94310998_3174695249227380_5092412933250482176_o

(Berikut ialah Deklarasi Hari Pekerja Sedunia 2020 yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Mei Satu.)

Hari Pekerja Sedunia pada 1 Mei 2020 membawa satu cabaran yang besar kepada kelas pekerja di Malaysia dan di seluruh dunia. Fenomena penularan COVID-19 memaksa Kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020.

COVID-19 juga membawa implikasi lebih teruk kepada pekerja. Yang bekerja terdedah kepada ancaman virus dan kekurangan perlindungan keselamatan, manakala yang tidak bekerja diancam pula dengan isu menyara kehidupan dan jaminan kerja.

Yang paling terjejas ialah pekerja di sektor informal, termasuk pekerja migran dan pelarian. Kesemua pekerja harian ini telah hilang punca pendapatan mereka dan hidup tanpa keperluan asas seperti makanan dan menghadapi kebuluran.

Krisis yang melanda kesan daripada wabak COVID-19 bukan sekadar krisis kesihatan, tetapi juga krisis ekonomi yang akan membawa padah kepada kaum pekerja yang akan terus berhadapan dengan ketidakjaminan kerja, pengangguran, ketidakjaminan makanan dan kelaparan.

Walaupun kerajaan menggesa untuk dasar sifar pembuangan kerja tetapi realitinya di lapangan adalah berbeza. Apa yang jelas adalah pemberhentian pekerja berlaku secara berleluasa, pemotongan gaji sewenang-wenang dan pengurangan kerja secara mendadak, secara paksa dan secara zalim.

Maka, sempena dengan Hari Pekerja tahun 2020 yang luar biasa ini,kami mengetengahkan tuntutan- tuntutan seperti di bawah:

1. Kerajaan harus tegas dan konsisten dalam menangani lobi dan tindak tanduk syarikat yang tidak mengutamakan kesihatan dan keselamatan pekerja semasa krisis COVID-19. Kami menyarankan:

  • Setiap syarikat yang beroperasi harus mematuhi garis panduan keselamatan di tempat kerja yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga ancaman COVID-19 berakhir.
  • Wujudkan Jawatankuasa COVID-19 di tempat kerja yang diwakili oleh majikan, pekerja dan kesatuan sekerja untuk memastikan semua prosedur yang ditetapkan oleh KKM itu dipantau dan dipatuhi secara ketat.
  • Kerajaan harus mengambil tindakan keras keatas syarikat bukan perkhidmatan penting yang beroperasi secara haram semasa tempoh PKP dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) harus bersikap bertanggungjawab dan transparen semasa menyampaikan maklumat.
  • Gaji pekerja harus dibayar penuh dan hentikan semua bentuk ugutan atau paksaan terhadap pekerja dengan tindakan pemotongan gaji atau pengambilan cuti tanpa gaji semasa krisis COVID-19.

2. Hentikan pengusiran paksa danjamin perumahan selesa 

Kerajaan harus menghentikan sebarang pengusiran paksa terhadap pekerja dan masyarakat marhaen, termasuk peneroka bandar, orang asal, pekerja ladang dan pekerja migran, dari tempat tinggal mereka, di samping tidak memotong  utiliti seperti air dan elektrik. Laksanakan Skim Perumahan Rakyat yang munasabah pada harga yang mampu.

3. Hak kesihatan untuk semua – Kerajaan harus meningkatkan dan memperkasakan hospital kerajaan dengan memberi lebih banyak sumbangan dana supaya dapat kekal memberikan perkhidmatan yang terbaik dan percuma kepada rakyat. Kerajaan juga harus membuat kajian untuk memiliknegarakan hospital kesihatan swasta supaya memastikan rakyat Malaysia mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik dan memadai. Elaun khas juga harus dipanjangkan kepada pekerja barisan hadapan hospital yang sering terpinggir seperti pekerja pembersihan hospital, pemungut sampah dan lain-lain,  di mana mereka harus dijadikan pekerja tetap.

4. Jaminan makanan dan kawalan  harga barangan –  Keupayaan negara untuk   menjamin makanan tempatan harus diutamakan. Iktiraf dan berikan geran tanah kepada golongan petani dan penternak yang telah lama bertani dan membekalkan hasil pertanian untuk kegunaan tempatan. Hentikan pengusiran petani dan penternak. Pada masa yang sama, kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan keperluan harian dan kembalikan semula pemberian subsidi kepada rakyat secara berkesan.

5. Pekerja migran dan pelarian–Kerajaan harus hentikan sebarang tangkapan atau penghantaran balik pekerja migran dan pelarian dalam tempoh masa setahun semasa krisis COVID-19. Pakej Rangsangan Ekonomi juga harus meliputi pekerja migran dan pelarian di Malaysia, dan kerajaan harus memastikan bekalan makanan yang mencukupi kepada golongan ini. Pekerja migran harus mendapat layanan yang saksama tanpa diskriminasi. Kerajaan juga harus iktiraf dan memberi hak kerja kepada pelarian di negara kita.

6. Gaji minimum RM1800 dan cukai khas ke atas syarikat korporat multinasional (MNC)  Pengagihan kekayaan yang saksama dengan memastikan kenaikan gaji minimum ke RM1800 sebulan dan melaksanakan Elaun Sara Hidup (COLA) untuk menghadapi kenaikan kos hidup seperti yang disarankan oleh Bank Negara pada tahun 2016. Selain itu, untuk menampung sebahagian kos dalam membekalkan bantuan kepada rakyat, kerajaan harus melaksanakan kadar cukai kecemasan terhadap semua industri antarabangsa (MNC).

