Sepintas lalu suasana sambutan Hari Pekerja 2021 di seluruh dunia...
(Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia
Hari cuti pada 1 Mei adalah tidak bermakna sekiranya tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia yang membawa aspirasi pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja dan kesejahteraan bersama. Oleh sebab keadaan penularan wabak COVID-19 masih membimbangkan di negara kita, maka tahun ini juga tiadanya aksi massa yang besar-besaran. Namun demikian, aktivis-aktivis dan organisasi-organisasi yang bergabung dalam Jawatankuasa … Continue reading (Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia
Aksi sambutan Hari Pekerja 2021: Jaminan kerja, vaksin kehidupan
Jawatankuasa Mei Satu menganjurkan aksi simbolik dengan pematuhan tatacara pengendalian piawai (SOP) pencengahan wabak, untuk meraikan hari yang amat bermakna bagi perjuangan pekerja ini.
Deklarasi 1 Mei 2021: Jaminan Kerja, Vaksin Kehidupan
DEKLARASI 1 MEI 2021: JAMINAN KERJA, VAKSIN KEHIDUPAN ▪ COVID-19, Darurat, Krisis Ekonomi terus menjadi cabaran terbesar semasa kita menyambut hari keramat kaum pekerja – 1 Mei 2021. ▪ Kesan COVID-19 bukan sekadar krisis kesihatan awam, malah ia juga ialah krisis ekonomi, krisis jaminan kerja, krisis pengangguran, krisis jaminan makanan dan krisis kelaparan. ▪ Kaum pekerja … Continue reading Deklarasi 1 Mei 2021: Jaminan Kerja, Vaksin Kehidupan
Vaksinasikan pekerja daripada ancaman virus kapitalis yang zalim dengan solidariti rakyat, demokrasi dan perlindungan sosial (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2021)
Kenyataan bersama ini merupakan inisiatif kumpulan-kumpulan Kiri Asia Tenggara, dan disokong oleh organisasi dari dalam dan luar rantau Asia Tenggara. Hari Pekerja Antarabangsa mengingatkan kita mengenai perjuangan kelas pekerja yang belum selesai dan sedang berlaku untuk sebuah dunia yang lebih baik, sebuah dunia di mana seluruh rakyat hidup dalam persekitaran yang bebas, samarata, adil, demokratik, sihat, selamat dan lestari. Usaha sebegini tidak dapat dicapai tanpa solidariti, organisasi dan mobilisasi rakyat pekerja dari bawah secara berterusan untuk memperjuangkan perubahan sosial yang sebenar.
Pekerja pembersihan alami masalah tekanan jiwa kerana gangguan dan ancaman daripada syarikat Edgenta UEMS
Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengadakan satu aksi protes pada 22 April 2021 di hadapan Hospital Seri Manjung, untuk menggesa Edgenta UEMS supaya menghentikan segala gangguan dan tekanan terhadap pekerja pembersihan di situ.
Pemandu lori menang kes mahkamah: Majikan yang gagal bayar caruman KWSP tidak boleh tuntut bayaran daripada pekerja
Seorang pemandu lori menang dalam kes saman oleh majikan terhadapnya di Mahkamah Majistret Kampar, berkenaan dengan tuntutan baki caruman KWSP yang gagal dibayar oleh majikan itu sendiri.
Pekerja pembersihan hospital gesa Menteri Kesihatan hentikan tindakan UEMS yang mangsakan pekerja
Pekerja-pekerja pembersihan hospital menggesa Menteri Kesihatan supaya mengambil tindakan segera untuk melindungi hak pekerja-pekerja barisan hadapan yang menjaga kebersihan hospital dan menghentikan pemangsaan pekerja oleh syarikat Edgenta UEMS.
Tontonilah dokumentari “Bila Kami Bersatu” di YouTube
“Kesatuan ada dalam tangan kami. Syarikat semakin takut. Pekerja sudah bangkit. Hidup Kesatuan!” Anda kini boleh menonton dokumentari penuh “Bila Kami Bersatu” di saluran YouTube.
Majikan tidak boleh potong gaji dengan alasan PKP: Pekerja menang kes tuntutan gaji yang tidak dibayar
Majikan tidak boleh memotong gaji pekerja sewenang-wenangnya dengan menggunakan alasan seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
