Penantian pekerja-pekerja Ladang Kirby untuk rumah mereka sendiri berakhir apabila pihak pemaju berjanji untuk membina rumah bagi mereka di atas tapak rumah ladang mereka sekarang dengan harga subsidi.
Polis gagal lindungi petani kecil di Pusing daripada ugutan jenayah
Petani-petani kecil di kawasan Pusing, Perak, mengadu kepada Ketua Polis Negeri Perak tentang masalah kelemahan pihak polis dalam mengendalikan ugutan jenayah terhadap mereka.
Cukup sudah lambaian tangan dan lawatan VIP – Rakyat perlu bantuan kritikal sekarang
Mangsa banjir tidak memerlukan lawatan dan lambaian tangan daripada VIP politik. Mereka perlukan tindakan segera daripada kerajaan untuk meringankan beban mereka yang disebabkan bencana banjir.
Petani Pusing dapat perintah mahkamah hentikan pengusiran paksa
18 orang petani dari Pusing, Perak, berjaya mendapatkan satu perintah di bawah Seksyen 99 Kanun Prosedur Jenayah untuk kekal berada di tanah yang diusahakan mereka sehingga pertikaian berkenaan tanah mereka diselesaikan di Mahkamah Tinggi.
Kemelut petani Kanthan – Seruan untuk bertindak!
Bolehkah anda memainkan peranan untuk membantu petani-petani kecil dan melindungi jaminan makanan?
Peneroka Gatco nak jumpa MB Negeri Sembilan tapi bas ditahan polis
Sebuah bas yang membawa peneroka Gatco untuk mengetengahkan isu mereka kepada perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan telah dihalang oleh polis dalam perjalanannya.
Penduduk Kampung Jenjarom bantah pembukaan semula kilang bateri
Penduduk-penduduk Kampung Jenjarom menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya membatalkan rancangan pembukaan semula kilang bateri plumbum di situ yang bakal mengancam kesihatan dan keselamatan penduduk setempat.
Peneroka Gatco buat aduan polis: Tolak ugutan Exco Negeri Sembilan
Peneroka-peneroka Kampung Gatco membuat aduan polis di IPD Seremban pada hari ini berkenaan dengan ugutan daripada Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang memaksa mereka untuk menerima sahaja tanah 4 ekar yang ditawarkan.
MTES luluskan tawaran tanah alternatif kepada Suppaya yang pernah diancam pengusiran
M. Suppaya dan ahli keluarganya yang tinggal di sebuah rumah usang di atas tanah kerajaan di Sungai Jelok, Kajang, mendapat berita baik apabila Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bersetuju untuk menawarkan tapak tanah alternatif kepadanya untuk mendirikan rumah.
Protes peneroka Tanjong Pasir di SUK Selangor ditunda kerana perkembangan baharu
Aksi protes oleh peneroka Tanjong Pasir di Bangunan SUK Selangor dibatalkan ekoran satu mesyuarat tergempar dibuat oleh Menteri Besar Selangor yang mahukan isu pemberian tanah ini disiasat balik.