7. Hapuskan sistem kontrak dan jadikan pekerja tetap – Kerajaan harus mansuhkan sistem kontraktor untuk buruh. Sistem kontrak harus dipakai hanya untuk kerja sementara dan tidak boleh disalahgunakan.

8. Hak kesatuan sekerja Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja dan hak mereka membuat rundingan bersama. Hentikan semua aktiviti yang menghancurkan kesatuan sekerja di negara ini.

9. Hentikan diskriminasi pekerja berasaskan gender dan orientasi seksual

  • Jamin hak pekerja wanita dan mansuhkan undang-undang, dasardan tindakan yang mengakibatkan diskriminasi.
  • Gubal Akta Kesaksamaan Gender (Gender Equality Act).Hentikan segala bentuk diskriminasi dan gangguan terhadap wanita di tempat kerja.
  • Iktiraf pekerja domestik dan melindungi hak mereka dengan penggubalan undang-undang yang baru.
  • Kuatkuasakan Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) dan gubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.
  • Kerajaan juga harus mengubal undang-undang selaras dengan Konvesyen ILO 100 Konvensyen Imbuhan Sama 1997.

10. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas   Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan asas yang harus disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya.

11. Hak orang asal/asli– Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah rizab Orang Asal/Asli di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal/Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi mereka.

12. Alam sekitar– Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah. Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti perlombongan bauksit, loji pembakaran sampah, loji nuklear dan sebagainya; hentikan pengeksportan sampah dari negara asing dan disimpan di tapak pelupusan serta dibakar secara terbuka; dan hentikan pembakaran tanah perladangan dan pembalakan.

13. Pendidikan percuma dan hak pelajar – Laksanakan pendidikan percuma kepada semua pelajar, kanak-kanak migran dan pelarian. Mansuhkan AUKU, Akta 174, PTPTN, PTPKN dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa.

14. Laksanakan jaminan perlindungan sosial untuk semua, termasuk Skim Pencen dan kemudahan untuk golongan warga emas. Hak Bekerja Orang Kurang Upaya (OKU) juga harus dijamin. Skim pekerjaan yang memberi peluang pekerjaan untuk OKU harus dilaksanakan.

15. Kebebasandan hak asasi

  • Mansuhkan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara – Mansuhkan akta zalim seperti Akta Pencegahan Jenayah1959 (POCA), Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan SOSMA. Akta-akta baru yang digubal kena memastikan tidak ada penahanan tanpa bicara.
  • Mansuhkan Akta Hasutan 1948 serta segala undang-undang yang menindas kebebasan bersuara rakyat. Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyekat kebebasan rakyat bersuara harus dibatalkan.
  • Kebebasan Media dimana media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat. Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.

Deklarasi ini disokong oleh:

  1. Agora Society
  2. Aliran
  3. All Women’s Action Society (AWAM)
  4. Angkatan Mahasiswa UM
  5. Asylum Access Malaysia (AAM)
  6. BENTARAKATA
  7. Beyond Borders Malaysia
  8. Borneo Komrad
  9. Center For Orang Asli Concerns (COAC)
  10. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  11. Community Development Centre (CDC)
  12. Demokrat UM
  13. Diversiti Malaysia
  14. Gabungan Pemandu Lori
  15. Gerakan Mahasiswa Maju UOM GMMUPM
  16. Gerakan Pembebasan Akademik
  17. Greenpeace Malaysia
  18. Jaringan Flat Kos Rendah Marhaen
  19. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
  20. Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
  21. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  22. Jawatankuasa Bekas Pekerja Tamil Nesan
  23. Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Pos Lanai
  24. Jawatankuasa Petani dan Penternak Semenanjung Malaysia, Marhaen
  25. Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
  26. Justice for sisters
  27. Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia
  28. Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia
  29. Klima Action Malaysia (KAMY)
  30. KLSCAH Women Division
  31. KLSCAH Youth Division
  32. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
  33. Kuliah Buku
  34. Liga Rakyat Demokratik
  35. Malaysia Muda
  36. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET)
  37. Marahean Institute
  38. National Union of Plantation Workers (NUPW)
  39. New Era University College Student Union NEUCSU
  40. North South Initiative (NSI)
  41. Our Journey
  42. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  43. Pelangi Campaign
  44. Pemuda PSM
  45. Pemuda Sosialis
  46. Peoples Like Us Support Ourselves (PLUsos)
  47. Persahabatan Semparuthi
  48. Persatuan Alam Sekitar Klang
  49. Persatuan Kebajikan Tanah Perkuburan Tamil (Hindu Kristian) Paling Jaya, Semenyih
  50. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  51. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  52. Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
  53. Pusat Komas
  54. Queer Lapis
  55. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  56. Seksualiti Merdeka
  57. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  58. Suara Siswa UM
  59. Tenaganita
  60. UMANY
  61. University of Malaya Students Union
  62. UTM-MJIIT Voices
  63. Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Malaysia (RUM)
  64. Sisters In Islam (SIS)

One thought on “Deklarasi 1 Mei 2020: COVID Menyerang, Pekerja Diancam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *