DEKLARASI 1 MEI 2021:

JAMINAN KERJA, VAKSIN KEHIDUPAN

▪ COVID-19, Darurat, Krisis Ekonomi terus menjadi cabaran terbesar semasa kita menyambut hari keramat kaum pekerja – 1 Mei 2021.

▪ Kesan COVID-19 bukan sekadar krisis kesihatan awam, malah ia juga ialah krisis ekonomi, krisis jaminan kerja, krisis pengangguran, krisis jaminan makanan dan krisis kelaparan.

▪ Kaum pekerja sektor informal, pekerja migran dan pelarian berhadapan dengan pemberhentian kerja secara berleluasa, pemotongan gaji bermaharajalela, diskriminasi dan pengurangan kerja secara mendadak, secara paksa dan secara zalim.

▪ Di sebalik pandemik ini, kaum kapitalis terus mencatatkan keuntungan dan kaum pemerintah terus berselindung di belakang darurat. Untuk kaum pekerja, Jaminan Kerja menjadi Vaksin Kehidupan, ia menjadi vaksin untuk mereka terus hidup, menyara keluarga dan menjamin kehidupan berterusan di bawah cabaran.

▪ Jaminan kerja ialah hak yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Sedunia. Ia adalah vaksin untuk pekerja terus hidup.

Maka, sempena dengan Hari Pekerja tahun 2021 yang luar biasa ini, Kami mengetengahkan 15 tuntutan-tuntutan seperti di bawah: 

1. KERAJAAN HARUS WUJUDKAN SKIM JAMINAN PEKERJAAN

▪             Wujudkan projek-projek kemudahan awam yang diperlukan, benarkan tanah terbiar untuk diusahakan dan ambilalih kilang-kilang yang telah bankrap.

▪             Perkenalkan skim pendapatan asas RM1,000 sebulan kepada keluaga yang langsung tiada punca pendapatan.

▪             Hapuskan sistem kontrak dan gantikannya dengan pekerjaan tetap untuk mengekalkan jaminan kerja.

▪             Membuat pindaan terhadap undang-undang buruh dan PERKESO untuk beri perlindungan kepada pekerja di bawah ekonomi gig.

▪             Reformasi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) supaya semua pekerja dapat menikmati faedah pada waktu kehilangan pekerjaan tanpa syarat yang membebankan.

▪             Laksanakan Jaminan Perlindungan Sosial Sejagat untuk Semua termasuk Skim Pencen, Kemudahan untuk Golongan Warga Emas dan juga Jaminan Hak Bekerja bagi Orang Kurang Upaya (OKU)

▪             Wujudkan Jawatankuasa COVID-19 di tempat kerja yang diwakili oleh majikan, pekerja dan kesatuan untuk pastikan semua prosedur KKM diikuti secara ketat.

2. BATALKAN PROKLAMASI DARURAT DAN PULIHKAN PARLIMEN

Undang-undang kawalan kesihatan yang sedia ada sudah cukup menjamin pematuhan SOP semasa pandemik COVID-19. Demokrasi, kebebasan dan hak rakyat harus dilindungi dan dipelihara.

3. HAK KESIHATAN KEPADA SEMUA

Tingkatkan dan perkasakan hospital kerajaan. Berikan lebih dana untuk kekalkan perkhidmatan yang terbaik dan percuma. Kawal dan memiliknegarakan hospital swasta untuk mencapai aspirasi kesihatan terbaik bagi semua tanpa diskriminasi. Elaun khas bagi pekerja barisan hadapan hospital perlulah menyeluruh dan meliputi semua pekerja, termasuk pekerja kontrak pembersihan dan pengawal keselamatan.

4. JAMIN HAK PEKERJA MIGRAN DAN HENTIKAN TANGKAPAN MIGRAN DAN PELARIAN

Iktiraf hak kerja bagi pelarian dan pencari suaka. Berikan perlindungan yang saksama dan mencukupi kepada pekerja migran tanpa eksploitasi. Hentikan semua penangkapan atau penghantaran balik secara paksaan terhadap pekerja migran dan pelarian, dan berikan jaminan kepada mereka mendapat akses untuk rawatan kesihatan.

