Pekerja hanya dapat memberi pengajaran kepada majikan yang tidak membayar gaji OT secara betul dengan lebih ramai lagi yang memfailkan kes di Jabatan Tenaga Kerja. Tindakan ini amat penting, demi memastikan industri kawalan keselamatan ini menghentikan penindasan dan perampasan hasil titik peluh pekerja tanpa membayar gaji OT.
Konvoi motosikal pekerja pembersihan hospital akhirnya bertemu Menteri Kesihatan
Selepas bermotosikal sejauh lebih 500 km, rombongan konvoi pekerja pembersihan hospital akhirnya dapat bertemu dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaladdin dan menyerahkan memorandum tuntutan pekerja kepadanya.
Hari ketiga konvoi motosikal pekerja pembersihan hospital
Kempen konvoi Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (NUWHSAS) memasuki hari ketiga.
Kerajaan harus hentikan penganiayaan terhadap pekerja kontrak
Adalah harapan untuk pekerja-pekerja pembersihan hospital yang sedang berkonvoi bahawa YB Khairy akan bertemu dengan mereka dan mendengar keluhan mereka apabila mereka tiba di Kementerian Kesihatan di Putrajaya. Mereka meminta perubahan kepada dasar yang teruk, dan berharap ianya cukup masuk akal untuk sebuah kerajaan yang prihatin supaya bertindak dalam menyelesaikan masalah ini.
Pekerja pembersihan hospital terus berkonvoi walaupun dihalang majikan
Walaupun menghadapi halangan daripada pihak majikan, tetapi konvoi motosikal pekerja pembersihan hospital tetap meneruskan perjalanan mereka untuk mara ke hadapan demi memperjuangkan hak pekerja.
Pekerja pembersihan hospital berlepas dari Bukit Mertajam menuju Putrajaya: Konvoi motosikal pekerja nak jumpa Khairy
Rombongan konvoi motosikal pekerja pembersihan hospital kerajaan berlepas dari Bukit Mertajam pada hari ini, dan memulakan jelajah sejauh 530 km yang mengambil masa selama 4 hari, untuk membawa tuntutan mereka kepada perhatian Menteri Kesihatan.
Majikan enggan iktiraf pemandu lori sebagai pekerja – Mahkamah Tinggi KL akan putuskan pada 28 Mac 2022
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memberikan keputusan pada 28 Mac 2022 mengenai kes syarikat Perwakilan Cekap Sdn Bhd yang enggan mengiktiraf dua orang pemandu lori sebagai pekerja.
Agamawan dan hak pekerja?
Siapa yang memperjuangkan cuti-cuti bersalin kepada pekerja wanita? Siapa yang bermatian untuk mengurangkan waktu bekerja kepada lapan jam sehari? Siapa yang menitis peluh, air mata dan darah untuk mengharamkan buruh kanak-kanak? Agar mereka boleh terus menikmati masa muda mereka di padang dan sekolah dan bukan di kilang atau lombong?
Jelajah motosikal dari Pulau Pinang ke Putrajaya: Pekerja pembersihan hospital tuntut hak dan kebajikan pekerja
Pekerja-pekerja hospital kerajaan akan bermotosikal dari Pulau Pinang ke Putrajaya, untuk membawa masalah mereka kepada perhatian Menteri Kesihatan dan menuntut supaya sistem kontrak yang memangsakan pekerja itu dihapuskan.
Kemboja: Pekerja syarikat milik kapitalis Malaysia terus mogok walaupun hadapi penahanan dan penindasan
Pekerja-pekerja NagaWorld, hotel mewah dan kasino terbesar di negara Kemboja, telah ditindas oleh pihak berkuasa baru-baru ini kerana bermogok untuk menuntut pemulihan kerja pekerja yang dipecat tahun lalu.
