8 JUN 2021: Forum Kesihatan Rakyat mengemukakan satu petisyen kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada hari ini, dengan seruan kepada pihak Kerajaan supaya menghentikan operasi penangkapan warga asing tanpa dokumen yang sebenarnya tidak membantu dalam mengawal penularan wabak COVID-19.

Petisyen yang dimulakan oleh Forum Kesihatan Rakyat ini telah mendapat sokongan daripada 81 buah organisasi dan 70 orang individu. Ia merupakan respon kepada kenyataan akhbar oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin pada 29 Mei 2021 dan 3 Jun 2021 yang telah mewujudkan persepsi dalam kalangan orang ramai bahawa kerajaan telah buat keputusan melancarkan rancangan untuk menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen pada skala besar-besaran dalam masa yang singkat.

Organisasi-organisasi masyarakat sivil yang menandatangani petisyen ini berpendapat bahawa pendekatan menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen pada masa ini akan merumitkan lagi usaha melawan pandemik dalam kalangan rakyat Malaysia, kerana:

1. Operasi sebegini akan menakutkan kaum pekerja asing sama ada antara mereka yang berdokumen ataupun tidak berdokumen. Malahan, tindakan sedemikian akan menyebabkan mereka menjauhi mana-mana wakil pentadbiran kerajaan. Justeru, ini akan menggagalkan usaha kerajaan untuk mewujudkan keimunan kelompok (herd immunity) di Malaysia. Keimunan kelompok memerlukan penyuntikan vaksin bagi 80% penduduk Malaysia, termasuk komuniti warga asing. Kegagalan mencapai tahap vaksinasi 80% penduduk akan melewatkan pemulihan ekonomi negara dan melanjutkan penderitaan rakyat kita. 

2. Ada kemungkinan besar bahawa penangkapan dan penahanan warga asing tanpa dokumen pada masa ini akan menyebabkan kluster-kluster baharu COVID-19 di pusat-pusat tahanan imigresen. Ini akan meningkatkan penularan wabak COVID-19 di kalangan warga asing tanpa dokumen dan juga akan menjangkiti pegawai imigresen, anggota polis dan kakitangan mahkamah (yang terlibat dalam pengendalian prosedur reman) serta ahli-ahli keluarga mereka. Kebarangkalian ini boleh dan harus dielakkan.

3. Jabatan Imigresen tiada kapasiti untuk menangkap dan menghantar balik 2 hingga 3 juta warga asing tanpa dokumen yang berada di Malaysia. Menurut SUHAKAM, anggaran pada 1 Julai 2020 menunjukkan bahawa pusat-pusat tahanan imigresen yang hanya boleh menanggung 12,530 orang tahanan sahaja telah melebihi kemampuannya dengan dipenuhi seramai 15,163 orang tahanan. Selain itu, lebih daripada 95% orang warga asing tanpa dokumen sedang bekerja dan menyumbang kepada ekonomi negara. Bahkan, aktiviti ekonomi negara kita juga memerlukan perkhidmatan mereka.

“Mungkin Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah Zainudin percaya ketegasan beliau dalam hal ini akan membantu dalam mengatasi masalah wabak COVID-19. Tetapi beliau harus mengingati bahawa setiap pelan tindakan yang diambil mestilah berasaskan analisis saintifik yang jelas, objektif dan munasabah. Pada masa ini pendekatan menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen akan memudaratkan usaha kerajaan mengawal penularan wabak COVID-19 di negara kita,” begitu katanya Lim Chee Han, wakil Forum Kesihatan Rakyat, dalam sidang akhbar khas secara atas talian pada hari ini.

Masyarakat sivil yang mengemukakan petisyen ini berharap Perdana Menteri akan membawa isu ini ke persidangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya satu pendekatan yang lebih sesuai dan bersepadu dapat digubal bagi pengendalian warga asing tanpa dokumen semasa wabak COVID-19 merebak.

“Pada ketika ini, kita harus fokus kepada matlamat mengawal penularan wabak COVID-19 di negara kita. Matlamat-matlamat lain adalah sekunder dan harus ditangguhkan jika ia bercanggah dengan matlamat utama, iaitu mengawal dan mengatasi penularan wabak COVID-19,” tegas petisyen ini.

Petisyen yang menyeru pada Kerajaan Malaysia untuk menghentikan operasi penangkapan warga asing tanpa dokumen dan fokus pada matlamat mengawal penularan wabak COVID-19 ini ditantatangani oleh organisasi-organisasi berikut:

