Prestasi calon PSM jauh lebih baik berbanding calon lain dalam PRK Semenyih

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih, Nik Aziz Afiq, nampaknya jauh lebih menyerlah dalam pelbagai segi berbanding calon-calon lain, sama ada calon daripada Pakatan Harapan, Basisan Nasional atau calon bebas. Ketika calon-calon daripada parti politik aliran utama yang memerlukan pemimpin kanan yang terkenal ataupun "bintang" politik datang berkempen untuk mereka, malah … Continue reading Prestasi calon PSM jauh lebih baik berbanding calon lain dalam PRK Semenyih

Nik Aziz Afiq akan tampil dalam siaran langsung Wacana Sinar 27 Februari 2019

Walaupun siaran langsung debat calon yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0 telah dibatalkan selepas calon daripada BN dan PH menolak untuk berdebat, calon PSM Nik Aziz Afiq masih ada peluang untuk tampil di depan kaca TV secara siaran langsung pada 27 Februari 2019. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BERSIH 2.0, selepas berbincang dengan Astro, forum … Continue reading Nik Aziz Afiq akan tampil dalam siaran langsung Wacana Sinar 27 Februari 2019

Calon PSM paling menyerlah dalam PRK Semenyih

SEMENYIH, SELANGOR – 23 FEBRUARI 2019: Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih sudah berjalan separuh pada hari ini. Jentera Kempen PSM untuk PRK Semenyih telah mengemukakan penilaiannya terhadap perjalanan kempen setakat ini dalam sidang akhbar yang diadakan pada hari ini. Setakat ini, sudah terbukti bahawa calon PSM untuk PRK Semenyih, Nik Aziz Afiq, paling … Continue reading Calon PSM paling menyerlah dalam PRK Semenyih

PSM kecewa dengan pembatalan debat calon

oleh S. Arutchelvan Jentera Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk PRK N24 Semenyih ingin merakamkan kekecewaan kami kerana debat yang sepatutnya dianjurkan oleh BERSIH 2.0 telah dibatalkan dengan alasan calon-calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mahu hadir ke debat tersebut. Kami difahamkan oleh pihak BERSIH 2.0 bahawa mereka telah berusaha untuk mengadakan debat ini, … Continue reading PSM kecewa dengan pembatalan debat calon

Kuantan dan bauksit: Ancaman yang kini kembali

oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid Semalam, telah riuh di media bahawa moratorium perlombongan bauksit yang telah berjalan sejak tahun 2015, tidak akan disambung selepas 31 Mac ini. Ini bermakna, perlombongan akan berjalan semula dan kebimbangan rakyat terhadap ancaman-ancaman berasaskan industri ini juga akan kembali semula. Umum mengetahui dan faham tentang bagaimana dalam satu tempoh … Continue reading Kuantan dan bauksit: Ancaman yang kini kembali

Harga rumah mampu milik sepatutnya RM100K dan ke bawah

SEMENYIH, SELANGOR – 21 FEBRUARI 2019: “Memanggil rumah berharga RM 250,000 hingga RM 300,000 itu Rumah Mampu Milik adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Rumah sebegini amat jauh daripada kemampuan golongan pekerja,” begitu katanya A. Sivarajan selaku Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada hari ini dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan bersempena kempen … Continue reading Harga rumah mampu milik sepatutnya RM100K dan ke bawah

Perumahan mampu milik atau mampus milik? Rasional PH terputus dari realiti rakyat

Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat terkejut dengan rasional Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa rakyat tidak rugi membeli rumah walaupun harganya RM 400,000 kerana dalam jangka masa panjang harga rumah akan naik mencecah RM 1 juta. Beliau menyatakan demikian semasa Majlis Perasmian Karnival Komuniti Berdaya pada 17 Februari lalu.  Dalam majlis itu, Pakatan Harapan … Continue reading Perumahan mampu milik atau mampus milik? Rasional PH terputus dari realiti rakyat

Mengapa PSM patut dimenangkan di Semenyih?

oleh Arveent Kathirtchelvan Saya agak tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr Rais Hussin tempoh hari, berkenaan Pilihanraya Kecil Semenyih yang bakal menjelang. Beliau bijak memilih tajuk artikelnya, yang cuba mengalihkan fokus pilihanraya ini kepada sebuah pertandingan satu lawan satu di antara Pakatan Harapan (PH) dengan kontinjen PAS-Barisan Nasional (BN), lalu mengangkatnya sebagai "Hari Penentuan" … Continue reading Mengapa PSM patut dimenangkan di Semenyih?

PSM berprotes bantah tol di Semenyih

SEMENYIH, SELANGOR – 20 FEBRUARI 2019: Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu aksi protes pada hari ini untuk menuntut supaya salah satu tol lebuhraya di kawasan Semenyih dimansuhkan bagi meringankan beban rakyat Semenyih. Para peserta protes berhimpun di hadapan plaza tol Semenyih yang terletak di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Mereka memegang plakad yang tertulis … Continue reading PSM berprotes bantah tol di Semenyih