IPOH, PERAK: Petani-petani dari dua kawasan di Chemor, Perak, telah menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Perak pada 17 Jun 2020, untuk meminta pada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu supaya menyelesaikan masalah pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka. Petani-petani tersebut datang dari Kampung Bali Kuala Kuang dan Kampung Baru Tanah Hitam. Bilangan petani … Continue reading Petani Chemor minta hentikan pengusiran paksa
Azmin Ali tidak patut luluskan operasi Infineon Melaka
oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) mengecam tindakan Azmin Ali selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana membenarkan kilang Infineon Melaka untuk beroperasi penuh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada 19 April 2020, Melaka melaporkan 44% daripada kesemua kes baru jangkitan COVID-19 di Malaysia. Ketika ini, Melaka berada di tangga pertama … Continue reading Azmin Ali tidak patut luluskan operasi Infineon Melaka
MITI digesa batalkan kelulusan kepada Infineon Melaka
oleh M. Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) menggesa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) supaya membatalkan kelulusan yang diberikan kepada syarikat elektronik Infineon Melaka yang terletak di di Bandaraya Melaka, untuk ia beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hampir 1% daripada penduduk negeri Melaka bekerja di industri gergasi Infineon yang terletak … Continue reading MITI digesa batalkan kelulusan kepada Infineon Melaka
Adakah pemimpin nelayan Pulau Pinang dimangsakan kerana bantah penambakan laut?
Nazri bin Ahmad, seorang pemimpin nelayan Pulau Pinang yang lantang bersuara membantah projek penambakan laut yang menjejaskan rezeki para nelayan, telah dimangsakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan digugurkan keahliannya daripada Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Nazri yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, telah memperjuangkan nasib para nelayan yang bakal … Continue reading Adakah pemimpin nelayan Pulau Pinang dimangsakan kerana bantah penambakan laut?
Pengawal keselamatan dibuli polis bantuan TNB Ipoh
IPOH, PERAK - 13 MAC 2020: Sekumpulan pengawal keselamatan daripada Delta Force Security Services & Consultancy Sdn. Bhd. mengadakan satu aksi protes pada hari ini di hadapan ibupebajat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Ipoh, untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap salahguna kuasa dan pembulian sesuka hati terhadap pengawal keselamatan oleh seorang anggota polis bantuan yang … Continue reading Pengawal keselamatan dibuli polis bantuan TNB Ipoh
Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan
Penternak-penternak lembu di sekitar kawasan Kuala Selangor, Selangor, telah membuat aduan polis pada 1 Mac 2020 di Balai Polis Sungai Kapar Indah ke atas pengurus ladang daripada syarikat Sime Darby berkenaan dengan ugutan untuk mengusir keluar lembu dari ladang. Penternak-penternak ini datang daripada Ladang Bukit Cherakah, Ladang Brownson dan Ladang Bukit Panjang. Menurut salah seorang … Continue reading Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan
Kampung Kastam diancam pengusiran
PULAU PINANG: Penduduk-penduduk Kampung Kastam, yang terletak di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa daripada pihak pemaju dan mereka bertekad untuk mempertahankan hak perumahan mereka. Dalam satu sidang media yang diadakan oleh penduduk-penduduk Kampung Kastam pada 29 Februari 2020, mereka menyuarakan bantahan mereka terhadap intimidasi baru-baru ini yang dilakukan oleh syarikat pemaju … Continue reading Kampung Kastam diancam pengusiran
Penduduk pangsapuri Gugusan Dedap gesa Menteri siasat kepincangan pembayaran pampasan pengambilan tanah
PUTRAJAYA - 19 FEBRUARI 2020: Wakil penduduk rumah pangsapuri kos rendah Gugusan Dedap, Kota Damansara, Selagor, menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, untuk meminta campurtangan Menteri menyiasat isu berkaitan dengan kepincangan yang berlaku semasa pengambilan tanah di mana terletaknya pangsapuri mereka. Pemilik-pemilik sah untuk unit pangsapuri kos rendah di … Continue reading Penduduk pangsapuri Gugusan Dedap gesa Menteri siasat kepincangan pembayaran pampasan pengambilan tanah
Kandang Lembu diroboh sebelum penyelesaian muktamad
BUKIT TINGGI, SELANGOR: Walaupun penyelesaian untuk penempatan semula penternak yang mengusahakan kandang lembu dan kambing di Bukit Tinggi masih boleh dimuktamadkan, tetapi Kerajaan Selangor masih tergesa-gesa untuk merobohkan kandang penternakan tersebut. Anggota-anggota penguatkuasa daripada Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan polis telah dikerahkan secara beramai-ramai pada 17 Februari 2020, untuk merobohkan kandang … Continue reading Kandang Lembu diroboh sebelum penyelesaian muktamad
Forum Peduli Rakyat suarakan keluhan rakyat Pulau Pinang
GEORGETOWN, PULAU PINANG: Dari isu perumahan dan pengangkutan awam, sehingga isu pencemaran alam dan perubahan iklim, peserta-peserta yang hadir dalam Forum Peduli Rakyat yang diadakan di Pulau Pinang pada 15 Februari 2020 telah menyatakan keprihatinan mereka terhadap isu-isu tempatan yang mempengaruhi kehidupan rakyat biasa dan menuntut pada kerajaan supaya mendengar keluhan rakyat serta mengambil tindakan … Continue reading Forum Peduli Rakyat suarakan keluhan rakyat Pulau Pinang