  1. People’s Health Forum (Forum Kesihatan Rakyat)
  2. Citizens’ Health Initiative        
  3. Agora Society Malaysia
  4. Third World Network
  5. Health Equity Initiatives
  6. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  7. Aliran
  8. All Women’s Action Society (AWAM)
  9. Alternatives to Violence Project (AVP Malaysia)
  10. ALTSEAN-Burma
  11. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  12. Archdiocesan Human Development Commission (AHDC)
  13. Asylum Access Malaysia
  14. Beyond Borders Malaysia
  15. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  16. Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED)
  17. Consumers Association of Penang (CAP)
  18. Demokrat Kebangsaan
  19. Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)
  20. ENGAGE
  21. Episcopal Commission for the Pastoral Care of Migrants & Itinerants (ECMI)
  22. Family Frontiers
  23. Forum Ekonomi Manusiawi
  24. Fugee
  25. G25 Malaysia
  26. Gabungan Serikat Buruh Indonesia (GSBi)
  27. GERAK
  28. Geutanyoe Foundation
  29. Humanity Heroes Foundation
  30. IMAN Research
  31. In Between Cultura
  32. Institute for Leadership and Development Studies
  33. International Women’s Rights Action Watch Asia Pacific
  34. Islamic Renaissance Front
  35. Jaringan kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia
  36. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  37. Koalisi Buruh Migran Berdaulat
  38. Lembaga Bantuan Hukum Bina Karya Utama (LBH-BKU)
  39. Liga Rakyat Demokratik
  40. LLG Cultural Development Centre
  41. Mahasiswa Amanah Nasional
  42. Mahasiswa Keadilan Malaysia
  43. Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM)
  44. Malaysia Hindu Sangam
  45. Malaysian CARE
  46. Malaysian Health Coalition
  47. Malaysian United Democratic Alliance (MUDA)
  48. Migrant Workers Right to Redress Coalition
  49. Muslim Professionals Forum
  50. MyPJ
  51. New Student Movement Alliance of Malaysia (NESA)
  52. North South Initiative
  53. Our Journey
  54. PACOS Trust
  55. Pemuda Sosialis
  56. People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
  57. Persatuan Kebajikan Anak Anak Miskin Sabah
  58. Persatuan Kebajikan Biji Sawi (Mustard Seed Soup Kitchen)
  59. Persatuan Kebajikan Komuniti Dan Dialog
  60. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  61. Pertubuhan IKRAM Malaysia
  62. Pertubuhan Jaringan Orang Asli Johor (JPOAJ)
  63. PeSAWAH
  64. Prison Fellowship Malaysia Sabah
  65. Projek Wawasan Rakyat (POWR)
  66. Pusat Komas
  67. Refuge For The Refugees
  68. Sabah Reform Initiative (SARI)
  69. Sahabat Alam Malaysia
  70. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  71. Serikat Buruh Migran Indonesia (SBMI) Nusa Tenggara Timur (NTT)
  72. Sisters in Islam
  73. Stairway to Hope
  74. Student Progressive Front UUM
  75. Student Unity Front UKM
  76. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  77. Tenaganita
  78. Tindak Malaysia
  79. Titular Roman Catholic Archbishop of KL (TRCAKL)
  80. Together Against Cancer (TAC)
  81. UMANY

Individu:

  1. Abu Mufakhir
  2. Ahmad Kamal
  3. Ananti Rajasingam
  4. Andrew Khoo
  5. Anthony David
  6. Arief Subhan
  7. Arutchelvan
  8. Bernice Ho
  9. Bin Rites
  10. Celine Khoo
  11. Charles Bertille
  12. Cikgu Mohd Azmi b Abdul Hamid
  13. CR Selva
  14. Dato’ Dr Amar-Singh HSS
  15. Dato M. Ramachelvam
  16. Dato Noor Aziah Mohd Awal
  17. Datuk Ambiga Sreenevasan
  18. Datuk Dr Anwar Fazal
  19. Datuk Dr Toh Kin Woon
  20. Dr Ayesah Uy Abubakar
  21. Dr Jeyakumar Devaraj
  22. Dr Lee Boon Chye
  23. Dr Ryan Chua
  24. Elain Lockman
  25. Elaine Lau
  26. Faisal Tehrani
  27. Hamidon Ali
  28. Hana Maisurah
  29. Hartini Zainudin
  30. Heidy Quah Gaik Li
  31. Hew Kuen Hin
  32. Jarud Romadan
  33. Jeremy Kwan
  34. K. Jeyaraj
  35. Kelvin Soimin
  36. Lilian Si
  37. Lim Siew Kiau
  38. Linda Lumayag
  39. Loh Jon Ming
  40. LY Phang
  41. Lynn Tung
  42. M.Pusenthi P.Maniam
  43. Mahirah Hanis
  44. Mohd Nadzir bin Mohd Nordin
  45. Muhammad Sha’ani bin Abdullah
  46. Mui Mei Moon
  47. Nazihah Muhamad Noor
  48. Ng Peng Wah
  49. Nik Elin Zurina Bt Nik Abdul Rashid
  50. Ooi Vern Hau
  51. Peter Pang
  52. Prof Shad Saleem Faruki
  53. Pua Lay Peng
  54. Saha Deva A. Arunasalam
  55. Salina Hussein
  56. Sangeeta choudhury
  57. Sivarajan A
  58. Sunita Rajakumar
  59. Surina Shukri
  60. Teng Pooi Kui
  61. Teoh Siang Chin
  62. Veronica Anne Retnam
  63. Victoria Ng Yiow Kheng
  64. Vizla Kumaresan
  65. Yap Heng Lung
  66. Zahid Alom
  67. Zhen Ling Ong
  68. Mary Shanthi Dairiam
  69. Ronnie Hii
  70. Thamboo Devaraj

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *