(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2021 di seluruh dunia
1 Mei ialah Hari Pekerja Antarabangsa. Sambutan 1 Mei membawa makna yang penting kepada perjuangan pekerja di seluruh dunia. Hari ini disambut dengan aksi perhimpunan, perarakan malah mogok di pelbagai tempat, pada setiap tahun.
Tahun ini juga tidak berkecuali. Dengan dunia kita masih diancam pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi yang semakin meruncing, keperluan golongan pekerja dan rakyat bawahan berorganisasi dan bermobilisasi untuk memperjuangkan alternatif yang mampu menjamin kesejahteraan masyarakat itu menjadi semakin terdesak. Oleh itu, gerakan pekerja dan golongan progresif di seluruh dunia terus berusaha untuk memajukan perjuangan pekerja.
Berikut ialah sepintas lalu sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini di merata tempat di seluruh dunia: