Colombia: Aksi protes rakyat tewaskan rancangan percukaian neoliberal

Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 5 hari berturut-turut, walaupun berdepan dengan penindasan yang kejam daripada pihak berkuasa, tetapi oleh sebab kegigihan kelas pekerja untuk melawan, akhirnya kuasa rakyat berjaya memaksa Kerajaan Colombia pimpinan Presiden Iván Duque Márquez untuk menarik balik rancangannya yang hendak melaksanakan “pembaharuan” percukaian yang bersifat neoliberal. Ini merupakan satu kemenangan penting untuk rakyat Colombia dalam usaha perjuangan mereka melawan serangan dasar ekonomi neoliberal.

Venezuela: PSUV menang besar dan tamparan kepada imperialis AS

Selepas empat tahun yang penuh campurtangan kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) dengan sekatan ekonomi, sabotaj, cubaan rampasan kuasa, cubaan pembunuhan dan pencerobohan tentera upahan, rakyat Venezeula telah mengundi untuk Perhimpunan Kebangsaan yang baru dalam pilihanraya umum yang diadakan pada 6 Disember 2020. Pilihanraya Parlimen Venezuela diadakan pada 6 Disember 2020, untuk memilih 277 orang perwakilan … Continue reading Venezuela: PSUV menang besar dan tamparan kepada imperialis AS

Venezuela: Pilihanraya dan anti-imperialisme

Pilihanraya parlimen Venezuela yang akan diadakan dalam keadaan menghadapi kesulitan yang hebat, merupakan satu langkah penting dalam usaha pemulihan demokratik terhadap institusi negara itu daripada ancaman golongan pembangkang berhaluan kanan yang disokong oleh imperialis Amerika Syarikat (AS). Rakyat Venezuela akan mengundi pada 6 Disember 2020 akan datang ini, untuk memilih 277 orang perwakilan ke dalam … Continue reading Venezuela: Pilihanraya dan anti-imperialisme

Peru: Rakyat bangkit jatuhkan rejim kudeta 5-hari

Gelombang protes rakyat yang hebat melanda Peru berikutan pemecatan Martín Vizcarra sebagai Presiden negara itu pada 9 November 2020 yang dianggap sebagai “kudeta parlimen” oleh ramai orang. Manuel Merino yang mengambilalih kuasa sebagai Presiden dan membentuk kerajaan berhaluan pelampau kanan dengan sokongan daripada laksamana-laksamasa Tentera Laut Peru, hanya bertahan selama 5 hari! Walaupun Martín Vizcarra … Continue reading Peru: Rakyat bangkit jatuhkan rejim kudeta 5-hari

Bolivia: Morales pulang ke tanahairnya selepas setahun

Evo Morales (kanan) dan Álvaro García Linera (kiri), disambut oleh lebih sejuta orang rakyat Bolivia yang berhimpun di wilayah Cochabamba. Selepas setahun dijatuhkan oleh kudeta yang disokong oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat sehingga terpaksa hidup dalam buangan di luar negara, Evo Morales, bekas Presiden Bolivia yang merupakan ketua negara Bolivia pertama yang berasal daripada masyarakat … Continue reading Bolivia: Morales pulang ke tanahairnya selepas setahun

Chile: Rakyat undi gubal perlembagaan baru untuk buang warisan Pinochet

Setahun selepas gelombang kebangkitan rakyat yang hebat sejak bulan Oktober 2019, jutaan rakyat Chile yang mengundi dalam referendum pada 25 Oktober 2020 telah menyatakan dengan jelas hasrat popular untuk menggubal perlembagaan baru bagi negara Chile supaya menggantikan perlembagaan yang dibuat semasa pemerintahan kediktatoran Augusto Pinochet empat dekad yang lalu. Pinochet berkuasa melalui kudeta tentera pada … Continue reading Chile: Rakyat undi gubal perlembagaan baru untuk buang warisan Pinochet