Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – 30 NOVEMBER 2021: Peneroka-peneroka Gatco yang hendak mengetengahkan isu mereka kepada perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan telah dihalang apabila bas yang membawa sebahagian peneroka Gatco ini ditahan polis dan diarahkan untuk berpatah balik.

Pada pagi tadi, peneroka-peneroka Gatco telah bermobilisasi untuk hadir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bagi menyampaikan bantahan mereka terhadap cara pengendalian isu mereka yang tidak memuaskan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dan mengetengahkan tuntutan mereka untuk mendapatkan tanah seluas 8 ekar setiap keluarga peneroka. Namun, sebuah bas yang membawa seramai 28 orang peneroka Kampung Gatco dari Jempol telah ditahan oleh polis di kawasan Paroi, Seremban. Pihak polis telah merampas semua plakad dan sepanduk yang dibawa oleh peneroka-peneroka Gatco di dalam bas tersebut, serta mengambil maklumat peribadi mereka. Pihak polis kemudiannya mengarahkan bas tersebut untuk berpatah balik. Bas tersebut diiringi oleh dua buah kereta peronda, satu di hadapan dan satu di belakang, dan hanya dilepaskan selepas sampai di Bahau.

Walaupun terdapat halangan terhadap peneroka-peneroka Gatco yang menaiki bas, tetapi mereka yang bergerak dengan kenderaan persendirian masih dapat sampai di hadapan bangunan DUN Negeri Sembilan dan mengadakan protes di situ.

Lebih kurang 20 orang peneroka Gatco berprotes di hadapan Wisma Negeri di mana bangunan DUN Negeri Sembilan terletak, untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap cara Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan menangani isu Gatco yang mengugut para peneroka Gatco untuk menerima sahaja tanah 4 ekar yang ditawarkan.

Turut hadir bersolidariti dengan peneroka Gatco ialah S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang lama bersama dalam perjuangan peneroka Gatco, serta aktivis PSM Seremban seperti R. Gandi dan S. Tinagaran.

Setelah berunding dengan wakil Kerajaan Negeri Sembilan, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berjanji untuk menetapkan satu perjumpaan dengan wakil peneroka Gatco pada akhir bulan Disember 2021 atau awal bulan Januari 2022.  

Ini bukannya kali pertama peneroka Gatco berprotes di hadapan Wisma Negeri, Seremban, untuk menyuarakan tuntutan mereka. Peneroka-peneroka Gatco menuntut 8 ekar tanah setiap keluarga seperti mana yang dijanjikan kepada mereka sejak tahun 1983, dan menggesa Kerajaan Negeri Sembilan supaya merealisasikan tuntutan ini.

(Baca di sini untuk mengetahui sedikit latar belakang mengenai isu peneroka Gatco.)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s