20200323 - BbfFtfHnXgADTeW-800x450-noPad

Nazri bin Ahmad, seorang pemimpin nelayan Pulau Pinang yang lantang bersuara membantah projek penambakan laut yang menjejaskan rezeki para nelayan, telah dimangsakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan digugurkan keahliannya daripada Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Nazri yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, telah memperjuangkan nasib para nelayan yang bakal terjejas akibat daripada Projek Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR). Beliau telah memimpin banyak aksi untuk menyuarakan bantahan nelayan di negeri Pulau Pinang terhadap projek PSR.

Menurut laporan portal berita Malaysiakini.com, Nazri menerima satu notis daripada LKIM pada 13 Mac 2020 yang menyatakan bahawa beliau telah digugurkan keahliannya dalam Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang. Pengguguran keahlian ini juga bermakna Nazri dilucutkan jawatannya sebagai Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang.

Pemecatan keahlian Nazri ini menimbulkan persoalan sama ada ia berkaitan dengan aktivismenya yang bersuara lantang menentang projek PSR yang melibatkan Kerajaan Pulau Pinang dan pihak pemaju PSR, iaitu SRS Konsortium. Adakah ini satu usaha untuk melenyapkan suara nelayan yang membantah projek penambakan laut?

Menurut Nazri, alasan pemecatannya daripada keahlian Persatuan Nelayan adalah kerana beliau dikatakan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perikanan, sedangkan beliau masih terlibat dalam satu projek akuakultur yang melayakkan dirinya sebagai ahli Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang.

Tindakan LKIM untuk menggugurkan Nazri daripada Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang juga menunjukkan kuasa yang terlampau besar yang dipegangnya dan boleh digunakan sewenang-wenangnya tanpa dicabar.

Nelayan-nelayan telah membanting tulang siang dan malam di tengah laut untuk mencari ikan, udang, ketam dan makanan laut yang segar untuk mengekalkan jaminan bekalan makanan kita. Adalah menjadi kewajipan kepada mana-mana pemimpin persatuan nelayan untuk memperjuangkan perlindungan rezeki nelayan dan jaminan makanan masyarakat. Nazri Ahmad yang telah melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Pengerusi Persatuan Nelayan sekarang ini dimangsakan pula oleh pihak berkuasa.

Satu petisyen online telah dimulakan oleh Penang Tolak Tambak, untuk menyeru pada Menteri Pertanian dan Industri Makanan supaya mengembalikan jawatan dalam Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang yang disandang oleh Nazri Ahmad sebelum ini.

Anda boleh tandatangani petisyen di sini.

Pertahankan hak kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan untuk nelayan!

Bacaan lanjutan: Kenapa nelayan bantah projek penambakan di Selatan Pulau Pinang?

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s