5. HAK KESATUAN SEKERJA

Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pembentukan kesatuan sekerja harus diutamakan dan dipermudahkan untuk menjamin hak dan kebajikan pekerja terjamin.

6. HENTIKAN DISKRIMINASI BERASASKAN GENDER DAN ORIENTASI SEKSUAL SERTA STATUS HIV. JAMIN HAK PEKERJA WANITA & HAK KANAK-KANAK

Hentikan segala bentuk diskriminasi dan gangguan terhadap wanita, termasuk transgender dan individu HIV + di tempat kerja. Kuatkuasakan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW); gubal Akta Kesamarataan Gender (Gender Equality Act) dan Akta Gangguan Seksual. Kami juga menyeru Kerajaan Malaysia untuk meminda Akta Kerja 1955, supaya pekerja domestik diiktiraf sebagai pekerja di bawah Jadual Pertama. Kerajaan harus lindungi dan tunaikan hak kanak-kanak mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak.

7. HAK ORANG ASAL/ASLI

Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal/Asli di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi masyarakat Orang Asal/Asli.

8. PERUMAHAN SELESA DAN HENTIKAN PENGUSIRAN PAKSA 

Laksanakan Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa. Manakala moratorium terhadap sebarang pengusiran semasa COVID-19 harus dikuatkuasakan.

9. HAK BERTANI DAN JAMINAN MAKANAN

Hentikan pengusiran petani dan penternak dari tanah yang diusahakan mereka. Iktiraf dan berikan geran tanah kepada mereka yang telah lama bertani demi menjamin keupayaan pengeluaran makanan tempatan.

10. KAWAL HARGA BARANG

Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan keperluan harian, dan kembalikan semula pemberian subsidi kepada rakyat secara berkesan.

11. JAMIN KEBEBASAN MEDIA DAN MANSUHKAN ORDINAN ANTI-BERITA PALSU, POCA, POTA, SOSMA DAN AKTA HASUTAN (1948)

Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan media harus dimansuhkan. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyekat kebebasan rakyat bersuara harus dimansuhkan. Semua akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara harus dimansuhkan.

12. HAK PELAJAR

Mansuhkan AUKU, Akta 174, PTPTN, PTPKN dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa dan pensyarah. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar, termasuk kanak-kanak migran dan pelarian.

13. HENTIKAN PENSWASTAAN PERKHIDMATAN ASAS

Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan. Semua ini merupakan perkhidmatan asas yang wajib disediakan oleh Kerajaan untuk rakyatnya.

14. AGIHAN KEKAYAAN DAN CUKAI KHAS KE ATAS MNC

Kerajaan harus memastikan pada masa pandemik, agihan pendapatan dan jurang kekayaan tidak menjadi luas, malah harus diregulasi supaya kekayaan dapat dinikmati bersama. Kerajaan perlu melaksanakan kadar cukai kecemasan  terhadap semua syarikat korporat multinasional (MNC) untuk menampung  sebahagian kos dalam membekalkan bantuan kepada rakyat pada masa sekarang.

15. ISYTIHAR DARURAT IKLIM

Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti perlombongan bauksit,  insinerator, loji nuklear dan lain-lain. Hentikan pengimportan  sampah dari negara asing serta hentikan pembakaran tanah perladangan dan pembalakan, dan gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.

Senarai organisasi yang menyokong tuntutan Hari Pekerja 2021:

