengancam kewujudan manusia.
Dalam persidangan yang menyambut ulangtahun ke-70 NATO, pertubuhan ini menegaskan dirinya sebagai ancaman kepada keamanan dunia. Malah, ia cuba untuk memilitarisasikan angkasa lepas.
Dengan menyambung tradisi bersejarah perjuangan, perpaduan dan mobilisasi gerakan antarabangsa untuk keamanan dan pelucutan senjata, kami menuntut pembubaran NATO, pengunduran 800 pangkalan tentera AS di seluruh dunia, pelucatan senjata sepenuhnya, menghentikan segala tindakan campurtangan dan pencerobohan luar; dan kami menuntut bahawa setiap negara berazam untuk mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Undang-undang Antarabangsa.
Semua sumber global harus digunakan untuk menyelesaikan masalah utama kemanusiaan: kebuluran, penyakit, kemiskinan, dan ketidaksamarataan.
Kami berjuang untuk keamanan, demokrasi, hak asasi manusia, hak buruh, pelarian, pekerja migran, kedaulatan rakyat, undang-undang antarabangsa, hak wanita dan golongan LGBTQI+, dan hak alam semulajadi. Kami berdiri teguh melawan diskriminasi dan rasisme, yang merupakan ciri imperialisme.
Kami menegaskan sekali lagi bahawa rakyat mempunyai musuh bersama: mereka yang mempromosikan nilai-nilai fasis, anti-sosial, patriarki dan xenofobia.
Oleh itu, kami menyeru untuk aksi anti-imperialis besar-besaran dalam separuh kedua tahun 2020. Kami akan mengambilalih dataran dan jalanan di negara kami dengan mobilisasi yang meluas dan bersatu dalam kempen antarabangsa untuk menjamin masa hadapan bagi planet kita, yang dihauskan dan dirosakkan oleh tindakan pemangsa modal besar. Ini merupakan mobilisasi menentang militarisme dan imperialisme, dan menentang segala ekspresinya di negara dan wilayah kita.
Kita tahu bahawa kekuatan kita terletak dalam mobilisasi kita.
Marilah kita menyatukan harapan kita untuk membina sebuah dunia di mana kita semua dapat hidup secara bermaruah!
Deklarasi ini disokong oleh organisasi-organisasi di bawah:
Platform antarabangsa
International Peoples’ Assembly
La Via Campesina Internacional
Afrika
Pan Africa Today (PAT), Afrika Selatan
Socialist Revolutionary Workers Party (SRWP), South Africa
Socialist Party of Zambia (SPZ)
Amerika
ALBA Movimientos – Continental Coordination of the Social Movement Towards ALBA
Frente Patria Grande, Argentina
Movimiento Popular La Dignidad, Argentina
VAMOS, Argentina
Levante Popular da Juventude, Brazil
Movimento dos Trabalhadores Rurais Sem Terra (MST), Brazil
Coordinadora Latinoamericana de Organizaciones del Campo (CLOC)
Central de Trabajadores de Cuba (CTC), Kuba
Comité de Unidad Campesina (CUC), Guatemala
Jornada Continental por la Democracia y contra el Neoliberalismo
Popular Education Project (PEP), Amerika Syarikat
Frente Francisco de Miranda (FFM), Venezuela
Asia
Parti Pekerja Bangladesh
Parti Komunis Nepal
Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA)
Parti Pekerja Tunisia
Democratic Way (DW), Morocco
Eropah
Russian United Labour Front
Russian Communist Workers’ Party
Partido de la Refundación Comunista – Izquierda Europea, Itali
Potere al Popolo, Itali
Partido Comunista Português (PCP), Portugal
Partido Comunista de España (PCE), Sepanyol
Izquierda Unida, Sepanyol
Die Linke, Jerman
Candidatura d’Unitat Popular (CUP), Catalonia
2 thoughts on “Pertahankan kehidupan di planet ini, demi keamanan dan keadilan sosial, lawan Trump dan pelampau kanan – Deklarasi menuju Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa 2020”