42773812_291959858197399_2142492990491328512_n.jpg

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN – 29 SEPTEMBER 2018: Hari ini adalah hari penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson. Mungkin ada orang akan sangka bahawa PSM turut bertanding dalam PRK ini apabila melihat bendera Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkibar di depan pusat penamaan calon untuk PRK Port Dickson. Namun, ahli-ahli PSM bersama dengan aktivis daripada Gabungan Kiri yang hadir di Port Dickson pada pagi tadi bukannya untuk meletakkan calon supaya bertanding dalam PRK, tetapi membawa satu isu yang amat penting untuk golongan pekerja di Malaysia, iaitu kenaikan gaji minimum sekadar RM 50 adalah tidak mencukupi!

Menaikkan gaji minimum sekadar RM 50 kepada RM 1050 sebulan merupakan satu penghinaan kepada pekerja di negara kita. Walaupun PSM dan organisasi-organisasi pekerja telah lama membangkitkan tuntutan bahawa gaji minimum perlu dinaikkan ke RM 1500, namun Kerajaan Persekutuan jelasnya tunduk kepada kehendak golongan majikan dengan menaikkan gaji minimum dengan hanya RM 50 mulai tahun depan.

42746812_1209857945844133_1792574922485137408_n

Oleh yang demikian, PSM bersama dengan aktivis-aktivis daripada Gabungan Kiri hadir di depan Pusat Penamaan Calon PRK Port Dickson pada hari ini untuk mengetengahkan isu kenaikan gaji minimum yang tidak mencukupi ini. PSM membantah kenaikan gaji minimum sekadar ke RM 1050, dan menuntut supaya kadar gaji minimum dikaji semula.

PRK Port Dickson ini menjadi tumpuan ramai kerana amat berkemungkinan besar pemenang PRK ini akan menggantikan Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 pada masa akan datang. PSM menyeru pada calon-calon yang bertanding dalam PRK Port Dickson supaya memberi perhatian kepada isu gaji minimum yang rendah dan menyokong tuntutan untuk menaikkan gaji minimum ke RM 1500 pada kadar segera.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersama dengan organisasi-organisasi masyarakat, termasuk PSM, telah menubuhkan Gabungan Bantah 1050 baru-baru ini, untuk berkempen membantah kenaikan gaji minimum yang amat tidak mencukupi dan menuntut gaji minimum sekurang-kurangnya RM 1500.

42795949_173758463504099_4812250485660581888_n42797472_103214030625858_3247507515050557440_n42799424_1263983573767148_2276044899776200704_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s