Seorang kanak-kanak tidak seharusnya diperlakukan seperti penjenayah hanya kerana dia tidak mempunyai dokumen.
Pengusaha nurseri diancam pengusiran tanpa tapak gantian yang dijanjikan
Kenapa para pengusaha nurseri Sungai Buloh dimangsakan sedangkan Kerajaan Negeri Selangor yang gagal berulang kali untuk menyediakan penempatan semula kepada mereka?
Adakah Malaysia benar-benar “MADANI” untuk wanita?
Wawasan MADANI akan kekal kosong sehingga ia diuji oleh mereka yang paling terpinggir.
Segerakan pelaksanaan perlindungan PERKESO 24 jam: Jangan tangguhkan hak pekerja!
Dari sudut dasar kerajaan, perlindungan 24 jam bukan hanya soal kebajikan, tetapi cara untuk melindungi rakyat daripada risiko kewangan apabila berlaku kemalangan atau kecederaan. Negara yang mempunyai sistem perlindungan sosial yang kukuh biasanya lebih cepat memulihkan keadaan ekonomi selepas krisis, kerana keluarga pekerja masih mempunyai sumber pendapatan walaupun pencari nafkah mengalami kecederaan atau hilang upaya.
Pengangkutan awam dalam krisis: RapidKL perlu tampil bertanggungjawab
Situasi ini bukan perkara yang baharu. Kami penat. Kami muak. Dan kami marah. Menafikan masalah bukan cara penyelesaian. Jika pengurusan sedia ada tidak mampu mengawal keadaan semasa, sudah tiba masanya pihak pengurusan RapidKL memberi ruang kepada individu yang lebih kompeten, yang akan meletakkan pengguna sebagai keutamaan.
Jangan nafikan tuntutan insurans MRTA dengan alasan teknikal
Protes di hadapan ibu pejabat syarikat insurans untuk mengetengahkan masalah seorang peminjam perumahan dinafikan bayaran insurans MRTA atas sebab isu teknikal.
Strategi “RESET” KKM yang bermasalah
Sistem kesihatan sesebuah negara mencerminkan semangat negara itu - sejauh mana kita menunjukkan belas kasihan kepada pesakit, orang tua dan orang miskin? Sama ada kita membina sebuah sistem berasaskan solidariti yang memastikan setiap orang memperoleh penjagaan kesihatan yang diperlukan mereka tanpa mengira status sosial dan ekonomi mereka? Adakah kita melakukan secukupnya untuk menyokong pertugas kesihatan dalam sektor awam yang kini sedang bekerja dengan waktu yang terlalu panjang untuk berkhidmat kepada pesakit mereka?
Hapuskan orang tengah dalam pengambilan pekerja migran satu langkah menuju ke arah betul
Pengambilan pekerja migran secara langsung sememangnya satu langkah menuju ke arah yang betul, tetapi ia perlu diiringi dengan dasar menyeluruh mengenai migrasi buruh, peruntukan yang mencukupi untuk penguatkuasaan, dan sebuah mekanisme hak untuk pembelaan yang berkesan bagi semua pekerja.
Ulasan undang-undang mengenai isu ketidaksahan penangkapan dan pendakwaan pengerusi kuil di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan
Ulasan mengenai penangkapan dan pendakwaan seorang pengerusi kuil di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Pencerobohan Jenayah).
Bebaskan Orang Asli Kampung Jemeri yang ditahan kerana pertahankan tanah adat daripada pencerobohan
PSM menggesa pembebasan segera semua warga Orang Asli Kampung Jemeri yang ditahan kerana mempertahankan tanah adat mereka daripada dicerobohi pihak syarikat swasta dari luar.
