PSM Pulau Pinang melancarkan Pungutan Suara Rakyat untuk mendapatkan pandangan daripada para pengundi mengenai penglibatan PSM dalam PRN Pulau Pinang dan isu-isu yang harus diberi perhatian dalam PRN Pulau Pinang yang akan datang ini.
PSM – 25 tahun: Relevan-Berprinsip-Suara Marhaen
Walaupun PSM kecil dan sering dikatakan parti nyamuk, namun seperti yang kita semua sedar, nyamuk ialah sejenis serangga yang digeruni terutamanya dalam konteks ini, ditakuti oleh golongan pemodal, kapitalis, penunggang agama dan mereka yang sealiran. Sememangnya PSM menjadi duri dalam daging untuk golongan berkuasa yang beranggapan bahawa sudah tamatnya riwayat parti kiri di Malaysia.
PSM 25 tahun: Satu sejarah ringkas
Rencana khas bersempena dengan ulangtahun ke-25 penubuhan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Tangani masalah kemiskinan usia tua: PSM lancar kempen tuntut skim Pencen Warga Emas Sejagat
PSM melancarkan kempen baharu untuk menuntut pelaksanaan skim Pencen Warga Emas Sejagat.
Seruan PSM: Laksanakan Pencen Warga Emas Sejagat
Kemiskinan usia tua ialah satu isu masyarakat yang serius yang perlu diberikan keutamaan segera dalam perancangan dasar negara dan pengerahan sumber. Keperluan untuk melaksanakan skim “Pencen Warga Emas” sejagat adalah amat terdesak.
PSM buka pusat khidmat baharu di Kapar
Pusat Khidmat PSM Kapar dilancarkan secara rasminya pada 26 Februari 2023 untuk menawarkan perkhidmatan dan alternatif politik baharu kepada penduduk tempatan.
Imbas kembali 2022: PSM dan perjuangan rakyat marhaen
Pada penghujung tahun 2022 dan ambang tahun baharu 2023 ini, marilah kita imbas kembali sepintas lalu sebahagian daripada perjuangan rakyat marhaen di Malaysia dan juga aktiviti yang penting untuk PSM sepanjang satu tahun yang lalu ini.
PSM dalam PRU-15
Tujuan PSM mengambil bahagian dalam PRU-15, walaupun dengan penglibatan yang agak minimum dengan tidak bertanding banyak kerusi, adalah untuk menawarkan nafas segar kepada usaha pembaharuan politik, ekonomi dan sosial di Malaysia, dengan mengetengahkan pelbagai isu rakyat marhaen pada ketika semua parti politik sibuk berkempen semata-mata untuk menang kerusi dan berkuasa.
PSM lancar buku panduan menuju masyarakat progresif
Buku Panduan Kepada Dasar-dasar PSM dilancarkan.
PSM akan tanding di Rembau dan Ayer Kuning
PSM meletakkan 2 orang calon aktivis rakyat marhaen dalam PRU-15 untuk bertanding di kawasan Parlimen Rembau dan kawasan DUN Ayer Kuning di Perak.
