women-london.jpg

Wanita dan pendukung perjuangan hak wanita telah turun ke jalanan di lebih 80 bandar di seluruh dunia pada 19 Januari 2019, dalam Perarakan Wanita (Women’s March) yang membawa tuntutan kesamarataan gender dan perlindungan untuk hak wanita.

Jalanan di Athens, Berlin, Los Angeles, New York, Rome dan sebagainya, telah menyaksikan demonstran yang lantang menyuarakan bantahan mereka terhadap keganasan terhadap wanita dan kesan dasar-dasar penjimatan (austerity) yang menjejaskan kehidupan rakyat biasa termasuklah wanita.

women-washington2.jpg

Aksi Perarakan Wanita yang pertama telah diadakan pada tahun 2017, sehari selepas Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. Perarakan Wanita pada tahun 2017 merupakan aksi protes satu hari yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, apabila jutaan rakyat turun ke jalanraya di seluruh Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia, untuk menolak fahaman anti-wanita yang dibawa oleh politikus berhaluan kanan seperti Trump.

Namun, penyertaan dalam Perarakan Wanita di Amerika Syarikat pada tahun ini telah merosot dengan hebatnya, akibat daripada kontroversi yang timbul beberapa bulan lalu berkenaan dengan dakwaan bahawa penganjur aksi Perarakan Wanita berhubung rapat dengan pemimpin Nation of Islam Louis Farrakhan yang dianggap sebagai seorang yang anti-semitik. Terdapat juga dakwaan bahawa penganjur Perarakan Wanita juga mengeluarkan kenyataan yang dianggap anti-semitik. Kontroversi yang melanda penganjur Perarakan Wanita di Amerika Syarikat ini telah melemahkan gerakan ini.

Walaupun aksi Perarakan Wanita di Amerika Syarikat tidak dapat mencapai lagi kemuncak kehebatannya seperti 2 tahun yang lepas, tetapi suasana aksi protes di Amerika Syarikat dan negara-negara lain masih agak hangat dan bersemangat.

women-berlin.jpg

Berikut ialah imbasan aksi Perarakan Wanita di beberapa tempat:

women-berlin1.jpg
Berlin, Jerman
women-london2.jpg
London, UK
women-rome.jpg
Rome, Itali
women-boston.jpg
Boston, AS
women-los angeles.jpg
Los Angeles, AS
women-seattle.jpg
Seattle, AS
women-washington.jpg
Washington DC, AS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s