oleh Gandipan Nantha Gopalan

Beberapa persoalan untuk kerajaan ekoran pengumuman “lockdown”dan bantuan.

1) Pemuda Sosialis menganggap PKP kali ini bukanlah “total lockdown” sepertimana yang diuar-uarkan oleh kerajaan. Kalau mengikuti perkembangan semasa di mana masih ada kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur, pembukaan sektor ekonomi yang tidak terkawal dan bantuan kerajaan yang tidak mencukupi, ia seolah-olah kerajaan sendiri telah melepas tangan dalam tanggungjawab mengurangkan bilangan kes jangkitan ataupun memberi keutamaan kepada keuntungan berbanding nyawa rakyat.

2) B40 masih perlu meminta bank untuk melayakkan diri untuk moratorium yang diumumkan semalam. Apakah rasional untuk tidak menyertakan golongan M40 sekali untuk moratorium hutang secara automatik? Adakah ia bermaksud bilangan M40 yang berhutang dengan bank adalah tidak signifikan?

3) Kerajaan harus memberi penjelasan bagaimana RM100, RM300 and RM500 akan membantu individu/keluarga yang telah/bakal kehilangan punca pendapatan pada masa yang sama memberi impak dalam meningkatkan permintaan dalam pasaran. Adakah kerajaan sangat yakin dengan implementasi “lockdown” separuh masak dapat mencapai objektifnya dalam tempoh 2 minggu dan susulan 1 bulan? Kerajaan harus mempunyai satu pelan alternatif jikalau tempoh lockdown dilanjutkan. Bantuan kewangan kerajaan kali ini memang tidak mencukupi.

4) Kerajaan harus memberi pertimbangan sekurang-kurangnya untuk memberi diskaun ke atas bil elektrik kediaman juga. Bersama dengan pemberian diskaun, kerajaan harus membawa kembali inisiatif-inisiatif bersama untuk mengurangkan beban rakyat terutamanya kepada pekerja yang berkerja dari rumah. Pelan bayaran mudah tanpa surcaj tambahan, pengecualian surcaj lewat bayar dan penangguhan aktiviti pemotongan bekalan akan banyak membantu rakyat.

5) Terdapat beberapa gambar sedang menular di media sosial di mana pihak swasta mengenakan caj yang tinggi untuk program vaksinasi untuk pekerja di premis masing-masing. Walaupun terdapat pihak swasta seperti BookDoc telah menafikan kejadian itu, Pemuda Sosialis difahamkan beberapa pusat beli-belah telah menawarkan diri untuk menjadi pusat vaksinasi. Pemuda Sosialis menyaran pihak kerajaan supaya hanya memberi kelulusan kepada pusat beli-belah yang menanggung kos vaksin dan logistik. Pihak pusat beli-belah tidak wajar untuk berharap peniaga dan pekerja di premis tertentu menanggung kos vaksin dan logistiknya. Bekerjasamalah dengan kerajaan untuk menjayakan program vaksinasi!

6) Pemuda Sosialis masih memegang teguh dengan 5 tuntutan kami. Tanpa moratorium automatik untuk B40 dan M40, moratorium kutipan sewa tempat tinggal dan bantuan kewangan yang secukupnya setiap bulan, tempoh PKP ini hanya akan membebankan rakyat dan golongan pekerja negara kita. Inilah realiti kehidupan rakyat hari ini.

==========

Gandipan Nantha Gopalan ialah Setiausaha Pemuda Sosialis PSM.

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s