“Teater itu sendiri bukannya revolusioner; ianya raptai untuk revolusi.” - Augusto Boal Dalam pemahaman biasa kita, teater ialah sejenis seni persembahan yang melibatkan lakonan secara langsung di atas pentas. Pelakon-pelakon membuat pertunjukan di atas pentas, sementara penonton-penonton menghayati persembahan di bawah pentas. Namun, ini bukannya satu-satu bentuk teater yang wujud. Pernahkah anda dengar tentang Teater … Continue reading Teater Kaum Tertindas – satu pengenalan
Selamat menyambut Hari Deepavali
oleh Wan Zamzahidi Wan Zahid Rakan-rakan kita yang beragama Hindu merayakan Hari Deepavali pada hari ini yang merupakan perayaan terbesar dalam agama Hindu. Deepavali kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu bererti Perayaan Cahaya. Mengikut sejarah, perayaan ini dirayakan dengan semangat kemenangan cahaya menentang kegelapan, kebaikan menewaskan kejahatan dan pengetahuan menumpaskan kejahilan. Kita hadir ke dunia ini, … Continue reading Selamat menyambut Hari Deepavali
One Two Jaga: Tragedi dalam sisi gelap realiti masyarakat
Filem drama aksi jenayah “One Two Jaga” arahan Namron patut ditonton sekiranya anda menghargai pembikinan filem tempatan yang berkualiti dan penuh keikhlasan. Filem ini tiadanya aksi yang hebat, tiadanya “special effect” yang menggunakan CGI, tetapi penceritaannya yang padat dengan adegan yang mencerminkan realiti sosial dan mengemukakan kritikan sosial tanpa berkuliah panjang lebar. Filem “One Two … Continue reading One Two Jaga: Tragedi dalam sisi gelap realiti masyarakat
Filem dan perjuangan untuk pembebasan masyarakat
Filem merupakan sejenis seni moden yang muncul pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, melibatkan gabungan seni persembahan, seni visual dan seni bunyi. Dari pemutaran pita filem ke media digital hari ini, perkembangan seni filem telah memperkayakan warisan budaya manusia di seluruh dunia. Seperti bentuk seni yang lain, seni filem menjadi satu saluran untuk … Continue reading Filem dan perjuangan untuk pembebasan masyarakat
(Cerpen) Hari itu hari Rabu
sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar Kerajaan kleptokrat masih mendabik dada mengagumi kehebatan mereka. Jutaan ringgit ditaburkan kepada rakyat untuk memastikan mereka kekal diberi mandat untuk mentadbir. Bukan itu sahaja, kempen politik kebencian turut diadakan. Pelbagai isu sensitif ditiupkan termasuklah berkaitan perkauman, keagamaan dan lain-lain lagi. Kesemua parti lawan menjadi mangsa kerajaan kleptokrat. Gabungan … Continue reading (Cerpen) Hari itu hari Rabu
Internasionale – lagu pekerja sedunia: Dahulunya lagu haram, selamanya nyanyian perjuangan
oleh Shazni Bhai Setelah kejatuhan Paris Commune, dia bersembunyi dari penguasa dan menghadapi ancaman bunuh. Eugene Pottier, seorang pekerja pengangkutan telah menulis puisi yang panjangnya 6 stanza ketika melarikan diri ke London pada Jun 1871. Puisi itu berjudul L’internationale. Pottier telah memuatkan puisi ini ke dalam koleksi karyanya “Chants Revolutionaires”. 17 tahun kemudiannya, Pierre Degeyter … Continue reading Internasionale – lagu pekerja sedunia: Dahulunya lagu haram, selamanya nyanyian perjuangan
(Cerpen) Aku penjaja jalanan
sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar Aku mula mengaut rezeki sebagai penjaja jalanan sejak beberapa bulan lepas. Di bahu jalan raya yang berbekalkan ruang sedikit inilah, aku menapak dan membuka kanopi kecil untuk berlindung daripada hujan dan terik mentari demi satu tujuan. Rezeki! Berbekalkan resepi tradisi yang diturunkan oleh arwah mak kepada aku, hari … Continue reading (Cerpen) Aku penjaja jalanan
(Cerpen) Wira yang tak didendang
sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar Kerja merobohkan rumah-rumah di hujung kampung itu akan dijalankan sebentar sahaja lagi. Si pemuda yang mendengar berita tidak baik itu terus bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa orang lagi ahli partinya. Dengan beraninya dia terus menyanggah pemaju yang sudah bersedia dengan jentolak untuk merobohkan rumah-rumah di situ. “Mereka … Continue reading (Cerpen) Wira yang tak didendang
(Cerpen) Diari anak buruh
sebuah cerpen oleh K.Z. Iskandar Zulfaqar Dalam keadaan samar-samar bertemankan segaris cahaya yang masuk melalui lubang celah pintu, aku dapat melihat ayah sedang bersiap untuk pergi ke kerja. Ayah sengaja tidak menghidupkan suis lampu kerana dia tidak mahu aku terjaga dari lelapku. Perlahan-lahan aku menarik jam yang terdapat di kepala katilku. Baru pukul 4.50 pagi. … Continue reading (Cerpen) Diari anak buruh
