KUALA LUMPUR – 1 MEI 2021:  Aksi-aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia telah diadakan di beberapa buah tempat pada hari ini untuk mengetengahkan tuntutan kelas pekerja pada ketika negara kita sedang dilanda krisis kesihatan, ekonomi dan politik yang serius.

Aksi-aksi sambutan Hari Pekerja ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei Satu, sebuah gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat dan individu-individu yang prihatin pada isu-isu pekerja. Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut mengambil bahagian dalam Jawatankuasa Mei Satu. Tema sambutan Hari Pekerja tahun ini ialah “Jaminan Kerja, Vaksin Kehidupan”. Tema ini bertepatan pada masanya, kerana golongan pekerja sedang menghadapi ancaman kehilangan kerja dan ketidakjaminan kehidupan akibat daripada krisis ekonomi yang melanda negara kita pada ketika ini.

Satu aksi simbolik menyambut Hari Pekerja diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tiadanya aksi perhimpunan besar-besaran diadakan pada tahun ini kerana situasi penularan wabak COVID-19 di negara kita masing membimbangkan. Oleh itu, Jawatankuasa Mei Satu menganjurkan aksi simbolik dengan pematuhan tatacara pengendalian piawai (SOP) pencengahan wabak, untuk meraikan hari yang amat bermakna bagi perjuangan pekerja ini. Aksi perhimpunan ini juga disiarkan secara langsung di laman facebook Jawatankuasa Mei Satu.

Golongan anak muda yang menganggotai Jawatankuasa Mei Satu mempersembahan satu lakonan sketsa yang mengisahkan layanan dwistandard yang dialami oleh rakyat bawahan pada ketika pandemik ini.

Semasa berucap dalam aksi perhimpunan di Dataran Merdeka, Nik Aziz Afiq, Ketua Pemuda Sosialis PSM, mengecam golongan majikan yang tidak mempedulikan hidup mati pekerja pada waktu pandemik ketika ini. “Majikan-majikan yang sudah berpuluh-puluh tahun memerah keringat pekerja-pekerja mereka dan menikmati kesenangan, apabila berdepan dengan pandemik dan krisis pada masa sekarang, senang-senang mereka buang pekerja dan senang-senang mereka larikan diri daripada pekerja… Oi, majikan! Selama ini pekerja bekerja untuk menyenangkan kamu, mengkayakan kamu, tapi sekarang diuji sekejap sahaja dengan kesusahan, senang-senang hati kamu buang pekerja, senang-senang hati kamu tinggalkan pekerja, senang-senang hati kamu anggap pekerja itu sekadar alat sahaja tanpa menunjukkan keperikemanusiaan padanya… Oleh itu, hari ini kita datang dengan penuh semangat. Kita tuntut pada kerjaaan, majikan dan semua orang, untuk sama-sama kita membela hak pekerja,” kata Nik Aziz.

S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi PSM, berkata semasa aksi sambutan Hari Pekerja, “Hari Pekerja Sedunia ini bukannya hari yang calang-calang. Ini hari yang cukup penting. Di Malaysia, pada zaman dahulu, jika anda menganjurkan sambutan Hari Pekerja, anda akan ditangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Tetapi pada hari ini, disebabkan perjuangan pekerja yang begitu gemilang, kita dapat menikmati cuti umum wajib pada Hari Pekerja Sedunia.” Arutchelvan juga mendedikasikan sambutan Hari Pekerja tahun ini kepada mendiang Shahzad Ahmed, seorang pekerja migran dari Pakistan yang terpaksa membunuh diri baru-baru ini kerana tidak dibayar gaji selama 5 bulan.

Peserta-peserta aksi sambutan Hari Pekerja juga melafazkan Deklarasi 1 Mei 2021 yang mengetengahkan 15 tuntutan, termasuk pelaksanaan Skim Jaminan Pekerjaan, tamatkan Darurat, hak kesihatan untuk semua, jamin hak pekerja migran, hak kesatuan sekerja, hentikan diskriminasi, hak orang asal/asli, perumahan selesa, hak bertani, kawal harga barang, mansuhkan akta-akta zalim, hak pelajar, hentikan penswastaan perkhidmatan asas, kenakan cukai khas ke atas syarikat multinasional gergasi dan isytihar darurat iklim. Deklarasi 1 Mei 2021 mendapat sokongan daripada 97 buah organisasi, termasuk Gerakan Pembebasan Akademik (GPA), Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM), Malaysia Muda, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (KAMY), Pusat KOMAS, Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS), Parti Murba, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan sebagainya.

Aksi sambutan Hari Pekerja juga berlangsung di Ipoh, Seremban dan Johor Bahru pada waktu pagi hari ini. Sementara aksi sambutan Hari Pekerja di Pulau Pinang berlangsung pada waktu lewat petang.

Aksi sambutan Hari Pekerja di Seremban, Negeri Sembilan.
Aksi sambutan Hari Pekerja di Johor Bahru, Johor.
Sambutan Hari Pekerja di Ipoh, Perak, bermula dengan konvoi dan berakhir dengan satu perhimpunan di Taman Rekreasi Gunung Lang.
Aksi sambutan Hari Pekerja secara simbolik di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang.

3 thoughts on “Aksi sambutan Hari Pekerja 2021: Jaminan kerja, vaksin kehidupan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s