Budaya popular Korea Selatan memang amat berpengaruh di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia, dengan sebaran luas siri drama Korea, filem Korea dan muzik K-pop. Namun, pernahkah anda dengar lagu perjuangan rakyat Korea yang paling popular?
Budaya popular Korea Selatan memang amat berpengaruh di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia, dengan sebaran luas siri drama Korea, filem Korea dan muzik K-pop. Namun, pernahkah anda dengar lagu perjuangan rakyat Korea yang paling popular?
M. Suppaya dan ahli keluarganya yang tinggal di sebuah rumah usang di atas tanah kerajaan di Sungai Jelok, Kajang, mendapat berita baik apabila Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bersetuju untuk menawarkan tapak tanah alternatif kepadanya untuk mendirikan rumah.
Aksi protes oleh peneroka Tanjong Pasir di Bangunan SUK Selangor dibatalkan ekoran satu mesyuarat tergempar dibuat oleh Menteri Besar Selangor yang mahukan isu pemberian tanah ini disiasat balik.
Pada suatu petang yang penuh kemurungan, pengaliran udara kelihatan seolah-olah berhenti, sungai-sungai berdekatan penuh dengan bangkai ikan kerana tumpahan minyak terjadi akibat daripada keusangan paip minyak berhampiran dengan sungai. Campuran bau minyak, gas asli dan kematian meresapi udara. Helikopter miliki Chevron (syarikat gergasi petroleum) baru saja diisi penuh dengan bahan bakar. Juruterbang menghidupkan enjin dan bilah kipas helikopter berdengung seperti lalat yang terbang. Namun, kali ini ia bukan menghantar pekerja ke pelantar petroleum di luar pesisir. Penumpang kali ini merupakan tentera bersenjata Nigeria yang diperintah untuk mematahkan secara ganas gerakan Occupy yang dilancarkan oleh golongan pemuda dengan pendekatan bukan keganasan.
PSM berharap bahawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 akan diluluskan dengan cepat dan diwartakan tidak lama lagi, supaya ia dapat dikuatkuasakan dan memberi sedikit keadilan kepada pekerja. Ini merupakan kejayaan kecil dalam perjuangan berpanjangan antara buruh dengan modal.
Perumahan adalah hak asasi manusia sejagat yang perlu dititikberatkan oleh setiap kerajaan yang memerintah negara ini. Penyediaan rumah mampu milik adalah kewajipan kerajaan dan tidak seharusnya diperlekehkan atau diabaikan.
Sekali lagi, rakyat Sudan menyusun semula barisan perjuangan mereka untuk melawan rejim kudeta tentera dan meneruskan revolusi yang belum selesai.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan Kongres Nasionalnya yang ke-23 secara atas talian pada 24 Oktober 2021. Kongres kali ini yang bertemakan “Tolak Politik Elit! PSM Membina Demokrasi Tulen Rakyat” telah dihadiri oleh lebih 100 orang perwakilan dari seluruh negara. Ini merupakan kali kedua PSM mengadakan kongres secara atas talian kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun 2020.
Resolusi yang diluluskan dalam Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-23 pada 24 Oktober 2021.
PSM mengemukakan kritikannya terhadap RMK-12 dalam enam perkara penting, termasuk pengagihan kekayaan masyarakat, perumahan, kesihatan dan alam sekitar, berdasarkan penelitian awalnya terhadap dokumen RMK-12.