Pekerja ekonomi gig harus diberi perlindungan sosial dan hak kerja yang sama seperti pekerja formal.
Pekerja ekonomi gig harus diberi perlindungan sosial dan hak kerja yang sama seperti pekerja formal.
Puluhan ribu orang berdemonstrasi di pusat bandar Rom, Itali, pada 16 Oktober 2021, untuk bersolidariti dengan kesatuan sekerja di negara itu yang diserang oleh golongan fasis yang anti-vaksin.
38 orang pengawal keselamatan yang bertugas di premis Kementerian Pendidikan di Perlis hanya menerima bayaran gaji satu bulan dalam tempoh tiga bulan yang lalu.
11 orang petani di Mambang Diawan yang menghadapi ancaman pengusiran daripada sebuah syarikat pemaju swasta dapat berasa lega selepas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 5 Oktober 2021 yang berpihak kepada mereka. Mahkamah Tinggi Ipoh telah menolak permohonan Delscon untuk mengusir petani-petani Mambang Diawan keluar dari tanah yang diusahakan mereka melalui prosing terus.
Malam Marhaen, sebuah konsert atas talian, memastikan bahawa barisan artis adalah inklusif dan mencerminkan demografik Malaysia dengan kepelbagaian masyarakat.
Kehidupan rakyat marhaen telah bertambah susah kerana pandemik COVID-19, tetapi semangat untuk memperjuangkan tuntutan rakyat demi perubahan yang lebih baik bagi semua masih kuat dalam kalangan masyarakat akar umbi. Wakil daripada pelbagai sektor telah menyuarakan tuntutan rakyat marhaen dalam sesi forum kemuncak Himpunan Marhaen 2021.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia yang sebenar hari ini telah berjaya meningkat sebanyak 10 kali ganda berbanding 50 tahun dahulu, tetapi ramai dalam kalangan rakyat masih hidup dalam kesusahan, malah terus dibelenggu kemiskinan. Kenapa kita masih tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan sedangkan negara kita sudah semakin kaya? Inilah salah satu persoalan yang dikupas dalam forum pakar mengenai kemiskinan anjuran Gabungan Marhaen.
Tanpa petani, pesawah, penternak dan nelayan, maka tiada makanan untuk rakyat. Kita harus memperkasakan sektor-sektor pengeluar makanan untuk menjamin pembekalan makanan kepada rakyat.
Walaupun hak dan kepentingan masyarakat OA dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, tetapi realitinya adalah pencerobohan terhadap tanah adat OA, salah guna kuasa dan rampasan tanah terus berleluasa, lebih-lebih lagi pada masa pandemik COVID-19.
Tuntutan dinafikan dan hak tidak ditegakkan, merupakan perkara yang dihadapi oleh pekerja-pekerja informal di merata tempat.