Derita hidup 25 hari tanpa lif di rumah pangsa 18 tingkat

KEPONG, KUALA LUMPUR: Penduduk-penduduk Blok C Pangsapuri Mutiara Fadason terpaksa menggunakan tangga selama 25 hari berturut-turut akibat daripada satu-satunya lif di blok tersebut rosak. Sebelum ini, terdapat dua lif di blok tersebut yang berfungsi, tetapi satu daripada lif tersebut ditutup selama beberapa tahun dan hanya lif yang satu lagi dapat digunakan. Kini, lif tersebut rosak … Continue reading Derita hidup 25 hari tanpa lif di rumah pangsa 18 tingkat

Pengurusan kewangan untuk gaji sosial

PSM sentiasa mengetengahkan gaji sosial untuk setiap individu bagi memastikan taraf hidup minimum yang berkualiti. Gaji sosial seperti kesihatan berkualiti yang percuma, pengangkutan awam yang efisien, perumahan mampu milik serta pendidikan percuma juga membantu rakyat untuk mengelakkan daripada kemelut kemiskinan. Kos gaji sosial merupakan satu kos yang tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam proses … Continue reading Pengurusan kewangan untuk gaji sosial

Pelajar bantah perlantikan Dr. Maszlee sebagai Presiden UIAM, 2 orang ditahan polis

PUTRAJAYA - 8 SEPTEMBER 2018: 2 orang pelajar,  Asheeq Ali Sethi Alivi dan Siti Nurizzah Tazali, telah ditahan polis pada awal pagi tadi, berikutan protes duduk bantah semalam yang diadakan oleh sekumpulan pelajar yang membantah perlantikan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaudia (UIAM). Kedua-dua orang yang ditahan telah dibebaskan dengan jamin polis … Continue reading Pelajar bantah perlantikan Dr. Maszlee sebagai Presiden UIAM, 2 orang ditahan polis

Tauke balak sogok Tok Batin untuk teruskan pembalakan

PUTRAJAYA - 3 SEPTEMBER 2018: Jeffry Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah & Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang, telah membuat satu aduan di Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini, berkenaan dengan isu tauke balak yang sedang memberi sogokan kepada Tok Batin di sekitar kawasan Pos Lanai untuk mematahkan bantahan Orang … Continue reading Tauke balak sogok Tok Batin untuk teruskan pembalakan

Caj doktor swasta akan naik 3 kali ganda?

Adalah dilaporkan bahawa cadangan untuk meningkatkan kadar bayaran konsultasi untuk doktor di hospital dan klinik swasta akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet yang akan datang. Menurut Dr. Dzulfefly Ahmad, Menteri Kesihatan, semakan semula kadar caj di hospital dan klinik akan dibincangkan dalam kabinet dulu sebelum keputusan diambil. Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dr. Azman … Continue reading Caj doktor swasta akan naik 3 kali ganda?

Cadangan PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Ogos lalu. Memorandum yang ditujukan kepada Menteri Kesihatan Dr. Dzukefli Ahmad ini mengandungi cadangan-cadangan daripada PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam di negara kita. PSM amat mengalu-alukan hasrat Menteri Kesihatan untuk menambahkan bajet Kementerian Kesihatan daripada 2.2% Keluaran Dalam Negara Kasar … Continue reading Cadangan PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam

PSM serah syor untuk penambahbaikan sistem kesihatan awam

PUTRAJAYA - 29 OGOS 2018: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan penambahbaikan sistem kesihatan awam kepada Kementerian Kesihatan pada hari ini. Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM), M. Sarasvathy (Timbalan Pengerusi PSM), Soh Sook Hwa (Bendahari PSM) dan S. Arutchelvan (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM) telah hadir semasa penyerahan memorandum … Continue reading PSM serah syor untuk penambahbaikan sistem kesihatan awam

Kerja rumah itu juga kerja

1. Kerja pengurusan rumahtangga (homemaking) atau kerja rumah, termasuklah kerja-kerja membersihkan rumah, mencuci baju, memasak untuk keluarga, menjaga kanak-kanak kecil dan sebagainya. Kerja ini biasanya dilakukan oleh golongan wanita berkahwin yang tidak kerja di luar. Wanita yang hanya melakukan kerja rumah dipanggil “suri rumahtangga”. 2. Suri rumahtangga tidak dibayar apa-apa upah untuk kerja yang dibuatnya, … Continue reading Kerja rumah itu juga kerja

Menuju dasar nasional menyeluruh tentang migrasi buruh untuk Malaysia

Pada 20 Julai 2017, Gabungan Menuntut Hak untuk Pembelaan (Right to Redress) telah melancarkan satu laporan bertajuk “Menuju Dasar Nasional yang Menyeluruh tentang Migrasi Buruh untuk Malaysia”. Laporan ini mengandungi syor-syor dasar berkaitan 7 aspek dalam migrasi buruh. Semua syor ini diperolehi melalui siri rundingan siri meja bulat yang berlangsung sebanyak 4 kali bersama semua … Continue reading Menuju dasar nasional menyeluruh tentang migrasi buruh untuk Malaysia