Pekerja-pekerja penghantaran yang menyumbangkan titik peluh mereka tidak harus dilayan sebagai barangan yang boleh diubah harganya sesuka hati.
Jangan tekan pekerja semasa banjir!
Terdapat pekerja yang merupakan mangsa banjir ditekan oleh majikan dengan paksaan hadir kerja, potongan gaji dan ugutan pembuangan kerja.
Pekerja migran di hospital kerajaan ditinggalkan majikan tanpa makanan
Pekerja-pekerja migran yang ditinggalkan oleh majikan mereka tanpa makanan beberapa bulan yang lepas mendapat sedikit kelegaan baru-baru ini apabila mereka mendapat balik gaji tertunggak satu bulan, dan masih tunggu lagi untuk gaji sebulan yang belum dibayar…
Perhambaan yang tersembunyi
Perhambaan zaman moden selalunya tidak mempunyai kesan visual yang jelas, tetapi ia agak berleluasa. Tanpa penguatkuasan yang berkesan, undang-undang buruh yang sepatutnya melindungi pekerja itu hanya sekadar hak di atas kertas.
Bajet 2022: Pekerja kontrak kerajaan masih dipinggirkan
JPKK kesal dengan pengumuman Bajet 2022 yang nampaknya gagal menghargai jasa pekerja barisan hadapan seperti pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan di hospital dan juga sekolah. Walaupun bekerja dalam ancaman wabak sebagai pekerja lapisan pertama yang terdedah dengan penyakit dan sisa operasi, jasa mereka tidak dihargai, malah keadaan kerja mereka terus terabai seumpama sistem perhambaan moden.
Mahkamah Tinggi tolak rayuan majikan yang mangsakan pekerja: Hadiah Deepavali kepada pekerja manual yang tuntut hak
Sinar Deepavali yang bermaksud cahaya kemenangan mengatasi kegelapan memang amat bermaknya bagi Paramesparan tahun ini apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan majikan dan mengarahkan pihak majikan untuk membayar kepadanya pampasan sebanyak RM41,161 seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Buruh berserta dengan kos RM3,000.
Pindaan Akta Kerja dialu-alukan
PSM berharap bahawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 akan diluluskan dengan cepat dan diwartakan tidak lama lagi, supaya ia dapat dikuatkuasakan dan memberi sedikit keadilan kepada pekerja. Ini merupakan kejayaan kecil dalam perjuangan berpanjangan antara buruh dengan modal.
Gaji pengawal keselamatan sekolah di bawah Wira Corps tertangguh-tangguh sampai 2 bulan
Urusniaga syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan di premis kerajaan ini bukannya sejenis perniagaan yang hasil pendapatannya akan dipengaruhi oleh faktor turun naik pasaran dalam ekonomi. Ia akan tetap menerima bayaran daripada kerajaan tanpa mengira keadaan ekonomi di luar, selagi kerajaan menyalurkan dana kepadanya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk syarikat ini lewat dalam membayar gaji kepada pekerja-pekerjanya kecuali kelambatan pembayaran daripada pihak Kementerian Pendidikan.
Memperkasakan perlindungan untuk pekerja ekonomi gig
Pekerja ekonomi gig harus diberi perlindungan sosial dan hak kerja yang sama seperti pekerja formal.
Pengawal keselamatan sekolah Perlis tidak dibayar gaji 2 bulan
38 orang pengawal keselamatan yang bertugas di premis Kementerian Pendidikan di Perlis hanya menerima bayaran gaji satu bulan dalam tempoh tiga bulan yang lalu.
