Langkah-langkah pencegahan COVID-19 perlu diambil oleh syarikat yang kembali beroperasi

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan pada 4 Mei 2020, dengan semakin ramai pekerja kembali ke tempat kerja, kesihatan dan keselamatan pekerja menjadi perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak majikan yang memulakan semula operasi perusahaan mereka. Majikan harus bertanggungjawab dalam melindungi semua pekerja, termasuklah pekerja migran. Antara tindakan yang perlu diambil … Continue reading Langkah-langkah pencegahan COVID-19 perlu diambil oleh syarikat yang kembali beroperasi

Penangkapan besar-besaran terhadap migran boleh jejas usaha lawan COVID-19

Pada 1 Mei 2020 yang lalu, iaitu ketika dunia menyambut Hari Pekerja Antarabangsa di bawah bayangan ancaman pandemik COVID-19, berlakunya penangkapan besar-besaran terhadap pekerja-pekerja migran tanpa dokumen di Kuala Lumpur. Penangkapan besar-besaran ini berlaku di kawasan Masjid India yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan (PKPD). Dilaporkan seramai 586 orang, termasuk kanak-kanak bawah umur, telah … Continue reading Penangkapan besar-besaran terhadap migran boleh jejas usaha lawan COVID-19

(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja Dunia di bawah bayangan pandemik koronavirus

Athens, Greece. (foto oleh Petros Giannakouris / AP Photo) 1 Mei setiap tahun ialah Hari Pekerja Sedunia, satu hari untuk memperingati perjuangan pekerja yang memenangi hak pekerja yang dinikmati hari ini dan menyuarakan tuntutan pekerja untuk peningkatan kesejahteraan masyarakat. Sambutan Hari Pekerja Sedunia pada tahun ini agak luar biasa, kerana penularan pandemik COVID-19 di peringkat … Continue reading (Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja Dunia di bawah bayangan pandemik koronavirus

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukan lesen keluar rumah sesuka hati – Satu penerangan ringkas

oleh Dr Cecilia Anthonysamy  Mungkin ada yang salah faham. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei 2020 adalah untuk membenarkan aktiviti mencari makan dan menjana pendapatan, supaya rakyat tidak merana kerana tiada duit dan tiada makan. Semasa PKPB, orang awam boleh keluar berdua atas tujuan membantu orang tua, dan membantu isi rumah yang perlu bantuan untuk membeli barang runcit dan pasar yang lebih … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukan lesen keluar rumah sesuka hati – Satu penerangan ringkas

Deklarasi 1 Mei 2020: COVID Menyerang, Pekerja Diancam

(Berikut ialah Deklarasi Hari Pekerja Sedunia 2020 yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Mei Satu.) Hari Pekerja Sedunia pada 1 Mei 2020 membawa satu cabaran yang besar kepada kelas pekerja di Malaysia dan di seluruh dunia. Fenomena penularan COVID-19 memaksa Kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020. COVID-19 juga membawa implikasi lebih teruk … Continue reading Deklarasi 1 Mei 2020: COVID Menyerang, Pekerja Diancam

Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2020)

Kenyataan Bersama Hari Pekerja Sedunia 2020 - 1 Mei 2020 Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan ini dirangka oleh parti-parti kiri dan pertubuhan-pertubuhan buruh di Asia Tenggra, dan disokong oleh kumpulan-kumpulan dari Asia Tenggara dan di luar rantai ini.)  Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dunia terkesan dengan teruk dan … Continue reading Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2020)

PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini

(Berikut ialah tulisan Setiausaha Agung PSM bersempena dengan Ulangtahun ke-22 Penubuhan PSM pada 30 April 2020.) oleh Sivarajan Arumugam 22 tahun telah berlalu sejak penubuhan sebuah parti yang telah mencabar norma politik di Malaysia pada masa itu. Pada 30 April 1998, wakil jawatankuasa penaja parti telah mengemukakan borang-borang penubuhan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), walaupun … Continue reading PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini

COVID-19: Cara untuk Malaysia maju ke hadapan

oleh Dr Jeyakumar Devaraj Masyarakat manusia sedang melalui satu tempoh yang luar biasa. Pandemik COVID-19 telah menundukkan ekonomi global. Corak hidup kepenggunaan yang biasa telahpun diterbalikkan. Kita boleh menjangkakan kemelesetan ekonomi yang teruk untuk tahun ini dan juga tahun hadapan. Sebilangan pakar ekonomi mengatakan ini mungkin akan menjadi seburuk Zaman Meleset (Great Depression) yang melanda dari penghujung tahun 1920-an … Continue reading COVID-19: Cara untuk Malaysia maju ke hadapan

Pertahankan kedaulatan pertanian negara

(Berikut ialah kenyataan media PSM bersempena dengan Hari Benih Antarabangsa yang jatuh pada 26 April setiap tahun.) oleh Sharan Raj Krisis COVID-19 telah menunjukkan kepentingan kedaulatan makanan selepas negara asing enggan menjual makanan kepada Malaysia. Selama dua dekad, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menekankan kepentingan melindungi petani tempatan untuk mengelakkan situasi sebegini. Petani di Malaysia terus … Continue reading Pertahankan kedaulatan pertanian negara

Kekalkan jaminan makanan rakyat, hentikan pengusiran terhadap petani dan penternak kecil

Petani-petani dan penternak-penternak di Semenanjung Malaysia telah mengemukakan tuntutan bersama kepada Perdana Menteri Muhiyiddin Yassin merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang sedang mengendalikan krisis wabak COVID-19, dengan seruan supaya pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk melindungi rezeki mereka dan memastikan jaminan makanan untuk semua rakyat. Dalam memorandum yang ditujukan kepada Perdana Menteri pada 23 April 2020, … Continue reading Kekalkan jaminan makanan rakyat, hentikan pengusiran terhadap petani dan penternak kecil