PSM kecewa dengan keputusan bahawa perlindungan ini ditanggung sepenuhnya oleh pekerja dari segi peningkatan caruman, sedangkan majikan tidak perlu meningkatkan kadar caruman mereka walaupun majikan ialah pihak yang dapat mengaut keuntungan daripada hasil buruh pekerja.
Bumbung Hospital Kampar bocor! Janji MADANI untuk hospital baharu masih tinggal janji
Insiden ini mencerminkan keadaan sebenar sistem kesihatan awam negara yang semakin uzur dan gagal diberikan perhatian sewajarnya walaupun kerajaan sering melaungkan komitmen terhadap kesejahteraan rakyat.
Tingkah laku EXCO DAP Perak yang mengecewakan dan menjijikkan
Bagaimana seorang Ahli EXCO kerajaan negeri, yang sepatutnya mewakili kepentingan semua termasuk pekerja boleh mengadakan mesyuarat dan sidang akhbar tanpa berunding atau menjemput kesatuan yang mewakili pekerja?
Pelaburan asing didahulukan, kesihatan dan kebajikan rakyat terus diabaikan di Petaling Jaya
Ketiadaan hospital awam di Petaling Jaya memaksa penduduk terpaksa memandu jauh ke Shah Alam atau Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. Situasi ini menyumbang kepada kesesakan melampau di hospital-hospital tersebut dan memberi tekanan melampau kepada pekerja kesihatan.
Jangan jadikan nasib Hospital Petaling Jaya seperti Hospital Maran
Kesihatan awam bukan isu yang boleh ditangguhkan mengikut perubahan politik atau keutamaan semasa. Rakyat Petaling Jaya memerlukan sebuah hospital kerajaan yang mudah diakses dan mampu memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat.
Serendah bukan tapak pengekstrakan sumber untuk teknologi global
Pengumuman pembinaan pusat data berskala besar yang bernilai RM1.75 bilion di Bandar Serendah harus dipandang secara kritikal. Apa yang digambarkan sebagai kemajuan teknologi sebenarnya mencerminkan sebuah model pembangunan yang mengalihkan tanah, air dan tenaga di negara kita untuk kepentingan syarikat teknologi global.
Selesaikan masalah kesesakan hospital: Cukai ke atas kekayaan aset bilionair
Masalah utama yang dihadapi oleh sistem kesihatan awam di Malaysia ialah kesesakan. Fasiliti yang kita ada sekarang tidak mencukupi.
PSM desak siasatan bebas terhadap isu radiasi dan buli di PPUM
PSM Petaling Jaya telah menerima maklumat bahawa kakitangan yang cuba membangkitkan isu keselamatan ini bukan sahaja berhadapan dengan penafian, malah telah ditengking secara kasar oleh Ketua Jabatan dan Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO) sewaktu sesi perbincangan.
Had pendapatan untuk layak PPR dan RSKN Pulau Pinang masih dalam zaman dinosaur
Mengikut syarat kelayakan yang masih digunakan kini, seorang pekerja berpendapatan terendah, seperti pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan, tidak akan layak untuk memohon PPR dan RSKN di Pulau Pinang. Adakah ini masuk akal?
Kesihatan itu hak asasi manusia sejagat: Jangan berniaga dengan kesihatan
Kesihatan sepatutnya merupakan perkhidmatan yang sejagat, iaitu setiap orang boleh mengakses dan menggunakannya apabila dia memerlukannya, tanpa mengira orang itu kaya atau miskin. “Tiada masyarakat boleh secara sah menggelarkan dirinya bertamadun jika seorang yang sakit dinafikan bantuan kerana tidak mampu bayar,” kata Aneurin Bevan, Menteri Kesihatan Britain pada tahun 1940-an yang mengasaskan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di negara itu.
