Oleh sebab pihak polis enggan membantu masyarakat Orang Asli Pos Piah, Sungai Siput, Perak, untuk memulangkan wang "sumbangan" daripada syarikat pembalakan yang bersifat sogokan, maka Jaringan Komuniti Orang Asli Pos Piah menyerahkan wang tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)! Susulan daripada aduan polis yang dibuat pada 20 Ogos 2019 di Ibupejabat Polis Ipoh, … Continue reading Komuniti Orang Asli Pos Piah serahkan wang “sumbangan” dari pembalak kepada SPRM
Syarikat pembalakan cuba sogok Orang Asli Pos Piah tapi ditolak
Sebuah syarikat pembalakan cuba menyogok komuniti Orang Asli di Pos Piah, Sungai Siput, Perak, tetapi menemui kegagalan apabila Orang Asli di situ enggan menerima wang sogokan. Pada Ogos 2019, seorang penyelia syarikat pembalakan yang bernama Afiq bersama taukenya mengunjung rumah seorang Orang Asli yang bernama Najib bin Alang di Kampung Ketled Pos Piah. Najib bin … Continue reading Syarikat pembalakan cuba sogok Orang Asli Pos Piah tapi ditolak
Kerajaan Selangor digesa ambil tanah untuk perumahan pekerja Ladang Bukit Beruntung
SHAH ALAM, SELANGOR – 1 OGOS 2019: Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung mengadakan satu aksi protes di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini, untuk menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya mengambil tanah daripada pemilik tanah ladang bagi tujuan menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi mereka untuk selama 20 tahun. Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung … Continue reading Kerajaan Selangor digesa ambil tanah untuk perumahan pekerja Ladang Bukit Beruntung
Mana tanah gantian untuk petani jika isu dah selesai?
Berikutan penyerahan memorandum oleh 7 orang petani dari Tanah Hitam kepada Pejabat Menteri Besar Perak pada 25 Julai 2019, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata bahawa masalah berkenaan sudah lama diselesaikan kerajaan sebelum pengumuman pemberian tanah kepada pemain pasukan bola sepak negeri Perak (menurut laporan Sinar Harian Online – 28 Julai 2019). Dalam satu … Continue reading Mana tanah gantian untuk petani jika isu dah selesai?
Kenapa perlu rampas tanah dari petani kecil untuk dihadiahkan kepada pasukan bola sepak?
IPOH, PERAK: Petani-petani kecil dari Tanah Hitam yang sedang bercucuk tanam di kawasan Ulu Chemor, Mukim Hulu Kinta, Perak, sedang menghadapi ancaman pengusiran daripada Kerajaan Negeri Perak. Mereka telah menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Perak pada 25 Julai 2019 untuk memohon perjumpaan dengan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu bagi membincangkan penyelesaian kepada … Continue reading Kenapa perlu rampas tanah dari petani kecil untuk dihadiahkan kepada pasukan bola sepak?
Peguam Negara teruskan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa
22 JULAI 2019 – GEORGETOWN, PULAU PINANG: Kes pendakwaan terhadap Karthiges dan Nathan yang ditangkap semasa mempertahankan penduduk miskin di rumah pangsa PPR Padang Tembak Pulau Pinang daripada pengusiran paksa pada tahun lalu, telah bersambung bicara di Mahkamah Majistret Georgetown pada hari ini. Pendakwaan terhadap kedua-dua orang yang tertuduh diteruskan setelah Jabatan Peguam Negara menolak … Continue reading Peguam Negara teruskan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa
Orang Asli Kampung Sungai Papan pertahan tanah adat daripada ancaman pembalakan
Masyarakat Orang Asli suku Temiar di Kampung Sungai Papan, Gerik, Perak, telah mendirikan sekatan jalan (blockade) untuk menghalang pembalakan di kawasan tanah adat mereka, tetapi menghadapi gangguan yang berterusan daripada pihak berkuasa dan syarikat pembalak. Pada 20 Julai 2019, pembalak telah merobohkan sekatan jalan yang didirikan Orang Asli dengan bantuan pihak polis. 3 orang daripada … Continue reading Orang Asli Kampung Sungai Papan pertahan tanah adat daripada ancaman pembalakan
Syarikat pengangkutan yang keji cuba tipu wang pemandu lori
IPOH, PERAK – 1 JUN 2019: Sekumpulan pemandu lori membuat aduan polis di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh pada hari ini terhadap syarikat Hong Heng Transport & Trading Sdn Bhd yang berniat jahat kerana cuba mendapatkan wang secara tidak sah daripada pekerja-pekerjanya. Pemandu-pemandu lori yang membuat aduan polis ini sedang atau pernah bekerja untuk majikan Hong … Continue reading Syarikat pengangkutan yang keji cuba tipu wang pemandu lori
PSM lancar Kempen Perumahan di Johor
Johor Bahru: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Johor melancarkan Kempen Perumahan di peringkat negeri Johor pada 28 Mei 2019 dalam satu sidang akhbar khas. Kempen tersebut bertujuan untuk mendesak Kerajaan Negeri Johor supya menyediakan perumahan yang benar-benar mampu milik untuk semua rakyat. Aktivis PSM Johor P. Mohan berkata, “Banyak rumah di negeri Johor dijual pada harga … Continue reading PSM lancar Kempen Perumahan di Johor
Laluan masuk Kuil Ladang Bangi dibuka semula
KAJANG, SELANGOR – 17 MEI 2019: Hasil daripada desakan yang berterusan daripada penduduk Ladang Bangi dan pelbagai pihak, laluan masuk ke Kuil Hindu Ladang Bangi akhirnya dibuka oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk membolehkan akses penganut Sri Maha Karumariamman ke kuil tersebut. Laluan ke Kuil Ladang Bangi telah ditutup untuk lebih seminggu. Setelah banyak pihak … Continue reading Laluan masuk Kuil Ladang Bangi dibuka semula