  1. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
  2. Amateur
  3. All Women’s Action Society
  4. Association of Women Lawyers (AWL)
  5. AU SOW YEE
  6. Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue)
  7. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  8. Demokrat UM
  9. Demokrat UKM
  10. Demokrat Kebangsaan
  11. Diversity Malaysia
  12. Family Frontiers
  13. Five Arts Centre
  14. Freedom Film Network
  15. Gabungan Peneroka Bandar Dan Perumahan
  16. Gabungan Petani and Penternak
  17. Gerakan Mahasiswa UPM (GMM)
  18. Gerakan Pembebasan Akademik (GPA)
  19. Good Samaritan Kuala Lumpur
  20. Global Environment Centre
  21. Greenpeace Malaysia
  22. EMPOWER
  23. HINDRAF Johor
  24. In Between Cultura
  25. International Women’s Rights Action Watch Asia Pacific
  26. Jaringan Pekerja Kontrak
  27. Jaringan Penternak Nasional Marhaen
  28. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  29. Jaringan Perumahan Kos Rendah P.Pinang
  30. Kg. Bukit Kuda,Selangor
  31. Jawatankuasa Bekas Penduduk Kg.Chekkadi Perak
  32. Jawatankuasa Penduduk Kg.Chepor Perak
  33. Jawatankuasa Penduduk Kg.Chubadak KL
  34. Jawatankuasa Penduduk Kg. DBI Perak
  35. Jawatankuasa Penduduk Kg. Hakka Mantin, Selangor
  36. Jawatankuasa Penduduk Kg. Jawa Klang, Selangor
  37. Jawatankuasa Penduduk Kg. KTM Buntong, Perak
  38. Jawatankuasa Penduduk Kg. Pinang, Pusing, Perak
  39. Jawatankuasa Penduduk Kg. Pinang, Tjg.Malim, Perak
  40. Jawatankuasa Penduduk KTM Sg.Buloh, Selangor
  41. Jawatankuasa Penduduk Kg.Meru Tin
  42. Jawatankuasa Penduduk Jinjang Selatan
  43. Jawatankuasa Penduduk Perak Hydro
  44. Jawatankuasa Penduduk Kg Bengali Perak
  45. Jawatankuasa Penduduk Kg Lintang Perak
  46. Jawatankuasa Penduduk Kg Gopal Perak
  47. Jawatankuasa Penduduk Kg Bahari Perak
  48. Jawatankuasa Penduduk Kg Belakang Shin Chung, Perak
  49. Jawatankuasa Penduduk Kg Veerasamy, Perak
  50. Jawatankuasa Penduduk Kg Kapor Perak
  51. Jawatankuasa Penduduk Padang Jawa Klang, Selangor
  52. Jawatankuasa Penduduk Kg.Kl Tin Kalumbang Selangor
  53. Jawatankuasa Penduduk Kg.India Pulau Carey Selangor
  54. Jawatankuasa Penduduk Kg.Sri Tanjung, Dengkil, Selangor
  55. Johor Yellow Flame (JYF)
  56. Justice for Sisters
  57. Kelab Belia Gemilang Iskandar Puteri
  58. Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia
  59. KLSCAH Youth
  60. Kuliyah Buku (KUBU)
  61. KRYSS Network
  62. Liberasi
  63. LLG Cultural Development Centre
  64. Mahasiswa Roket
  65. Malaysia Muda
  66. Malaysian Progressives in Australia
  67. Misi Solidariti
  68. National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAIW)
  69. North South Initiative
  70. Otai Reformis 1998
  71. Parti Murba
  72. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  73. Pemuda Sosialis
  74. Persatuan Kebajikan Sosial Dan Pendidikan Progresif
  75. Persatuan Kebajikan dan Sosial Rutraksha Negeri Sembilan
  76. Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (KAMY)
  77. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
  78. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  79. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  80. Persahabatan Semparuthi
  81. Persatuan Tamil Neri Malaysia
  82. Penempatan Jalan Reko Kajang Selangor
  83. People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
  84. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia – GRASS MALAYSIA
  85. Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH)
  86. Pusat KOMAS
  87. RUANG KOMUNITI P320
  88. Sabah Women’s Action-Resource Group
  89. Sarawak Women For Women Society (SWWS)
  90. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  91. Senthamizhar Peravai Malaysia (SEPAM)
  92. Sisters In Islam
  93. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  94. SUSDEN Malaysia
  95. Women’s Aid Organisation
  96. Women’s Centre For Change (WCC)
  97. Young Democrats

3 thoughts on “Deklarasi 1 Mei 2021: Jaminan Kerja, Vaksin Kehidupan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *