Pada penghujung tahun 2024 dan menjelang ambang tahun baharu 2025 ini, marilah kita imbas kembali sepintas lalu sebahagian daripada aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha PSM memperjuangkan isu-isu rakyat sepanjang satu tahun yang lalu ini.
MADANI dan alam – Sejauh mana alam sekitar dilindungi?
Bagaimanakah pencapaian Kerajaan MADANI dalam isu alam sekitar dan Orang Asli/Asal?
Kerajaan Madani masih sekat kebebasan bersuara
Sudah dua tahun Kerajaan Madani mentadbir, tetapi ia masih lembab dalam melaksanakan reformasi yang dijanjikan untuk memajukan demokrasi di negara kita, malah kebebasan bersuara masih disekat oleh pelbagai undang-undang represif dan tindakan intimidasi daripada pihak berkuasa.
Bolehkah Kerajaan Madani selesai masalah banjir selagi dalam mod penafian terhadap punca sebenar?
Tetapi adakah usaha ikhlas wujud untuk menyelesaikan masalah banjir di Malaysia? Adakah Kerajaan MADANI dalam satu mod penafian untuk mengenal pasti punca sebenar banjir di Malaysia?
Kerajaan MADANI khianati pekerja dalam isu gaji minimum
Pekerja-pekerja bawahan di negara kita akan terasa dikhianati kerana peningkatan kadar gaji minimum yang menghampakan.
Belanjawan 2025: Rakyat biasa tidak dihiraukan
Belanjawan 2025 tidak menawarkan dasar yang dapat menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat biasa.
45 organisasi gesa kerajaan laksanakan Skim Pencen Warga Emas Sejagat
Kita tidak akan dapat mewujudkan warga emas yang berdikari, memartabatkan diri dan hidup secara bermaruah jika warga emas kita tiada keterjaminan pendapatan usia tua melalui pencen warga emas sejagat.
Mengecewakan! Kerajaan berlengah-lengah dalam mengumumkan gaji minimum baharu
Kerajaan harus segera mengumumkan dan menguatkuasakan gaji minimum baharu pada kadar tidak kurang daripada RM2,000 sebulan.
BERSIH tuntut reformasi 100%
BERSIH berprotes untuk mendesak kerajaan supaya melaksanakan reformasi 100%.
Surat terbuka kepada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024
Untuk menggubal dasar yang tepat dan berkesan, adalah amat perlu untuk memahami punca-punca kemiskinan dalam masyarakat Melayu terlebih dahulu.
