Ada apa dengan tahun 1919?

100 tahun dahulu, pada tahun 1919, hampir seluruh dunia dilanda gelombang revolusi dan kebangkitan rakyat. Pada ketika itu, Perang Dunia I baru tamat dengan kehancuran yang teruk khususnya di negara-negara Eropah. Sementara di negara yang dijajah oleh kuasa imperialis, munculnya kebangkitan kesedaran nasionalis yang membawa kepada kebangkitan rakyat yang menentang kuasa imperialis dan susunan masyarakat lama.

Mogok Umum Winnipeg 1919

100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Continue reading Mogok Umum Winnipeg 1919

Memperingati S.A. Ganapathy – pejuang pekerja yang ditakuti penjajah

(Hari ini dalam sejarah) 70 tahun dahulu, pada 4 Mei 1949, S. A. Ganapathy, seorang pemimpin gerakan pekerja yang unggul pada masa itu, telah dihukum mati oleh penjajah British. Ketika S. A. Ganapathy dihukum mati, beliau hanya berusia 32 tahun. S. A. Ganapathy lahir di Tamil Nadu, India, pada tahun 1917. Beliau datang ke Singapura … Continue reading Memperingati S.A. Ganapathy – pejuang pekerja yang ditakuti penjajah

Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan

Tahun 2019 menandakan ulangtahun ke-100 Gerakan 4 Mei di China. Gerakan 4 Mei yang muncul sebagai satu gerakan budaya dan politik pembaharuan yang anti-imperialis, menyaksikan percambahan pemikiran pelbagai aliran dalam usaha mencari jalan untuk pembebasan nasional. Gerakan ini tercetus daripada kebangkitan semangat nasionalis yang hebat selepas tamatnya Perang Dunia I. Gerakan 4 Mei merupakan sebahagian … Continue reading Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan

Memperingati P. Veerasenan – wira gerakan pekerja Malaya

(Hari ini dalam sejarah) 70 tahun dahulu, pada 3 Mei 1949, P. Veerasenan, seorang tokoh gerakan pekerja yang hebat pada masa itu, telah ditembak mati oleh penjajah British di Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau dikatakan baru berusia 22 tahun ketika terkorban dalam tangan penjajah. P. Veerasenan bergiat aktif sebagai penggerak kesatuan sekerja di Malaya pada pertengahan … Continue reading Memperingati P. Veerasenan – wira gerakan pekerja Malaya

Takut apa pada Sosialisme?

(Rencana khas Ulangtahun ke-21 penubuhan PSM) oleh S. Arutchelvan  Beberapa hari yang lalu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Soam Heng Choon memberi amaran bahawa negara ini bukan negara Sosialis dan memberi teguran terhadap sebarang niat oleh kerajaan untuk mengawal harga perumahan. Beliau berkata kita kena membenarkan pasaran bebas untuk menentukan harga barangan. Inilah … Continue reading Takut apa pada Sosialisme?

Revolusi Mesir 1919: Kebangkitan rakyat yang merentasi batasan agama

100 tahun dahulu, pada bulan Mac dan April 1919, bumi Mesir digegarkan oleh gelombang revolusi yang menggugat pemerintahan ketenteraan British di situ. Mogok pekerja, demonstrasi secara besar-besaran, penglibatan wanita yang menakjubkan dalam perjuangan pembebasan nasional dan perpaduan rakyat yang merentasi batasan agama, memaksa Britain mengiktiraf kemerdekaan Mesir pada tahun 1922 dan penggubalan perlembagaan baru yang … Continue reading Revolusi Mesir 1919: Kebangkitan rakyat yang merentasi batasan agama

Hari Wanita Antarabangsa – satu sejarah ringkas

8 Mac setiap tahun, menandakan Hari Wanita Antarabangsa. Hari yang bermakna ini didedikasi kepada semua wanita yang telah berjuang untuk menegakkan hak wanita dan kesamarataan gender. Hari Wanita Antarabangsa mempunyai sejarah asal usul yang radikal dan revolusioner. Hari Wanita Antarabangsa sebenarnya lahir daripada gerakan sosialis lebih seratus tahun dahulu. Asal usul yang radikal Pada penghujung … Continue reading Hari Wanita Antarabangsa – satu sejarah ringkas