Wanita dan pendukung perjuangan hak wanita telah turun ke jalanan di lebih 80 bandar di seluruh dunia pada 19 Januari 2019, dalam Perarakan Wanita (Women’s March) yang membawa tuntutan kesamarataan gender dan perlindungan untuk hak wanita. Jalanan di Athens, Berlin, Los Angeles, New York, Rome dan sebagainya, telah menyaksikan demonstran yang lantang menyuarakan bantahan mereka … Continue reading Perarakan Wanita 2019 tuntut kesamarataan gender
Amerika Syarikat: Lebih 30,000 guru di Los Angeles mogok menentang penswastaan dan kekurangan dana
Guru-guru dari sekolah-sekolah awam di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, telah bermogok untuk kali pertamanya dalam tempoh masa 3 dekad, iaitu sejak tahun 1989. Pada 14 Januari 2019, lebih 30,000 orang guru di Los Angeles mengambil bahagian mogok besar-besaran dan berarak di jalanan. Mereka yang bermogok menuntut peningkatan gaji, saiz kelas yang lebih kecil, regulasi … Continue reading Amerika Syarikat: Lebih 30,000 guru di Los Angeles mogok menentang penswastaan dan kekurangan dana
India: 160 juta pekerja mogok
India menyambut tahun baru 2019 dengan aksi mogok yang boleh dikatakan terbesar dalam sejarah, terbesar bukan sahaja di India tetapi di Dunia. Pada 8 dan 9 Januari 2019, seramai 160 juta orang pekerja bermogok di seluruh India. Pekerja-pekerja India yang ditindas oleh dadar neo-liberal yang berlarutan untuk tiga dekad dan dihakis hak-hak pekerja mereka oleh … Continue reading India: 160 juta pekerja mogok
Hungary: Rakyat protes bantah “undang-undang hamba”
Hampir 10,000 orang rakyat Hungary turun berprotes di Budapest, ibu negara Hungary, pada 16 Disember 2018 untuk membantah undang-undang buruh baru negara tersebut yang disifatkan sebagai “undang-undang hamba”. Para demonstran turut menyuarakan tentangan mereka terhadap pentadbiran kerajaan berhaluan kanan yang dipimpin Perdana Menteri Viktor Orbán. Gelombang protes terbaru di Hungary baru-baru ini merupakan aksi bantahan … Continue reading Hungary: Rakyat protes bantah “undang-undang hamba”
Hari Hak Asasi Manusia 2018: 70 tahun kelahiran Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
10 Disember setiap tahun merupakan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Sambutan Hari Hak Asasi Manusia diwujudkan untuk memperingati dan memberi penghormatan kepada 10 Disember 1948, satu tarikh yang mulia apabila Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meratifikasi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat ialah dokumen hak asasi manusia peringkat … Continue reading Hari Hak Asasi Manusia 2018: 70 tahun kelahiran Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
“Progressive International”: Gerakan baru untuk sosialisme demokratik di peringkat global
Satu gerakan antarabangsa yang menyatukan aktivis dan organisasi progresif yang berhaluan kiri, telah dilancarkan pada 30 November 2018, dalam satu perhimpunan golongan progresif yang dianjurkan oleh The Sanders Institute di Burlington, Vermont, Amerika Syarikat. Matlamat pembentukan gerakan kiri baru ini adalah untuk melawan kebangkitan politik kanan lampau, xenofobia dan dasar-dasar mencabul hak rakyat yang semakin … Continue reading “Progressive International”: Gerakan baru untuk sosialisme demokratik di peringkat global
Perancis: “Jaket Kuning” hantui rejim Macron
Satu gelombang protes besar-besaran telah melanda Perancis, dengan ratusan ribu demonstran turun ke jalanraya dan mendirikan sekatan jalan, untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron dan dasar-dasarnya yang anti-pekerja. Pertempuran hebat berlaku antara demonstran dengan polis di jalanan Paris, mencetuskan konflik jalanan yang paling ganas sejak peristiwa kebangkitan rakyat pada bulan Mei … Continue reading Perancis: “Jaket Kuning” hantui rejim Macron
Korea Selatan: Pekerja mogok untuk lawan perluasan sistem masa kerja fleksibel
Hampir 130,000 orang ahli Kesatuan Pekerja Logam Korea (KMWU) di 109 buah tempat kerja di Korea Selatan telah menyertai mogok nasional yang dianjurkan oleh Konfederasi Kesatuan Sekerja Korea (Korean Confederation of Trade Unions, KCTU) pada 21 November 2018. Menurut KCTU, seramai 160,000 orang pekerja telah mengambil bahagian dalam aksi mogok yang membantah tindakan kerajaan memperluaskan … Continue reading Korea Selatan: Pekerja mogok untuk lawan perluasan sistem masa kerja fleksibel
Ulangtahun ke-100 Revolusi Jerman 1918-19
100 tahun dahulu, tercetusnya gelombang revolusi yang hebat di negara Jerman yang menjatuhkan pemerintahan raja berperlembagaan Empayar Jerman dan menggantikannya dengan sebuah republik berparlimen yang demokratik. Namun, oleh sebab kerajaan baru menggunakan kekerasan untuk menghancurkan kebangkitan kuasa kiri radikal yang menggugat kepentingan kelas atasan, hasil revolusi ini telah digadaikan dan kemudiannya membuka ruang kepada kemunculan … Continue reading Ulangtahun ke-100 Revolusi Jerman 1918-19
Brazil: Pelampau kanan dipilih sebagai Presiden
Keputusan pengundian pusingan kedua Pilihanraya Presiden Brazil yang berlangsung pada 28 Oktober 2018, telah mencetuskan kebimbangan ramai orang di Brazil dan juga di peringkat antarabangsa, kerana negara terbesar di Amerika Selatan tersebut telah memilih seorang Presiden yang paling reaksioner and anti-demokratik sejak peralihan ke demokrasi di Brazil lebih 3 dekad dahulu. Jair Bolsonaro, seorang ahli … Continue reading Brazil: Pelampau kanan dipilih sebagai Presiden
