oleh Sivaranjani Manickam

Kami di Parti Sosialis Malaysia (PSM) mula menerima aduan daripada pekerja-pekerja dalam dua hari lalu bahawa majikan mereka memberi tekanan dengan mengatakan mereka tidak boleh mengambil cuti kecemasan, gajinya akan dipotong jika mengambil cuti dan dibuang kerja jika tidak menghubungi majikan dalam masa kecemasan ini.

Kami diberitahu tentang masalah ini oleh pekerja-pekerja, terutamanya mereka yang datang dari Lembah Klang di mana rumah mereka terjejas kerana banjir kilat yang mula berlaku pada hari Jumaat lepas dan sehingga sekarang masih terdapat beberapa kawasan yang belum kembali kepada situasi normal. Rumah-rumah mengalami banjir teruk sehingga bekalan elektrik turut terganggu, barangan di rumah telah dihanyut dalam banjir, rumah dalam keadaan kotor setelah air mula surut dari semalam. Adanya pekerja yang tidak dapat menghubungi majikan kerana telefon mereka tidak dapat dihidupkan akibat ketiadaan bekalan elektrik, dan masih ramai pekerja tidak dapat kembali bekerja kerana situasi di tempat tinggal mereka masih belum terkawal lagi. Tetapi pihak majikan pula memberi tekanan tambahan kepada pekerja dengan paksaan hadir kerja, potongan gaji dan ugutan pembuangan kerja. 

Kami mengalu-alukan tindakan Kerajaan yang mengumumkan cuti kecemasan kepada pekerja kerajaan apabila isu bencana banjir ini berlaku, tetapi bagi pekerja swasta pula, Perdana Menteri kita hanya menggalakkan majikan untuk memberi cuti berbayar dengan tidak menolak permohonan cuti tahunan. Namun demikian, masih terdapat majikan di sektor swasta yang terus menekan pekerja.

Kerajaan dan Kementerian Sumber Manusia harus mengeluarkan pekeliling di seluruh negara bagi melindungi pekerja-pekerja yang merana akibat banjir kilat ini, dengan membolehkan mereka diberi cuti kecemasan berbayar sekurang-kurangnya satu minggu supaya mereka dapat memulihkan keadaan tempat tinggal kepada normal dan balik kerja seperti biasa. Tambahan pula, majikan harus diberi amaran atau hukuman keras ke atas tindakan yang tidak berperikemanusiaan terhadap pekerja-pekerja yang terjejas kerana banjir ini.

==========

Sivaranjani Manickam ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Pekerja PSM.

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s