“Kakak juga pekerja”: Pinda Jadual Pertama Akta Kerja untuk lindungi hak pekerja domestik

Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, masyarakat sivil di Malaysia melancarkan kempen “Kakak juga pekerja” dalam satu sidang akhbar atas talian pada 7 Mac 2021, untuk menggesa supaya memastikan pekerja-pekerja domestik di negara kita mempunyai hak yang sama dengan pekerja-pekerja yang lain. Kempen yang dilancarkan untuk mengiktiraf sumbangan pekerja-pekerja domestik dengan cara melindungi hak … Continue reading “Kakak juga pekerja”: Pinda Jadual Pertama Akta Kerja untuk lindungi hak pekerja domestik

Iktiraf pekerja pembersihan hospital sebagai frontliner

Kenyataan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memasukkan pekerja kontrak di hospital kerajaan dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Keputusan kerajaan tersebut jelas menunjukkan bahawa pekerja pembersihan hospital kerajaan juga harus diiktiraf sebagai … Continue reading Iktiraf pekerja pembersihan hospital sebagai frontliner

(Testimoni pekerja) Kisah seorang ibu tunggal yang kerja sebagai pengawal keselamatan

Catatan oleh V (V ialah nama samaran kepada seorang pengawal keselamatan sekolah, berumur 46 tahun. Ini ialah catatan tentang kisah benar yang berlaku pada dirinya.) Saya ialah seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah kerajaan di kawasan Serdang, Selangor. Kerja ini ada dua syif, syif pagi … Continue reading (Testimoni pekerja) Kisah seorang ibu tunggal yang kerja sebagai pengawal keselamatan

Pengawal keselamatan berjaya cabar kekebalan Kedutaan AS

KUALA LUMPUR - 3 FEBRUARI 2021: Mahkamah Rayuan memutuskan pada hari ini dalam satu perbicaraan atas talian, untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun lalu yang berpihak kepada Kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang memohon untuk membatalkan rujukan kes pemberhentian kerja Subramaniam Letchimanan ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Sumber Manusia. Keputusan Mahkamah Rayuan ini … Continue reading Pengawal keselamatan berjaya cabar kekebalan Kedutaan AS

Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar

Seorang pekerja pembersihan di Hospital Seri Manjung yang memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masa (OT) sejam setiap hari yang tidak dibayar, telah menang kesnya pada 11 Januari 2021 di Mahkamah Buruh Sitiawan. Kemenangan kes tuntutan oleh pekerja ini menunjukkan bahawa tindakan majikannya, iaitu syarikat UEMS yang merupakan kontraktor swasta … Continue reading Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar

Ruang demokrasi rakyat harus dihormati walaupun isytihar Darurat

oleh A. Sivarajan Kami memahami dan berterima kasih kepada keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ingin melakukan sebaiknya melalui Proklamasi Darurat, dengan hasrat membendung penularan wabak COVID-19. Sebagai rakyat Malaysia yang fahami dan terima seruan Yang di-Pertuan Agong, maka kita bersedia bekerjasama mengikuti langkah-langkah penjagaan demi memerangi penularan wabak COVID-19. Dengan penangguhan sesi … Continue reading Ruang demokrasi rakyat harus dihormati walaupun isytihar Darurat

Imbas kembali 2020: Perjuangan rakyat dan PSM

Ketika kita sampai ke penghujung tahun 2020 yang telah dihantui sepenuhnya oleh pandemik COVID-19 dan menyambut tahun baru 2021, marilah kita imbas kembali sepintas lalu beberapa babak perjuangan rakyat di Malaysia dan juga aktiviti yang penting untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) sepanjang satu tahun yang lalu ini. 1. Kesatuan pekerja pembersihan hospital lawan penindasan Kesatuan … Continue reading Imbas kembali 2020: Perjuangan rakyat dan PSM

JPKK gesa Kementerian Kewangan hapuskan sistem kontrak untuk jimat dana kerajaan

PUTRAJAYA – 18 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kewangan pada hari ini, dengan tuntutan menghapuskan sistem kontrak di premis kerajaan supaya mengembalikan jaminan kerja kepada pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan seperti pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan yang bertugas di premis kerajaan. Antara mereka yang hadir semasa penyerahan memorandum … Continue reading JPKK gesa Kementerian Kewangan hapuskan sistem kontrak untuk jimat dana kerajaan